Selamat Hari Guru




Kata2 seorang guru itu kadangkala terkesan dalam jiwa anak murid..
Ternyata kata-kataku yang agak 'pedas' tu memberi kesan kepada dirinya.. :')
Sebak rasanya.. Peribadinya yang nakal2 dan suka dengki cikgunya ni hanya kerana aku seorang 'guru praktikal'. Memainkan perasaanku sebagai pendidik dan main2kan apa yang diajar. Aku beri positif, dia balas negatif.

Masih teringat lagi salah 1 peristiwa ni..
Siapa yang tak sakit hati bila cikgu soal
"Bagaimanakah cara untuk mengeratkan hubungan dengan jiran tetangga?"
dan dijawabnya;

"Kita kena bunuh jiran tu." *Sambil mentertawakan aku dengan rakan2nya yang lain..
=_=

Aku yang salah mengajar dia ke? Atau dia cuba memainkan aku?

Kenakalannya yang dulu hanya tinggal kerinduan..
Kini, berubah 100 peratus menjadi seorang murid yang mendengar kata dan rajin belajar.. :')
Bukan diriku sahaja yang dia hormati, malah guru2 lain juga dihormati dan mereka sedar akan perubahan tu..
Alhamdulillah.. :')

Sungguh, hari ni dia mencariku tapi aku tiada di situ. Wajahnya yang suram mencari aku, dapat kubayangkan di sini walaupun aku tiada di situ..

~Selamat Hari Guru~