Hikmah Janggut



Hai semua..
Hari ni nak kongsi satu info yang telah saya baca dalam satu website..
Walaupun sebenarnya agak geli dengan janggut, tapi rupanya ada hikmah simpan janggut ni..
Oppss..untuk peringatan, saya seorang perempuan ye..
Saya tak berapa suka lelaki yang ada janggut ni, dan satu lagi rasa geli bila janggut tu kena kat muka..
sebab Abah ada janggut..dululah..
errrrrrrrrr~
lagi2 kalau Abah baru cukur, rasa kasar2 gitu..hehe..meremang bulu tengkuk ni..
Walau macam mana pun, saya terpaksa akui kebenaran dan hikmah jika lelaki menyimpan janggut..
Baiklah, mari kita baca hikmah janggut ni ye..



Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
SUBHANALLAH!
Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu. 
Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Sumber : SINI
















Resepi Rahsia Kek Coklat Mudah dan Jimat Bajet

Hai semua..semalam buat kek coklat moist..
Dari haritu nak buat masa hari jadi..tapi tak sempat nak buat..
Kali terakhir aku buat masa bawak pergi IPG..tak tahula pe rasa kek tu..sorry la kawan2 kalau tak sedap..
Aku buat kek tu masa aku tengah demam..gara2 teringat kat Wani yang nak kuih apam polka dot, tapi tak dapat nak buat apam tu sebab tak cukup bahan, tu yang buat kek yang tak berapa nak cantik tu..hoho..aku kelam kabut buat kek tu..kejap sambung kerja, kejap rehat..demam panas jugak masa tu..tapi nekad nak siapkan kek..
Korang kena try resepi ni sebab bahan2nnya simple je..malah menjimatkan bajet sebab bahan2 ni sentiasa ada kat rumah..
Okay la..Now, I will tell you my secret recipe..haha..macam ala2 chef pulak..(kalau aku masuk Masterchef Malaysia confirm kalah)

Kek Coklat Moist Mudah dan Jimat Bajet


Bahan:

  1. 2 biji telur
  2. 1/2 sudu serbuk penaik
  3. 1 sudu serbuk soda bikarbonat 
  4. 1 cawan gula aising (kalau tak ada, blender je gula kasar tu haa..hehe)
  5. 1/2 cawan koko Van Houten
  6. 1/2 cawan milo
  7. 1 cawan susu pekat
  8. 1 cawan air sejuk (fresh dari peti ais)
  9. 2 cawan tepung
  10. 1 cawan minyak

Langkah2:

  1. Kacau bahan 1,2,3 sehingga kembang..(agak2 sendiri ye)
  2. Masukkan bahan 4, kemudian bahan 5, 6, 7, 8, 9 dan 10.
  3. Mudah je kan..masukkan satu2..
  4. Pastu bakar dalam oven selama 1 jam dengan suhu 160'
  5. Sepatutnya 1 jam je, tapi kadang2 aku masak sampai 1 jam setengah..Oven ni kadang2 dah tak berapa betul sangat..Oven murah jeee..=="
  6. Tunggu sejuk baru letak topping..
Topping ni pun jimat dan simple..Guna kaedah double-boil..
Bahan:
  1. 1 sudu buttercup
  2. 1 cawan milo
  3. 1 cawan susu pekat
Langkah2:
  • Cairkan buttercup menggunakan kaedah double-boil
  • Masukkan susu pekat dan milo
  • Kacau sehingga sebati
Mudah je kan resepi ni..Pastu resepi yang aku bagi ni cuma guna sukatan cawan, aku tak berapa suka guna kaedah timbang-menimbang ni..hehe..ok..Selamat mencuba..

Ni gambar kek yang dah siap..tapi masa ni topping belum buat lagi..Kek ni masih panas2 dah ada yang nak makan..tak menyabar kan..
Pastu masa buat topping tu lupa pulak nak amik gambar..aisehh..


Photobucket
budak kecik ni la..merengek2 nak makan..malu la tu bila gambarnya diambil..hehe

Photobucket












Video Khas Untuk Classmate IPG

Kawan..
2 tahun setengah kita bersama..
Segala cabaran kita tempuhi bersama..
Walau dugaan terus datang menimpa..
Tapi kalian sentiasa ada..
Bersatu menempuh segalanya..

Kawan..
Terkadang kita bergurau senda..
Hingga ada yang terluka..
Namun itu hanyalah satu permainan kehidupan..
Semua boleh terjadi dalam sekelip mata..
Suka jadi duka..
Duka jadi suka..
Itulah adat dalam persahabatan..

Kawan..
Lama kita bersama..
Seperti satu keluarga..
Gelak tawa bersama2..
Segala kisah dikongsi bersama..
Tanpa rasa kekok kita bercerita..

Kawan..
Andai diri ini selalu membuat kesilapan..
Andai diri ini selalu membuat kalian terluka..
Andai diri Ini selalu menyusahkan kalian..
Hanya satu perkataan mampu aku ucapkan..
Hanya satu..
MAAF~


Originally created by,

Kisah Benar, Tak Tipu

Hai~
Hari ni agak penat la jugak..
tapi rasa seronok jugak la sebab hari ni cuti memasak..
haha..
kalau bakal mak mertua aku baca ni..pemalas betul bakal menantu dia ni kan..
yelah..hari2 masak, penat la jugak..tapi bila fikir tu memang dah tanggungjawab seorang 'PEREMPUAN'..
nak tak nak, kena merajinkan diri..
pagi tadi, aku pergi melawat pakcik aku kat hospital..
kemalangan..
kaki kanannya terpatah dua..ramai yang ingat kedua2 kakinya patah, walhal sebenarnya kaki kanannya patah 2..ayat atau pesanan yang disampaikan kadang2 boleh mengelirukan..betul tak?
Oleh sebab pakcik saya ada kad OKU, jadi pembedahan dapat dijalankan tanpa bayaran..
Pemasangan besi akan dibuat minggu depan..kata anaknya la..
Okay..sila tengok gambar di bawah untuk melihat keadaan pakcik yang aku ceritakan tu..
aku harap dia cepat2 sembuh..


ngerinya tengok besi tu...

Ada 1 cerita hot lagi ni, masa aku kat situ..ada pulak pesakit lain ni asyik bising2 panggil nurse kat situ..dah la sakit, pastu asyik menyusahkan nurse2 kat situ..ingatkan dia cuma menyusahkan nurse je, rupa2nya dengan kitorang yang tengah melawat pun terbabit sekali..
tak ada sape2 jaga dia..dia cakap mak dia jaga dia waktu malam, maybe mak dia kerja kott...
okay la, mula2 macam baik je kitorang tegur2 dia..pastu nak lebih2 pulak..semua makanan dan minuman yang saudara2 datang bagi kat pakcik aku, dia pun nak mintak jugak..mak aku pun melayan je..
pastu mak aku bagi dia roti, dia tanya
roti tu ada inti ke tak?
kalau tak ada, dia tak nak makan..
eh!
amboi~
pastu dia tanya lagi,
dalam plastik tu ada apa?
mak aku pun keluarkan satu2..
dia pun tengok dengan penuh serius..aku je buat tak tahu kat situ..malas nak melayan orang macam tu..
pastu dia tanya lagi,
ada maggi tak?
hah??????
maggi???
dia sakit tapi boleh nak makan maggi pulak..
oh ye, lupa nak bagitahu..aku pun tak pasti apa penyakit dia..tapi berkaitan usus la..mungkin ada masalah penghadaman..
tepi badan dia kena tebuk..semua yang dia makan minum keluar balik melalui lubang tu..
mak aku cakap baunya busuk bila dekat2..
entah, aku tak ada bau apa2 pulak..hidung tersumbat kot..haha
macam2 karenah dia ni tau..nurse2 kat situ tengok jee..pastu diorang senyum2..
aku tanya diorang kenapa dengan dia tu?
pastu diorang cakap, biarkan je...
pastu dia boleh panggil2 aku..tanya sape nama aku, abah aku pulak boleh bagitahu dia nama aku..
pastu abah aku tanya kenapa tanya nama aku, dia cakap,
senang saya nak panggil dia..
memang aku tak layan dia langsung..buat tak tahu jela..
mak aku pun dah malas nak layan dia,
kitorang ni datang nak melawat pakcik aku, tapi dah kena melayan orang lain pulak..
sabar jela..
mak aku potongkan buah untuk pakcik aku, dia pun nak jugak..
agak2 la..
kalau aku jadi dia, aku rasa malu kot nak mintak2 kat orang yang kita tak kenal..
nauzubillah..
aku ni dok bercakap pasal orang pulak..hehe..
apa2 pun, semoga orang tu sembuh dan sentiasa mengingati Allah..
eh, tapi last sekali ni tak boleh blah..
masa aku nak balik, dia panggil2 aku dengan nama Wani pulak..rasanya dah tak ada orang lain lagi kat situ..aku jela kan..dia tengok aku dan panggil2 nama yang bukan nama aku..
hoho..bye2 jela..
Ni la makanan yang aku maksudkan tu..kan ada banyak, tu yang dia mintak2..



Petang tu pulak kan, aku ni dah mengidam pulak nak minum air kelapa..
maka aku berhempas pulas membelah 3 biji kelapa muda ni..
kau mampu nak belah kelapa macam ni ke?? :D
hebat la tu kalau mampu...hihihi..

aku gunakan prinsip tak semestinya tak ada lelaki, perempuan tak boleh berdikari..
sebab tu aku belah kelapa ni dengan tangan sendiri..
haha..(tak baik bangga)
Astaghfirullah..


budak kecik ni sanggup menanti dengan penuh setia..malu la pulak..huhu
gambar yang dibulatkan tu adalah tempat sejarah aku membelah kelapa..






sikit je airnya...huhu..


selesai jugak akhirnya..

okay la..ngantuk..
see u next time..







Berapa Berat Website Anda

Hai semua..
Jom timbang website anda..berapa berat website tu ye..:)
Tak pun, kalau tak cukup kerja, boleh la timbang2 mana2 website yang anda suka..
hehe
Klik SINI untuk check berat website anda..
Oh ye..ni bukan berat yang dalam kiraan g atau kg ye...Berat yang dimaksudkan ialah kelajuan internet untuk membuka laman web tu..faham tak?
aku pun tak tahu apa yang aku cakap ni korang faham atau tak..
Okay la..sampai di sini..

P/s: Nak melawat pakcik di hospital..Doakan dia cepat sembuh..Sudahlah dirinya bisu, ditimpa pulak musibah kaki kanan terpatah dua..Mudah2an ada hikmah disebaliknya..Tiba2 teringat kat Encik Idris kat IPG tu..



Order

Hai semua~
Siapa2 yang berminat untuk buat background blog macam saya, boleh beritahu melalui:
1) komen di entri ini
2) Like page PuTri CaHaYa di FB..
3) Email ke putricahaya_12@yahoo.com

Pilih mana2 cara di atas..

Tapi background yang saya buat ni simple je..ikut citarasa anda mahukan background yang anda nak..
Kalau ada berminat kat mana2 widget kat blog saya ni bolehla komen kat sini untuk mengetahui tutorialnya ye..:)

Ucapan I LOVE YOU

Hai..ni dapat dari fb kawan..ucapan 'I LOVE YOU' dalam pelbagai bahasa..

♥Afrikaans - Ek het jou lief
♥Albanian - Te dua
♥Arabic - Ana behibak (to male) , Ana behibek (to female)
♥Armenian - Yes kez sirumen
♥Bambara - M'bi fe
♥Bangladesh - Aamee tuma ke bhalo baashi
♥Belarusian - Ya tabe kahayu
♥Bisaya - Nahigugma ako kanimo
♥Bosnian - Volim te
♥Bulgarian - Obicham te
♥Cambodian - Bung Srorlagn Oun (to female)
♥Oun Srorlagn Bung (to male)
♥Cantonese/Chinese Ngo oiy ney a
♥Catalan - T'estimo
♥Cheyenne - Ne mohotatse
♥Chichewa - Ndimakukonda
♥Corsican - Ti tengu caru (to male)
♥Creol - Mi aime jou
♥Croatian - Volim te
♥Czech - Miluji te
♥Danish - Jeg Elsker Dig
♥Dutch - Ik hou van jou
♥Elmer Fudd - I wove you
♥English - I love you
♥Esperanto - Mi amas vin
♥Estonian - Ma armastan sind
♥Ethiopian - Ewedishalehu : male/female to female
♥Ewedihalehu: male/female to male.
♥Faroese - Eg elski teg
♥Farsi - Doset daram
♥Filipino - Mahal kita
♥Finnish - Mina rakastan sinua
♥French - Je t'aime, Je t'adore
♥Gaelic - Ta gra agam ort
♥Georgian - Mikvarhar
♥German - Ich liebe dich
♥Greek - S'agapo
♥Gujarati - Hu tumney prem karu chu
♥Hiligaynon - Palangga ko ikaw
♥Hawaiian - Aloha wau ia oi
♥Hebrew - Ani ohev otah (to female)
♥Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
♥Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
♥Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hai
♥Hmong - Kuv hlub koj
♥Hopi - Nu' umi unangwa'ta
♥Hungarian - Szeretlek
♥Icelandic - Ég elska þig
♥Ilonggo - Palangga ko ikaw
♥Indonesian - Saya cinta padamu
♥Inuit - Negligevapse
♥Irish - Taim i' ngra leat
♥Italian - Ti amo
♥Japanese - Aishiteru
♥Kannada - Naa ninna preetisuve
♥Kapampangan - Kaluguran daka
♥Kikongo - Muke zolaka nge
♥Kiswahili - Nakupenda
♥Konkani - Tu magel moga cho
♥Korean - Sarang Heyo
♥Latin - Te amo
♥Latvian - Es tevi miilu
♥Lebanese - Bahibak
♥Lingala - Nalingi yo
♥Lithuanian - Tave myliu
♥Macedonian Te Sakam
♥Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
♥Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
♥Maltese - Inhobbok
♥Mandarin Chinese - Wo ai ni
♥Marathi - Me tula prem karto
♥Mohawk - Kanbhik
♥Moroccan - Ana moajaba bik
♥Nahuatl - Ni mits neki
♥Navaho - Ayor anosh'ni
♥Nepali - Ma Timilai Maya Garchhu
♥Norwegian - Jeg Elsker Deg
♥Pandacan - Syota na kita!!
♥Pangasinan - Inaru Taka
♥Papiamento - Mi ta stimabo
♥Persian - Doo-set daaram
♥Pig Latin - Iay ovlay ouyay
♥Polish - Kocham Cie
♥Portuguese - Amo-te
♥Romanian - TE IUBESC
♥Roman Numerals - 333
♥Russian - Ya tebya liubliu
♥Rwanda - Ndagukunda
♥Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
♥Serbian - Volim te
♥Setswana - Ke a go rata
♥Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing 'I Love You'
♥Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
♥Sioux - Techihhila
♥Slovak - Lu`bim ta
♥Slovenian - Ljubim te
♥Spanish - Te quiero / Te amo
♥Surinam- Mi lobi joe
♥Swahili - Ninapenda wewe
♥Swedish - Jag alskar dig
♥Swiss-German - Ig liebe di
♥Tajik Man turo Dust Doram
♥Tagalog - Mahal kita
♥Taiwanese - Wa ga ei li
♥Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
♥Tamil - Naan unnai kathalikiraen
♥Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
♥Thai - Chan rak khun (to male)
♥Thai - Phom rak khun (to female)
♥Turkish - Seni Seviyorum
♥Ukrainian - Ya tebe kahayu
♥Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
♥Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
♥Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
♥Welsh - 'Rwy'n dy garu
♥Yiddish - Ikh hob dikh
♥Yoruba - Mo ni fe
♥Zimbabwe – Ndinokuda


Majlis Hari Lahir




Hai semua~
Semalam sambut hari lahir yang ke-20..makin bertambah usia..
Sambut hari lahir pagi2 dengan pulut kuning..
Simple je celebrate, lagipun dah dewasa..
Doa selamat yang penting..


pulut tu mak yang buat..serunding tu aku yang buat..
baru nak relaks2..ingatkan mak nak buatkan pulut serunding untuk aku, last2 aku yang kena buat serunding kelapa sendiri..





terima kasih mak sebab lahirkan kite..









ni anak2 buah bagi hadiah..comelkan hadiah2 diorang..hehe...
Terima kasih kepada mereka yang wish hari lahir saya yang ke-20 ni..
akhirnya saya dah masuk puluhan..
Okay la..bye~



Hari Paling Bermakna

Assalamualaikum..salam sejahtera~
Hari ni hari paling bermakna buat aku sebab...................................(tempat kosong)
Jawapan tidak boleh kurang dari 1 patah perkataan..:)
Klu boleh dapat kat bawah ni..
Kalau rajin, tengok la video aku masa zaman2 comel dulu..haha
Cepatnya masa berlalu..video ni diambil masa umur aku 12 tahun..
sekarang dah genap puluhan...:)
haisshh..takkan tak boleh jawab lagi sebab apa hari ni hari bermakna..banyak sangat klu yang dah dibagi ni...


Dah tengok ke video ni?
Apa perasaan anda?
Kecik sangat ke masa aku kecik2 dulu..sebab kawan2 selalu panggil aku 'budak kecik'..
wuwuwuwu...
sekarang dah sangat besar dengan jaya...:)
terima kasih kepada emak dan abah sebab telah berjaya melahirkan anak yang sangat comel..:)
terima kasih kepada adik-beradik yang ada masa kejadian diri ini dilahirkan..
walaupun abah tak ada masa aku dilahirkan, tapi tak apa..abah selalu minta maaf sebab dia tak ada masa aku dilahirkan..
abah kerja masa tu, tak apa la abah..jauh pulak tu, macam mana nak balik..
zaman dulu2 mana ada telefon..
so, abah tak tahu aku dah lahir..
mak cakap masa umur aku 3 hari baru abah balik..sedihnya..
dah la macam2 hal berlaku masa aku lahir tu..
aku je agaknya baby kat dunia ni yang tak menangis masa lahir...
jururawat tu siap tepuk2, goncang2 dan macam2 cara nak buat aku menangis..
dan akhirnya menangislah aku..haha
10 hari mak aku diberi ujian sama ada aku hidup atau tak sebab ada masalah tut3....
ALHAMDULILLAH..
akhirnya aku selamat..syukur masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi..
tapi kadang2 aku selalu tanya mak, kenapa aku hidup? kenapa aku tak mati je masa kecik2 dulu?
kalau hidup kat dunia ni, macam2 dugaan dan dosa aku dapat..
kalau mati masa kecik, suci lagi dan tak ada dosa kena tanggung..
tapi mungkin ALLAH nak bagi peluang untuk rasa kebahagiaan di dunia dan juga akhirat..INSYAALLAH..aku anggap ini sebagai cabaran untuk aku tempuh hari2 mendatang..
even kes tu dah lama, tapi kadang2 bagi effect kat aku..
contohnya masa 'water-confident'
diorang cakap aku 'lemas'..aku tak lemas la..
aku cepat penat..kadang2 boleh nak pitam bila terlalu penat..
kebetulan masa kat tengah laut tu, baju keselamatan yang aku pakai tu rosak..tali tercabut..memang penat la nak berenang balik ke tepi pantai..
thats why jadi macam tu..haiyaa..
terima kasih kat kawan2 yang selamatkan aku tu..hehe..maafla..
baru2 ni aku buat check up..doktor kata tak apa2..ALHAMDULILLAH..lega sangat..
macam2 ubat dia bagi, macamlah aku nak makan kan..
tapi selalu terjadi kes2 yang tak sepatutnya berlaku, paling latest aku kena masa budak2 kelas bising2..kecoh2 pasal makanan jee...aku rasa masa tuu..Allah saje yang tahu..
tapi aku ok je, just kena relaks dan ambil nafas..then ok~
panjang berjela aku bercerita...erkk..haha
Ermm..okay la..nak buat ayat penutup pulak..dah macam karangan BM..
nanti nak buat kek coklat moist la..:)
kena kurangkan koko pasni, nanti pahit la coklat tu..adoii..
Last sekali..
TERIMA KASIH KEPADA YANG DAH BAGI UCAPAN HARI JADI...SANGAT2 MENGHARGAINYA..
YANG SENT SMS TU, SORRY TAK DAPAT REPLY SEBAB TAK ADA KREDIT..HEHE

bye2 semua..:)




Jom dengar

Hai semua..lama tak update blog..
penyakit 'M'..
sekarang ni tengah cuti dan saya sibuk kerja..
kerja jadi suri rumah sepenuh masa..
anyway, nak share video ni..budak ni sangat comel dan suara dia merdu sangat...
Nur Atikah Nabilah Thane
sekarang ni tahun 5..orang Brunei..
okay..setiap kali habis menyanyi dia akan lari, mungkin trademark dia kot..haha
tapi sangat comel..enjoy~




Bye~