Memaparkan catatan dengan label Resepi Istimewa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Istimewa. Papar semua catatan

Potato Crisp Bebulat

Mengada sangat namanya kan?
Entah apa2 je aku cuba cipta nama macam tu..


BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang (dikupas dan potong nipis2)
5 sudu tepung gandum
5 sudu tepung jagung
1 sudu kunyit
sedikit pewarna kuning (nampak lebih menarik untuk dimakan)
garam secukup rasa
air

CARA-CARANYA IALAH:
1) Kentang dicucuk2 seperti dalam gambar di atas.
2) Bancuh tepung2 tu bersama kunyit, pewarna kuning, air dan garam.
3) Kemudian saluti kentang dengan bancuhan tepung..bagi rata ye,,biar semua kena bancuhan tepung tu..
4) Goreng lama sikit dengan menggunakan api sederhana.
5) Kemudian dah macam agak garing sikit, angkat dan toskan..
6) Curah lagi sekali dengan bancuhan tepung.. (kalau nak sedap dan crispy buat la 2 kali, tapi sekali pun ok je..tapi aku suka buat 2 kali biar bancuhan tepung tu melekat2 kat kentang)
7) Goreng lagi sekali hingga garing.
7) Siap dan hidang la bersama sos..










Chicken Ungkep



uuuuuu..nama Chicken Ungkep..
hihihi..
'AYAM MASAK UNGKEP'
pernah makan?
masakan jawa kegemaran aku dan abang aku..
sampai wife dia pun sanggup nak belajar masak masakan ni gara2 abang aku suka sangat..
baiklah, cara masak dia simple je bagi aku memandangkan hari ni mood masak agak malas sedikit..

BAHAN-BAHAN:
Ayam (potong ikut suka korang)
seulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
2 pucuk serai
2 sudu kunyit
kayu manis (1 je cukup)
bunga lawang (aku letak 2 je)
garam secukup rasa
gula secukup rasa

CARA MASAK:
Aku dah cakap mood malas hari ni, jadi semua bahan tu aku campak dalam mesin pengisar (blender)..
haha..
Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis..dah hancur tu baru aku masukkan serai plak..blender serai sekali tapi janganlah sampai hancur ye..hehe..
Kemudian, panaskan minyak di atas kuali dan tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau..
Masukkan kunyit, kayu manis dan bunga lawang..
Tumis lagi dan masukkan ayam yang dah dibersihkan..
Akhir sekali baru masukkan garam dan gula..
Biarkan seketika hingga ayam betul2 masak ye..
Dah siap boleh la hidang dan makan bersama nasi..

Emmm..sedapnyaa..aku menaip dengan rasa lapar ni..ok nak pergi makan.. :D
Selamat tengah hari dan assalamualaikum~





Resepi Jeli Kelapa

Sedapnya tengah2 panas ni makan jeli kelapa kan..

Baiklah, aku kongsi resepi membuat jeli kelapa ni..

BAHAN-BAHAN:
Agar-agar 2 pek (6g) -selalu aku basuh dulu
Air kelapa (1 jag - 1000 ml)
Air biasa (2 jag - lebih kurang 2000 ml)
Gula secukup rasa (nak manis gila, letak banyak2)
Isi kelapa yang dipotong halus2 - ikut suka nak buat jadi macam mana pun ye

CARA-CARA:
Masak air dalam periuk.
Masukkan gula dan agar-agar.
Kemudian, dah didih tu baru masukkan air kelapa.
Masak sehingga air mendidih dan gula pun larut.
Tapis dahulu dalam jag sebelum dituang di dalam bekas seperti di atas.
Kalau tak ditapis, nanti ada agar2 yang berketul2 jadi pelikss pulak,..
Akhir sekali, tabur2 la isi kelapa macam kat atas tu..
Aku suka isi kelapa, jadi banyak la isi kelapa yang aku tabur tu..haha..
Kemudian, biar seketika sebab masih panas..Agak2 dah sejuk, masukkan la dalam peti ais..
Esok2 boleh makan...yummmmss~












Sambal Kentang Goreng + Ikan Bilis


BAHAN YANG DIPERLUKAN:

4 Biji Kentang (dihiris nipis)
Ikan bilis (ikut suka nak berapa banyak)
Seulas Bawang besar (dihiris)
Cili kering (dikisar halus) - lebih kurang secawan
Air asam jawa
Gula secukup rasa (nak manis, letak banyak)
Garam secukup rasa

CARA MASAK:
  1. Goreng kentang dan ikan bilis sehingga garing jadi rangup..biarkan seketika..
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar.
  3. Masukkan cili kering, asam jawa, gula dan garam.
  4. Masak sehingga pecah minyak dan betul2 masak garing.
  5. Kemudian masukkan kentang dan gaul rata.
  6. Masukkan pulak ikan bilis dan digaul rata.
  7. Siap! boleh la hidang......
SELAMAT MENCUBA!










Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum...dan salam Jumaat..
selamat menunaikan solat Jumaat kepada para muslimin..
baiklah..hari ni aku nak kongsi resepi masakan paling simple!
simple  la kooottt... :D
Sebenarnya banyak bahan yang boleh menyedapkan lagi tapi aku buat2 tak letak..haha..
konon2 lupa.. :p
tapi tak kisah pun nak letak ke tak janji jadi je.. tu konsep aku.. :)


BAHAN YANG DIPERLUKAN : 
  1. Ayam potong ikut suka hati (ayam mestilah wajib ada memandangkan nama masakan pun ayam masak kicap)
  2. Bawang besar (seulas - dihiris2 lebar)
  3. Bawang merah (3 ulas - nak tumbuk atau hiris2 pun boleh)
  4. Bawang putih (5 ulas- nak tumbuk atau hiris2 pun boleh)
  5. Kayu manis (sebatang je cukup)
  6. Bunga lawang (1 je)
  7. 3 sudu besar Cili kering (dah dikisar) / cili boh pun boleh
  8. Kicap
  9. Sos (2 sudu)
  10. Garam secukup rasa

CARA MEMASAK : 
  1. Mula2, korang kena goreng ayam tu dulu. (Ayam digaul bersama bawang putih yang ditumbuk, kunyit dan garam) - goreng sampai masak.
  2. Biarkan seketika ayam tu. Ayam goreng tu takkan lari melainkan korang ngap. huhu
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih sampai agak2 garing. Masukkan kayu manis dan bunga lawang.
  5. Kemudian masukkan cili kering dan bagi masak betul.
  6. Masukkan kicap dan sos. Sos ni sikit je, untuk memekatkan lagi kuah.
  7. Jangan lupa! masukkan garam secukup rasa.
  8. Akhir sekali masukkan ayam goreng yang tertido kejap tadi. Gaul hingga sebati.
  9. Tutup api dan boleh la dihidangkan.











Resepi Terung Goreng Tepung

Assalamualaikum!
hari ni aku nak kongsi resepi ni..
memandangkan ada terung kat dalam peti ais dan aku pulak memang tak minat sayur terung..makanya aku teringat ada satu kedai tu jual terung goreng tepung..macam sedap je..jadi, aku cuba la buat kat rumah pulak..

Baiklah, apa yang kita perlukan?

BAHAN-BAHAN :
Terung panjang/bulat (Wajib ada! katanya terung goreng tepung kan..) 
Tepung gandum 3 sudu besar
Tepung jagung 3 sudu besar
Air suam (lebih kurang setengah gelas)
Garam secukup rasa (aku selalu letak dalam 1 setengah sudu kecil)
Kunyit (1 sudu kecil pun cukup)
Minyak masak
*Kuali dan sudip - ni sangat penting ye :D

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA :
1. Adun (tepung gandum, tepung jagung, air suam, garam dan kunyit) secukup rasa.
2. Terung kalau yang panjang potong bulat-bulat dan nipis-nipis, kalau yang bulat sebiji tu, potong ikut suka korang, yang penting tak besar sangat dan nipis. (YANG PENTING, NIPIS!! BARU SODAP DAN RANGUP)
3. Celup terung tu dalam aduan tadi.
4. Goreng dalam minyak yang sedang panas.
5. Angkat dan siap dihidang!

P/s: Kalau nak lebih crispy, lepas potong2 terung tu, masukkan dalam peti ais sekejap sebelum goreng.. Cuba la ea.. :)


Tadaaaa!!

Ok, tetiba aku dah suka terung.. :D
Tapi kena buat jadi gini la,..sedap dan rangup!
Kalau masak yang tumis2 bagai semua tu buat tekak aku loya..errr..haha
ok la..

adioss~~












Pucuk Paku Goreng Belacan

Bahan-bahan :
  • 1 ikat pucuk paku (aku ambik daun dia je, ikut korang la nak macam mana..haha)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 sudu makan udang kering/ ikan bilis pun boleh (dikisar)
  • cili padi (dikisar)
  • sedikit sos tiram
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • sedikit air (ni aku dah campur dalam mesin kisar)
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga ada bau yang enaksss. 
  2. Masukkan sos tiram secukupnya. Kacau sebati.
  3. Akhir sekali masukkan pucuk paku. Kacau lagi hingga sedikit layu. (jika kurang masin boleh tambah garam)
  4. Apabila sudah masak, angkat dan hidangkan.
p/s: simple je kan..untuk yang malas macam aku, nak senang dan cepat, kisar je..haha :D kalau korang nak tumbuk guna lesung pun boleh..lebih moist dan maglek..
ops..lupa nak ambil gambar..mula2 aku ingat nak ambil gambar..bila dah makan2, baru teringat..tapi dah masuk perut pulaks..

Bahasa jawa
Maglek - lebih rasa lemak + kawww2




Sumber : Dapurku Sayang











Masak Kupang paling simple

Assalamualaikum..
resepi masakan paling simple, terutamanya kepada yang baru nak belajar2 masak tu..
aku ni kadang2 kalau jarang masak memang lupa..
maka, terpaksa la tepek resepi masakan kupang kat sini..

APA YANG DIPERLUKAN?
Bahan A
  • seulas bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • beberapa cili padi (ikut rasa sesuka hati) :D
Bahan B

  • Kupang (basuh bersih2 naaa..)
  • serai
  • sos cili
  • sos tiram
  • kicap
  • garam
  • gula

CARA-CARANYA:
  1. Kisar bahan A sampai hancur.
  2. Tumis bahan A dan serai
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula.
  4. Rasa dah sedap baru masuk kupang..
  5. Masak sampai kupang2 tu tersenyum.. :D

P/s: Entri resepi ekspres ni rasanya aku je yang faham..haha..kalau rasa tak faham, boleh rujuk tempat lain..terima kasih yaaa~


Petua kali ni: Akak aku cakap make sure bila masak, air tangan dielakkan menitik ke dalam masakan..Sebabnya aku pun tak tahu..dia cuma cakap tak elok..kui3









Resepi Biskut Coklat Almond

Assalamualaikum..hai...konichiwa~ :)
Ogenkidesuka?
Watashinonamaeha Amiradesu.. :D
Adoi dah gila bahasa Jepun sejak tengok Strawberi Cinta..
Baiklah, hari ini, aku nak kongsi resepi Biskut Coklat Almond..
actually, nak buat biskut coklat cip, tapi coklat cip dah lesap..anak buah aku makan 1 bekas coklat cip..sabar jelaa..nasib baik ada kacang almond..jadi laa..
Aku dapat resepi ni dari dapur Ct..tapi dah derhakakan sikit ikut suka hati aku..

Okay, sila salin resepi ni ye..

Bahan2 ni dibahagi kepada 2 bahagian..







Okay...ni la rupa Biskut Coklat Almond..


Selamat mencuba!










Resepi Aiskrim Cornetto

Assalamualaikum..
ada beberapa orang berminat nak buat aiskrim sendiri..jadi aku dengan rajinnya update la jugak ni walaupun sebenarnya kemalasan melanda diri..
Ceh, tajuk cornetto kan..tapi tak ada la sebijik macam aiskrim cornetto..huhu..sipi2 je kesamaannye..

Baiklah..
Bahan2 yang diperlukan:
  1. 1 Tin susu cair
  2. Susu pekat (Terpulang, kalau nak manis sampai kencing manis, letak la banyak2- Aku letak dalam 3 sudu je)
  3. 1 biji telur (Mula2 aku geli jugak, tapi bila dah rasa aiskrim tu sedap, buat2 x tahu jela ada telur dalam aiskrim tu..huhu..kang kalau x letak, aiskrim x jadi pekat dan likat)
  4. 1 sudu besar ovalette
  5. 1 sudu kecil esen vanila
  6. Perisa (Terpulang..ikut selera..aku guna durian yang dah dilenyekkan dan milo) - dah tu je ada..
Sumber gambar: Atuk Google


Seterusnya, langkah2 nya seperti berikut:

1)  Campurkan susu cair, susu pekat, ovalette, telur dan esen vanilla ke dalam alat pengadun (Stand Mixer) seperti di bawah..



2) Pukul sampai jadi pekat macam krim.. Ni ambik masa dalam 15 minit ke atas untuk hasil yang memberangsangkan..
3) Dah siap, bahagikan kepada 2 bahagian..Ni ikut perisa yang korang nak,,Oleh sebab aku guna dua perisa, jadi aku buat 2 bahagian je..

Ni perisa milo..Kacau hingga sebati..Kalau ada aksesori menarik, boleh hias..contohnya, coklat urai atau coklat cip dan sebagainya.. :D

Ni pulak perisa durian..sebaiknya durian yang dah dilenyekkan tu diadun lagi guna alat pengadun supaya lebih sebati dan rasanya 'yummy delicious' begitu..huhu

Ok dah siap..boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk..Tunggu la sehingga aiskrim tu jadi keras..jangan gelojoh sangat! :D
Macam gambar kat bawah ni tak berapa nak keras sangat sebab baru 1 jam dalam peti sejuk..tak sempat nak keras dah makan..tapi lepas simpan semula beberapa jam, hasilnya macam aiskrim beli kat kedai tu....


ni first trial buat.. :D




Bila dah lama2 buat, jadi seperti di bawah;
ni aiskrim Coklat Oreo

ni aiskrim yang aku combine..sebelah milo dan sebelah lagi aiskrim kacang

Okay...selamat mencuba..


Terima kasih.. 

p/s: set frozen peti ais korang ye..jangan terlampau sejuk sangat, kang jadi batu aiskrim ni..kui3..set kepada medium..


Sumber asal : Cik Epal













Resepi Apam Polkadot

Assalamualaikum..
Oleh kerana ada kawan2 yang tanya, jadi aku pun menulis dengan rajinnya resepi ni..copy paste je dari sumber ni.. sama je resepinya..

Bahan-bahan ( 100 biji papercup kecil )

  • 3 biji telur (gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair (Aku guna susu segar Dutch Lady-Akak aku kata lagi sedap guna susu ni..tapi wajib ikut sukatan tau! 150 ml jee)


  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette



  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa (aku guna coklat sebab coklat lagi sedap dan aku tak suka masam2 ni.. :D )
  • pewarna (ikut suka hati, aku guna warna merah dan hijau)



Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan- ada 3 mangkuk (1 x ada warna, 1 warna merah dan 1 warna hijau)
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag - aku guna plastik dan buat lubang kecik je pada bucu plastik.
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan
  8. kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak (pastikan penutup pengukus tu dibalut dengan kain supaya wap air kat penutup tu tak kena pada apam dan menyebabkan apam jadi x cantik)-berdasarkan pengalaman buat apam dulu..huhu..pastu aku tanya makcik2 dan akak aku kenapa apam aku jadi tak cantik dan lembik..rupanya sebab ni laa...
  9. lepas dah siap dikukus boleh la dimakan...nyam3..sedap~ :)