Assalamualaikum..
Oleh kerana ada kawan2 yang tanya, jadi aku pun menulis dengan rajinnya resepi ni..copy paste je dari sumber ni.. sama je resepinya..
Bahan-bahan ( 100 biji papercup kecil )
- 3 biji telur (gred A)
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus
- 150 ml susu segar@susu cair (Aku guna susu segar Dutch Lady-Akak aku kata lagi sedap guna susu ni..tapi wajib ikut sukatan tau! 150 ml jee)
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovalette
- filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa (aku guna coklat sebab coklat lagi sedap dan aku tak suka masam2 ni.. :D )
- pewarna (ikut suka hati, aku guna warna merah dan hijau)
Cara-cara
- masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
- bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan- ada 3 mangkuk (1 x ada warna, 1 warna merah dan 1 warna hijau)
- masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag - aku guna plastik dan buat lubang kecik je pada bucu plastik.
- picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
- letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
- picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
- last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan
- kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak (pastikan penutup pengukus tu dibalut dengan kain supaya wap air kat penutup tu tak kena pada apam dan menyebabkan apam jadi x cantik)-berdasarkan pengalaman buat apam dulu..huhu..pastu aku tanya makcik2 dan akak aku kenapa apam aku jadi tak cantik dan lembik..rupanya sebab ni laa...
- lepas dah siap dikukus boleh la dimakan...nyam3..sedap~ :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan