Praktikum Fasa 1 di Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sabtu!
Akhirnya telah selamat 2 minggu ber'praktikum' di SK Putrajaya Presint 8(2).
Praktikal memang tersangat penat, tapi dapat kepuasan bila selesai je mengajar.





Jadi ni la aktiviti sepanjang kat sekolah.

Ni masa mengajar kelas 5 Anggerik Putih.
Pandai jugak berlakon secara spontan.



Bawak Miko dan Miki ke sekolah.
Abaikan gambar terbalik. :p




Ni mengajar kat kelas 4 Anggerik.
Mengajar secara berpasangan dan cuba teka apa yang aku ajar dengan berpakaian serba hitam tu? :D


 
Ajar bola baling masa hari kokurikulum minggu pertama.
Sakan kami gelak. :D

Ajar murid2 tahun 3 berkawad. Rasanya PBSM memang tak sesuai masuk kawad. Bukan jiwa kami. :D








Mewarna mural. (Sambung hasil kerja cikgu2 sekolah ni)

Ustaz Aizat tersipu2.. :D



 Ni la peneman pengarang hati dan jantung sepanjang malam. Setiap kali nak rancang pengajaran esok, mesti si Lulu ni akan teman aku dengan pelbagai cara. Ni dia duduk diam lepas kena jentik telinga. :p

Muka ngantuk si Lulu yang sangat kronik :D 


Cikgu2 bergosip pasal anak2 murid.. :p



Rakan-rakan praktikum 



Senyum tak perlu kata apa2~ :)









From Beijing with Love (Part 1)

Assalamualaikum semua~
Oh! bagaimana nak gambarkan perasaan sekarang ni.
tersangatlah bahagia dapat balik kampung halaman. 
Akhirnya dapat jumpa mak dan abah. Walaupun hanya untuk 3 hari, tapi dapat jugak jumpa. Alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur untuk bersama orang2 yang disayang.
Setelah 3 minggu tak jumpa..(Baru 3 minggu kan? mengada sangat..haha)
perasaan sedih tu muncul bila baru balik dari Beijing tapi tak dapat balik kampung jumpa keluarga. Tiba2 terus kena praktikal. 
Oh ye, lupa nak cerita. 2 minggu lepas aku pergi Beijing selama lebih kurang seminggu.
Jadi, beginilah ceritanya masa kat sana:

Hari Pertama

Summer Palace


Beijing Foreign Studies University

Hari Kedua

Crystal Shop

Baiklah. sila jangan berangan nak beli jika anda tidak mempunyai 3 ratus yuan ke atas. :D
kalau tak, hanya mampu pandang, belek2, ambil gambar sekali alang2 ada kat situ.
kalau suami2 pergi sesuai la kot nak belikan untuk isteri tersayang sebab tak terlalu mahal. 
duit sana kan lebih murah berbanding Malaysia.
RM 50 = 100 yuan






Great Wall of China










Serius penat daki sampai atas.. 
 pengalaman yang takkan dilupakan.

kat Malaysia tak ada salji, begini la jadinya kalau nampak salji.

kami berjaya sampai atas!! Alhamdulillah
(yang lain dah surrender sebab memang letih nak daki sampai atas.. separuh nyawa rasa nak hilang)

Tu saje untuk hari ni.
*Entri Beijing akan disambung pada masa akan datang. :)









Bola-bola Senyum




Assalamualaikum semua~
Erm. tiba2 rasa sedih sekarang ni. Berbulan simpan perasaan ni. Moga diberi kekuatan daripada-Nya. Aku harap perpisahan tu menjadi sumber kekuatan supaya aku  berfikir dengan lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan.
Lega rasanya dapat pergi jauh ke Beijing. Munculnya satu ketenangan dalam diri sepanjang kat sana. 



Buat masa ni, aku cuma nak fokus pada keluarga, pelajaran, dan cita2 aku yang masih belum tercapai. Aku berazam nak pergi jelajah negara orang dulu kalau ada kemampuan. :)


Hurmm..
Bukannya aku menolak , tapi aku fikir ni keputusan yang sangat2 tepat. Semoga apa yang aku buat ni adalah pilihan yang tepat dan aku yakin, Allah pasti akan memberikan yang terbaik untuk aku. 

Lagi pun,
Kenapa kita mesti yakin dengan janji manusia??
sedangkan janji Allah itu pasti.

rasanya tak perlu untuk aku sedihkan untuk sesuatu yang aku tak pasti..
bukan aku tak yakin, tapi aku takut aku akan kecewa..
jadi lebih baik jadi begini hingga tibanya waktu bahagia tu..

Alhamdulillah, aku selesa dan bahagia begini. 
Rasa lebih tenang. 
Cukuplah sekadar sebagai kawan. Mungkin tu lebih baik.

Lagi pun, bak kata gambar kat bawah ni:


'Duhai tuhan jika dengan melepaskan cintaku maka aku akan memperolehi kewarasanku..maka biarlah aku menjadi begini seumur hidupku..

Duhai tuhan..andai mampu aku meminta padamu saat ini..aku ingin Kau ambil seluruh cinta yang ada pada diriku..biarlah aku hidup tanpanya..'

Puisi Drama Slot Akasia 'Kau yang Terindah'















Entri bila dah Ngantuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
tersangat la ngantuk sebenarnya ni. tapi update blog jugak sebab dah berbulan tak update. sebab apa? sebab terlalu sibuk dengan kehidupan dunia yang sulit lagi menyulitkan. Bayangkan selama 8 bulan bertungkus lumus menyelesaikan segala urusan lawatan ke salah sebuah universiti terkemuka di Beijing iaitu Beijing Foreign Studies University(BFSU). Bila dah sampai sana memang superb best. suasana kampus yang sangat2 aku inginkan. Duduk kat institut tut2 ni macam duduk kat sekolah walaupun hakikatnya yang belajar tu semua umur 20 dan ke atas. =_="
Baiklah, sepanjang 8 bulan ni memang tersangat la sibuk.

Ni la event2 penting yang buat rasa serabut:

- Majlis2 kahwin saudara-mara/ kawan2/ sepupu2 rapat 

-Majlis perkahwinan abang yang mengikut adat warisan Melayu di rumah pengantin perempuan (Kena jadi photographer, videographer + assistant abang sepanjang kat Melaka) -Majlis berlangsung selama 2 hari

- Majlis Malam Puisi Riong Anjuran Berita Harian dengan kerjasama institut perguruan aku. (Kena jadi Master of Ceremony(MC) buat teks pengacaraan sampai stres sebab banyak kali diedit dan diolah orang yang lebih berpengalaman)

-Kejohanan Olahraga Tahunan institut (Entah macam mana boleh jadi Naib Pengerusi 2 pun aku sendiri masih tak faham)

-Setiap sabtu ahad tak ada istilah cuti. Mesti ada apa2 event atau kursus yang kena join.

-Majlis kawin abang kat kampung. (Penat habis2an)

-Cuti seminggu yang sepatutnya duduk kat kampung, dihabiskan di Beijing bersama pensyarah dan kawan2.

Ada lagi sebenarnya, tapi nak taip pun dah malas ni.. apela. Cuma nak cakap, sekarang tengah praktikal. Serius sibuk! (Sempat pulak update blog, nampak tak penipuan kat sini? )

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaku ngantuk sangat ni! *_*
Entri yang mengarut malam ni.

P/s: boleh tak elaun praktikum keluar secepat mungkin memandangkan duit habis digunakan ke Beijing. Bukan habiskan untuk shopping di Beijing. Tapi habis untuk perjalanan ke sana (tiket Air Asia X / makan minum/ pengangkutan/ penginapan/ agensi)

*Tolonglah doakan aku cepat sembuh daripada sakit tekak ni.  :(