Kembali


Apakah tujuan dia??
sekadar bertanya khabar atau ingin mengorek rahsiaku?
kenapa kau datang kembali dalam hidupku di saat perasaan ini mula berputik untuk insan lain?

dan kenapa kau tiba2 mengingatkan tentang diriku dan dirinya yang kini sudah tiada apa2..
aku cuma mahu kehidupanku sendiri..
tanpa dibebani bayang2 hitam..
aku dan dia ialah pengajaran dalam hidup..
mematangkan pemikiran..

ya..
kau milik dia!
dan aku sudah terima ketentuan itu..
kita bertiga kawan dunia akhirat..
dan tak mungkin aku nak sakitkan hati kawanku sendiri..

ye..persahabatan itu kekal sampai bila2..
Insya Allah..
satu masa nanti, bila aku benar2 bersedia berhadapanmu dan dia,
 aku akan kembali ke daerah itu..
daerah yang telah lama aku tinggalkan..
dengan perasaan pilu..

hadiah perkahwinan pun belum sempat aku beri..
maaflah..aku terlalu sibuk sehingga lupa..
nanti akan aku poskan..



Yang benar,
S.A

Melupakanmu

Mr. Head Prefect...

Hatimu kini miliknya selama-lamanya..
Dah lama aku redha hal tu..
tapi agak terkilan bila diriku di'remove' sebagai kawan..
Tapi secara positifnya, memang patut pun begitu..
bimbang menganggu kebahagiaan rumah tanggamu nanti..
tapi persahabatan kita bertiga tak sepatutnya terlerai begitu..
jadi biarlah aku yang pergi membawa diri..

Semoga kau bahagia dengan dirinya kekal hingga ke syurga..
Kau dan dia memang telah dijodohkan bersama..
tapi memori kita bertiga takkan pernah aku lupakan..
walaupun dah lama berlalu..


mungkin jodohku belum muncul lagi...
tapi Insya Allah..
akan dipertemukan jua nanti..


yang pastinya, 
aku sedang cuba mengenali diriku sebelum aku mengenali orang lain..
dan aku sedang cuba memupuk perasaan itu berputik kembali..

yang melupakanmu, 
S.A.

Istikharah Cinta

Lagu ni asyik dimainkan sampai kawan aku pun dah hafal... :D
Ni la perangai aku, kalau dah addict dengan sesuatu lagu, aku akan mainkan lagu tu berulang kali sampai bosan..
tapi setakat ni belum bosan lagi.. :)






Bersaksi Cinta di atas Cinta
Dalam Alunan Tasbihku Ini
Menerka Hati Yang Tersembunyi
Berteman Di Malam Sunyi Penuh Do'a


Sebut Nama-Mu Terukir Merdu
Tertulis Dalam Sajadah Cinta
Tetapkan Pilihan Sebagai Teman
Kekal Abadi Hingga Akhir Zaman


Istikharah Cinta Memanggilku
Memohon Petunjuk-Mu
Satu Nama Teman Setia
Naluriku Berkata


Di penantian Luahan Rasa
Teguh Satu Pilihan
Pemenuh Separuh Nafasku
Dalam Mahabbah Rindu


Di Istikharah Cinta..



hurm, tak rasa ke lirik lagu ni menyentuh hati?
maksud yang mendalam kan..
mungkin tiba masanya nanti, istikharah cinta ini akan memanggil aku..

kerana semuanya sudah tertulis~





habit habit habit

gambar hiasan semata2


Assalamualaikum si kacak dan si cantik semua~
puasa tak??
Salam Ramadhan al-Mubarak..
:)

Ok, lets talk about 'habit'
Tahu tak apa tu habit? dalam bahasa Melayu, kita panggil tingkah laku yang biasa dibuat..
kadang2 habit ni menyebabkan orang annoying dengan kita..kadang2 pulak orang suka..
so, habit ni ada kelebihan dan kekurangannya..
tapi, kalau orang sekeliling kita boleh terima habit kita tu, takpelah..
tapi kalau sebaliknya, kita cuba la untuk elakkan buat depan dia..
huhuhuhu...
antara contoh habit yang sesetengah orang selalu buat;



1) Lelaki: usap2 janggut atau misai masa berborak.. (haa..ada yang pernah buat ke?)
haha..kadang2 ada jugak aku nampak kejadian seperti ni..mungkin dia tak sedar apa yang dia lakukan..sebab dah jadi kebiasaan..mungkin..tapi bagi aku, takdelah annoying pun..biasa je :D




2) Perempuan: membebel sorang2 tapi orang lain boleh dengar
ni aku tak pasti..kadang2 lelaki pun ada yang macam ni jugak..
Antara contoh paling sesuai kejadian ni berlaku ialah masa nak pilih baju..
"Eh, yang mana satu cantik ni...yang tu macam lagi cantik..tapi yang tu mahal..blablabla.."
kira macam cakap sorang2..cakap perlahan je tapi sebenarnya orang lain boleh dengar.. :D




3) Gigit benda2 yang ada kat sekeliling dia
ni kadang2 buat aku rasa macam nak rampas je benda yang digigit tu..haha..
ada juga sesetengah orang macam ni..dia suka gigit2 pen, straw, cawan plastik dan sebagainya yang boleh digigit..sebab dah terbiasa, mungkin sejak kecik tak pernah ditegur..

eh, banyak lagi habit secara umum yang dilakukan oleh ramai orang..tapi aku malas nak taip panjang2..huhu..
tapi, setahu aku, habit aku setakat ni, update blog sambil dengar lagu yang sama berulang kali..
setiap kali nak update blog, aku akan dengar lagu yang aku rasa suka sangat2..
mungkin mendatangkan ilham? haha..ye kot..
sebenarnya aku dah tak pasti berapa kali lagu yang aku dengar sekarang ni dimainkan.. :D

Oh ye..
APA HABIT KORANG PULAK? :D





Syurga Ini Milik Siapa

hurmm..nak balik dah.. =(
sempat stalk fb seseorang..
baca segala post, komen dan sebagainya..kenangan aku dan dia..
nak ketawa pun ada..
sangat la tak matang masa tu..
haih..tapi semua yang pernah berlaku tu kenangan yang takkan aku sesali..
mengajar aku erti kehidupan..
mengajar aku tentang rasa suka, cinta dan pengorbanan..
terima kasih untuk segalanya..
kalau ada jodoh, macam mana sulit sekalipun, kita akan bersama..
tapi, andai kata antara kita tak ada jodoh, saya redha, dan awak pun kena redha atas kebahagiaan masing2..

.....................

kadang2 aku cuba pupuk semula rasa itu, 
tapi kenapa ye..macam tak boleh..
betullah orang kata, tanpa sebarang ikatan sah, sesuatu hubungan tu tak kekal lama..

aku terus menunggu,,
tapi adakah penantian ni ada penghujungnya?
atau harapan yang hanya tinggal harapan..

perlukah aku terima orang lain?

biar masa yang menentukan segalanya......

aku suka kehidupan sekarang..Alhamdulillah..aku dah tersedar.. :')

Cinta kepada Allah, cinta abadi..
Semua pergantungan hanya kepadaNya..
Moga aku akan bertemu 'insan' itu......

-Afrina Adnin-

Rindu rindu rindu!!!

Assalamualaikum si kacak dan si cantik semuaaa~ :)
Lama sudah aku tak bersiaran..
Ada yang rindu ke??
hehehe..

terkesima tiba2 
seorang hamba Allah tegur..
"Kenapa lama tak update blog? Update tau..tak sabar nak baca"

Eh, ada jugak ye org baca entri2 aku rupanya..Ingatkan aku syok sendiri je.. 
muahahaha..
kadang2 blog ni dah macam diari pun ada..mana la kita sangka ada orang sanggup nak ambil tahu hasil penulisan yang entah apa2 ni..

aku hanya menaip apa yang terlintas di minda tanpa sebarang point atau isi penting yang aku nak sampaikan..
macam cakap2 kosong.. =_=
tak ada yang klise pun..huhu..

dan sekarang ni..aku sedang dalam pembikinan sesuatu kerja..
nantikan ye para pembaca yang kekacak dan cecantik semua =D

Untuk tamatkan entri ni, jom dengar lagu kat bawah ni..
Best sangat!