~Kisahku~

Lalalalala..
OLaa...................semua..lama sudah tidak berbicara di sini..(ayat skema)
haha..tak mau cakap banyak..sikit sudah..nak cerita apa yang berlaku pada bulan 3 dan bulan 4..walaupun agaknya cerita ni dah lapuk...tapi takpelah..sengaja nak diabadikan di blog ni..
Macam2 yang berlaku..tapi aku tak mau cerita panjang2..kita tengok gambar jela ye!! Huhu..
Ni masa aku dan kawan2 pergi Pesta Buku...huhu..tak dapat nak ambil gambar kat sana sebab terlalu ramai manusia yang berkunjung di situ sehingga PWTC tu menjadi padat..dah macam sardin..

Ni pulak masa pergi tengok wakil Institut Perguruan aku berpidato peringkat pe ek..lupa pulak..ambil gambar kat depan bas je..hehehe..untuk kenangan semua..
Haa..yang ni pulak masa rekreasi kat Sungai Tekala....1 hari je kat situ..buat junggle trekking,sukan air,bbq dan macam2 lagi..penat sangat.

Sangat mencabar melalui pohon kayu yang tumbang ni...dijadikan jambatan untuk kemudahan semua..huhuhu...
Selepas itu..banyak lagi la perkara yang berlaku..tapi tak nak cerita panjang2..yang ni pulak gambar masa pergi ke Hotel Equatorial..hotel 5 star..gempak!! Macam2 yang berlaku time ni..aku kena masuk persembahan sajak dan koir Korea..sajak yang aku deklamasikan bertajuk ‘Muslimah Harapan’. Koir pulak bertajuk ‘Lucky’..Agak susah nak membunyikan setiap suku kata lirik lagu korea ni..sampai terbelit2 lidah ni..hehehe..tapi Alhamdulillah..berjaya jugak akhirnya kami sekumpulan menyanyikan lagu tu..Oh ye..lupa pulak nak cerita kenapa aku pergi ke Hotel Equatorial tu..sebabnya,kolej kediaman aku buat satu jamuan yang dinamakan Majlis Anugerah Apresiasi Ilmu..sangat seronok sebab tempat mewah katakan..bukan senang nak join majlis macam ni..yang paling melucukan..aku tak sangka aku boleh jadi antara 15 finalis pakaian tercantik..aku rasa aku biasa je..tak tahula macam mana diorang buat pemilihan kan..lepas tu,aku kena soal tau..soalannya berbunyi begini.... “Anda sedang berjalan2,tiba2 anda terlihat bayi ditinggalkan ditepi jalan..Apakah yang akan anda lakukan??” Haaa...minda aku ni mula fikir macam2..nak cari idea..tengah gugup ni..bantai jelah aku jawab...bla..bla...bla...bla..hihihihi..tapi aku rasa aku memang tak layak untuk menang pun..dan aku memang tak menang pun..haha..takde rezeki..time aku sajak lagi sedih tau sebab lagu yang didendangkan untuk sajak..keluar lagu pe ntah..lagu James Bond kot..hahahaha..tapi aku ‘steady’ je kat atas pentas..tak rasa ‘nervous’ langsung..nape ntah..rasa seronok pulak mendeklamasikan sajak kat atas pentas tu..VVIP kat depan mata hanya tersenyum je..lepas aku bersajak je..tiba2 je.aku tak kenal siapa wanita tu...tapi dia suka tengok aku bersajak..”BEST” ..Terima kasih atas pujian tu..amat dihargai..dia pun ambil gambar dengan aku..nak jadikan kenangan kot..ok la..tu je kot mau cerita..kejap lagi nak balik kampung..sebabnya dah 1 bulan lebih aku tak balik..rindu pulak dengan keluarga tercinta..


Ni budak2 koir..'cool' je semuanya..


Ok..tu je dapat aku cerita...daa..semua..InsyaAllah..aku akan update blog ni dari semasa ke semasa...










Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa

Fuh..penatnya membersihkan sawang di blog ni..haha..lama tak di update..
Actually tak nak taip panjang2..sikit je KOT..haha..tadi pergi jalan2 menziarahi blog kawan2..antaranya ialah Aida, Nana dan Fikri..blog pakcik aku pun lawat kejap tengok gambar cahaya matanya yang baru lahir..sangat comel dan nama yang diberikan sangat sesuai.."Alif Iskandar".. Tahniah kepada keluarga pakcik Mat Som..Semoga terus ceria dan dimurahkan rezki dengan kehadiran orang baru yang bakal memeriahkan rumah anda.. Ok..berbalik kepada cerita aku menziarahi blog kawan2 ni tadi..jenguk blog si Aida tu...fuh..makin kusut pulak kepala aku sebab dia kata minggu ni jadual memang padat dan sangat sibuk..even sibuk mana pun, sempat lagi aku bertanya khabar dengan orang di kampung tu..Harap sihat2 je..Seronok betul mak aku bila aku telefon..haha..Anakmu di sini sihat2 saja..Ermm..ok la..tak mau cerita panjang2 sebab ada assignment kena buat..hantar pada 18/4 dan 22/4....macam nak nangis je rasanya..nasib baik tinggal sikit je lagi..pastu print je..ok la semua..exam pun dah nak dekat..doakan kejayaanku ye..24hb April ni exam MUET..sangat TAKUT!!! Exam yang bakal menentukan masa depanku..kalau boleh tak mahu ulang...harap semuanya berjalan lancar dan dimudahkan oleh Allah..InsyaAllah..Mak Abah!! Doakan anakmu ini..kepada sesiapa yang mengenali diri ini, doakanlah saya berjaya ye...
Thank you so much..
Mmmuuaahh3...>_<

"Kalau Nak Tahu, Jom Baca"

Assalamualaikum..ada orang nak baca tak??
Hehe..Selamat sejahtera kepada yang bukan Islam..
Selamat membaca entri aku....














3




















2




















1


















........^_^








Kali ini aku akan menceritakan mengenai kawan-kawan rapat aku bermula dari sekolah rendah sampai dan kini..tapi entri kali ni aku nak cerita dari awal dulu..
Maka, tajuk yang akan aku berikan ialah:








“Kalau Nak Tahu, Jom Baca”









Itulah tajuknya...hahaha...
Baiklah, aku mula memasuki alam persekolahan pada 1998..sebelum tu masuk tadika dulu..Semasa aku kat sekolah rendah, aku sangat rapat dengan seorang sahabat ni..Namanya SITI HABSYAH..alamak!! Aku dah lupa nama ayah dia..Ermm..sambung cerita balik..nama panggilan dia ialah Siti..kalau kat rumah, keluarga dia panggil Uda..tapi bila dia sekolah menengah, dia dipanggil Habsyah..tapi aku masih tetap memanggilnya Siti..Siti ni kira rapat sangatlah dengan aku sebab kitorang selalu pergi sekolah sama-sama..Kalau ada apa-apa yang terjadi, aku selalu tolong dia dan dia pun akan selalu tolong aku..So, kiranya aku sayang la dekat Siti ni..tapi tu la, masalahnya dia ni ramai sangat peminat sebab Siti ni nampak matang dan cantik walaupun umur baru berapa tahun..aku agak berbeza sikit daripada dia..tapi kalau dia cantik, maknanya aku pulak comel lah..hahaha..(perasan sungguh)..













Kalau tak salah aku, rasanya dah banyak kali dia tukar-tukar pakwe dan dah banyak kali la aku temankan dia pergi dating..Memang sangat membosankan masa
tu..almaklumlah, time sekolah, aku tak minat untuk berpacaran, sebab tu aku berbeza sedikit daripada Siti..Siti ni memang asyik fikir pasal pakwe je..selalu nak nampak cantik sampai aku ni dah macam cermin dia..dia asyik tanya aku, “Mira, tudung aku ok tak?” “Mira, muka aku comot tak?” Macam-macamlah yang akan dia tanya dan minta pendapat dari aku..Tapi, walau macam mana pun, aku tetap sayang kawan aku tu..
Bila kitorang dah masuk sekolah menengah, hubungan kitorang jadi renggang sikit sebab dia dah ada ‘Mira’ lain..pastu kitorang tak sama kelas sebab result UPSR dia kurang bagus..so, kitorang pun terpisah..sedih je aku time tu...waa~ takpelah, redha je..tapi kitorang still pergi dan balik sekolah sama-sama..
Sejak Form 2, aku rasa kitorang dah tak rapat sangat..dia sibuk dengan dunia dia dan aku sibuk dengan dunia aku..sampailah sekarang ni..kalau terjumpa dia kat mana-mana, just tegur gitu-gitu je..tanya khabar atau apa-apa jelah..yang mengejutkan aku ialah tahun lepas kot, lepas habis SPM..aku dengar result dia boleh tahan la..aku tak tahu dia sambung belajar ke tak..dia nak jadi cikgu tapi tak dapat..Tak lama lepas tu, aku jumpa dia kat pasar malam..dia tolong mak dia meniaga..kitorang pun borak panjang lah time tu..bila aku nak pergi je, tiba-tiba dia jemput aku datang rumah dia time raya kedua..aku tanya kat dia “open house” ke?? Dia senyum je..pelik betul Siti ni..












Sampai je aku kat rumah, aku bagitahu kat mak aku pasal open house tu..Mak aku kata bukan ‘open house’ tapi majlis pertunangan dia..terkejut aku!!! Apesal dia tak bagitahu aku je tadi..Siti Oh Siti...cepatnya la masa berlalu..dan Siti pun dah bertunang sekarang..time majlis tu aku tak dapat hadir sebab raya kedua, mestilah busy..aku tak tahu bila dia akan kahwin, tapi yang pasti aku akan datang jenguk majlis dia..nampaknya tak lama lagi, aku dapat makan nasi minyak kawan baik aku tu..Siti pun dah nampak lebih dewasa dan matang sekarang..dan juga semakin cantik..tapi sayang, dia ‘free hair’ pulak..moga-moga, dia akan menjadi yang lebih baik..
Kalau Siti baca entri ni, aku nak minta maaf sangat-sangat kat Siti..aku harap Siti akan menjadi insan yang berguna serta bertanggungjawab dalam membina keluarga baru nanti..Insya Allah..











Tunggu episod “Kalau Nak Tahu, Jom Baca” pada entri yang akan datang bersama aku....Mira @ Putri..


Coretan oleh,
Putri Cahaya a.k.a Mira


Read more: http://www.mylivesignature.com/mls_wizard3_2.php#ixzz0kiH4lgmf