Tiba diriku
Di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini…aku tak sendiri
Aku akan menyayangimu
ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu
Seumur hidupmu
Aku tak
pernah mencari, tapi dia menjumpaiku.
Tuhan telah
menemukan dia dan aku.
Aku
menjadi miliknya kerana aku adalah tulang rusuk kirinya.
Ni kisah
kami berdua.
4 Mei 2013 / Sabtu
(10.20 pagi)
Mr. Krik2 : Salam hai… cikgu - sent from Putrajaya, Malaysia
Aku : Waalaikumussalam.. Ye.. Selamat pagi.. –
sent from Johor, Malaysia
Mr.
Krik-krik :
Selamat pagi juga.. Selamat berkenalan..
Aku : Berikan sebab kenapa saya perlu menambah awak
sebagai kenalan?
Mr. Krik-krik
: ….
Tuppp. Bermulanya kisah Mr. Krik-krik dan aku pada pagi itu.
Panjang perbualan tu tapi tak perlulah aku ceritakan kesemuanya.
Aku sendiri tak tahu macam mana dia boleh menambah aku sebagai
rakan di facebook. Aku bukan
sewenang-wenangnya akan terima seseorang di laman sosial tu terutamanya lelaki
yang tak pernah aku kenali. Walau macam mana pun, aku tetap berfikir dan timbul
perasaan ingin tahu yang membuak-buak macam mana dia jumpa akaun laman sosial facebook aku ni memandangkan ada berjuta
lagi wanita yang ada akaun laman sosial ni kan.
Adakah
mungkin kerana komen aku di laman ‘Tentang Cinta Dot Com’???
Selama
aku menggunakan laman sosial ni, aku tak pernah memberi komen kat mana-mana page pun. Entah macam mana, tiba-tiba je
aku komen satu post daripada page Tentang Cinta ni. Selepas tu,
bertubi-tubi pemuda menambah aku sebagai kenalan. Namun, seorang pun tak kuterima
kecuali Mr. Krik-krik.
Tamat
sahaja sesi perkenalan aku selama lebih kurang setengah jam dengan Mr.
Krik-krik, aku pun buka profil akaun facebook
dia untuk mengenali dia dengan lebih dekat. Entah kenapa tiba-tiba sahaja aku
berbuat demikian sedangkan selama ni tak ada pula aku nak buat.
“Mungkin
dia jodohku?”
atau
takdir yang menemukan kami secara tak sengaja.
........................................................................................
........................................................................................
Seminggu berlalu, kami tak berhubungan selepas tu. Sebenarnya,
aku menantikan mesej daripada Mr. Krik-krik, tapi tak muncul pula. Perasaan
teruja bila tengok di bahagian facebook
chat keluar warna merah, tapi bukan mesej daripada dia. Aku kecewa. Entah
kenapa aku sangat berharap untuk chatting
dengan dia lagi.
Oleh sebab peperiksaan akan bermula tak lama lagi, aku deactivate akaun facebook buat sementara waktu. Kononnya tak nak gangguan tapi
sebenarnya aku ada tujuan lain. Aku login
akaun facebook kedua. Akaun ni untuk
umum sebab aku tak suka privasi aku diganggu di akaun satu lagi. Jadi, maklumat
peribadi aku dalam akaun ni terhad. Aku
pula menambah Mr. Krik-krik sebagai kenalan facebook
kedua dengan harapan dia akan menghantar mesej kat aku. Ya! Memang betul
dia buat macam yang aku fikirkan. Dia tegur aku dan bertanya tentang akaun ni.
Aku jelaskan perkara sebenar dan dia memahami.
Semakin lama perasaan rindu semakin menebal. Aku segan nak
hantar mesej di ruangan chat. Akhirnya, aku buat juga selepas aku install satu
aplikasi facebook messenger yang
memudahkan pengguna facebook untuk chatting dengan lebih mudah. Kononnya
nak mencuba aplikasi ni, jadi aku hantar satu mesej kat dia. Tak sangka, Mr.
Krik-krik memberi respon yang baik. Walaupun pada mulanya aku agak segan untuk
berbual dengan dia, tetapi perbualan jadi semakin rancak.
Seminggu sekali, kami akan chatting.
Tapi perbualan yang agak ringkas. Setakat beberapa minggu aku kenal, Mr.
Krik-krik seorang yang sangat lucu dan ada sahaja perkara yang dia lakukan
membuatkan aku tertawa keseorangan. Dia memang sesuai jadi pelawak agaknya. Aku
tak dapat berhubung dengan dia selalu memandangkan dia seorang yang bekerjaya.
Kononnya la.. :p
Berdasarkan pemerhatian
aku la. Sebab dia jarang update
facebook. Aku cuba memahami orang yang dah bekerja sebab selama ni aku cuma
berkawan dengan orang yang masih belajar. Jadi aku tahu kesibukan bekerja tak
sama macam kesibukan orang yang masih belajar.
Oh ye! Lupa pula aku nak kenalkan diri aku kan. Aku seorang perempuan
yang bakal menjadi seorang wanita. Erkk.. haha.. Apa yang korang perlu tahu,
akulah aku. Nak tahu lebih lanjut kenalah baca kisah aku yang seterusnya ye.