Nervous Laa

Salam blogger2 semua..sebenarnya lagi beberapa jam aku nak exam...utk paper yg last..tapi still smpat nak buat entri simple ni..haha..doakan aku ye untuk subjek BM Kemahiran Berbahasa dan Sastera..subjek major..kalau boleh nak dapat pointer tinggi..sem lepas result dah la agak teruk jugak even pointer 3 ke atas..harap sem ni dapat result yang cemerlang..Amin..ok la..doakan aku ye..Wassalam~~http://www.emocutez.com

Bacalah dan bacalah

Salam wahai teman2 blogger..aku tertarik @ tertawan dengan 1 artikel mengenai guru..Oleh kerana aku tak buat entri tentang guru masa Hari Guru...so..aku copy je artikel yg aku dapat dari saudara Fakhrul Ezam Shah..terima kasih ye kerana menghantar artikel yang menarik ni..Jom kita baca artikel yang dikongsikan dari saudara Fakhrul..




Fakhrul Ezam Shah
07 May at 06:37
Perkataan guru adalah hasil gabungan dua suku kata iaitu `Gur' dan `Ru'. Dalam bahasa jawa, Gu diambil daripada perkataan gugu bermakna boleh dipercayai manakala Ru diambil daripada perkataan tiru yang bermaksud boleh diteladani atau dicontohi. Oleh itu, guru bermaksud seorang yang boleh ditiru perkataannya, perbuatannya, tingkah lakunya, pakaiannya, amalannya dan boleh dipercayai bermaksud keamanahan yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk dilakukan dengan jujur.

Guru yang berwawasan bertindak sebagai mu'alim, mu'addib, murabbi, mursyid, muddaris dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.

Mu'allim berasal dari perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Seorang mu'allim lebih menumpukan kepada ilmu akal.Sebagai guru yang bersifat mu'allim, isi kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral.

Murabbi dalam Islam membawa maksud yang lebih luas melebihi tahap mu'allim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Guru murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Tugas murabbi lebih berlegar di hati. Spiritual Quotient (SQ) dapat dibentuk di dalam diri murid-murid kerana pengajaran berbentuk nilai murni ini boleh diperkukuhkan dengan memberi kesedaran, keyakinan dan juga melalui amalan.



Muddaris adalah pengajar yang selari dengan perkataan guru. Peranan guru adalah untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-murid. Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan faham. Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh murid-murid.

Mu'addib (Ta'dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu'addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu'addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. Peranan mu'addib adalah menyiapkan mu'addab yang dapat melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada masa hadapan. Guru mu'addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Mu'addib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina kecergasan akal dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitik beratkan potensi insan berakhlak mulia dan seimbang.

Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam bidang kerohanian. Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur. Mursyid bertanggungjawab untuk mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin). Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan perlu dilaksanakan oleh guru.

Hai hambaku! Aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi
seruanku. Upahku hanyalah dad Allah ... (Maksud Al-Qur' an 11 :29)

Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang
yang beriman (Maksud Al-Qur'an 42:215)

Berdasarkan dua ayat Al-Qur' an di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas.

Hmm...hebatkan peranan guru! Hakikatnya guru sememangnya dipandang tinggi dan merupakan suatu pekerjaan yang murni dan mulia. Janganlah ada di antara guru-guru yang hanya mementingkan pangkat dan gaji semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab membentuk manusia menjadi insan yang terpuji sifat dan peribadinya sesuai dengan tema sambutan hari guru, "Guru pembina negara bangsa."





Alhamdulillah kerana aku dilahirkan untuk menjadi seorang guru~~^_^

Hari Ibu

Salam wahai semua blogger..http://www.emocutez.comsorry la sebab dah lama tak post apa2 entri..ni disebabkan aku busy la bulan ni..sebabnya aku exam..So,entri kali ni..aku nak tunjuk gambar je..apa yang aku ambil ini adalah realiti dan bukaan rekaan semata-mata..haha..Gambar ni diambil pada sabtu lepas bersamaan 15 hb Mei 2010.....sempena hari ibu,http://www.emocutez.com Tadika Taman Cuepacs mengadakan sambutan hari ibu dengan menganjurkan aktiviti pertandingan mewarna bersama ibu..oleh kerana anak kakak aku iaitu Mohd Syahir Afiq yang berumur 5 tahun tu belajar kat tadika tu..so..kakak aku pun kenalah join pertandingan mewarna tu..huhu...so..sekarang ni..kita tengok gambar jelah ye...



Pengiring2 yang join ialah:

Ni ibu Syahir @ Kakak aku...tak sihat pun sanggup datang demi anak tersayang..


Ni lah Syahir...penuh gaya bila ambil gambar..



Shafiqa Irdina..anak sulung..muka blur je..macam nak marah je...relakslah Fiqa..



Ibu2 yang turut hadir bagi memeriahkan suasana majlis..


Mewarna dengan penuh ketekunan..Syahir yang keletihan..Ibu pulak dah macam cikgu yang mengajar mewarna..huhuhu..



Hasil seni ibu dan anak..haha..Syahir baru mewarna sikit,dah malas..macam mana nak menang..Issh3..

Majlis memotong pulut kuning dan nyanyian lagu Ibu Ratu Hatiku oleh kanak-kanak Tadika..

Last2..tak menang..cabutan bertuah pun tak dapat..hadiah untuk ibu dan anak paling akrab pun tak dapat jugak..hadiah pertandingan mewarna pun tak dapat..takde rezeki agaknya..tapi takpelah Syahir dan kak Nisah...hari Bapa nanti pulak harap berjaya ye...InsyaAllah...jumpa lagi..daa..http://www.emocutez.com


S.H.I

Hajah Saripah binti Hj Sondono/


Dilahirkan pada tahun 1953/


Berkahwin pada umur 14 tahun/


Sekarang berumur 57 tahun/


Mempunyai 5 orang anak dan 12 orang cucu/


Suri rumah










~~Selamat Hari Ibu~~



Didedikasikan kepada mak yang tersayang..semoga terus menjadi ibu yang penyayang dan bertanggungjawab dan terus sukses di dunia dan juga akhirat..InsyaAllah~~


~Jasamu sentiasa dikenang~Terima kasih mak....^^