Huhu..khusyuk betul budak2 ni jawab latihan tu..Semoga mereka berjaya suatu hari nanti..
Kelas Tuisyen Berakhir
Alkisah nak Jadi Cikgu
ok la...now aku cerita pasal pengalaman aku interview kat maktab pulak...
time tu memang happy sebab lagi beberapa step aku dah hampir berjaya mencapai cita2 aku tu..
aku tak takut sangat untuk interview kat maktab ni sebab dah ada pengalaman kena interview kat UPSI..
tarikh bersejarah untuk interview kat maktab tu ialah pada 4hb 6 kot..kalau tak salah la...aku pun dah lupa..hehe..kat IPGM Kampus Temenggong Ibrahim,Johor Bahru...
dekat dengan sekolah aku je...
3 hari sebelum tu aku dan Farhana(kawan sekolah) disuruh tinggal di rumah kaunselor kami yang bernama cikgu Junaidah..dia memang baik...
Dia pun memberi sedikit tunjuk ajar kat kitorang...macam2 yang dia bagitau..
Ada sesuatu yang buat aku tensyen tau...
pasal nak buat penyataan hasrat tu..siap merangka lagi tau..macam nak buat karangan je..haha...
betul kata Cikgu Fiq..memang serabut time tu...
rasa nak nangis je...
akhirnya,aku berjaya jugak menyiapkan penyataan tu...
Tiba la hari yang didebarkan...cikgu hantar aku kat depan tempat interview tu je...
Time tu hujan...aku ingat lagi...hujan rahmat la tu...
huhuhu...sedihnya time tu sebab mak ayah aku tak ikut sekali...
Aku pergi seorang diri berjalan menuju ke kaunter pertanyaan..kemudian aku pun pergi ke bilik temuduga...sampai2 je...orang tu bagi tag nama kat aku..aku pun berkenal-kenalan dengan kawan2 kat situ...Ada Halimah,Nurul,Arif dan siapa lagi entah..lupa nama diorang..diorang ni macam hebat2 je...hmm...relaks je time tu...time tu aku sesi kedua...lama jugak nak tunggu sesi pertama habis...
And then...ada ujian INSAK...memang tak sempat nak jawab semua..baca bismillah terus hentam2 je...huhu..tak lama lepas tu...ada perbincangan pulak...dalam 7 orang je yang ada..tajuknya ialah....
pasal IT..
alamak!! macam mana ni...diorang pun macam blur2 je..huhuhu..
agak susah soalan tu..walaupun nampak senang..tanya pasal luar negara pulak..adeh..kusut kepala nak bagi isi ni...aku pun main hentam2 je cakap..yang penting aku bersuara..huhuhu..akhirnya...habis jugak sesi tu..beralih ke sesi interview secara individu...
Aku 2nd last time tu...masuk je..ada 2 manusia,badan agak besar..seorang India dan seorang tu Melayu,orang Terengganu gitulah...macam2 yang ditanya...tapi taklah susah sangat...dia cuma tanya pasal masalah disiplin kat sekolah..mula2 dia nak tanya pasal isu pendidikan..dup dap jantung aku....harap2 dia jangan tanya...pastu dia kata,tak jadi nak tanya pulak...leganya...dia tanya kat aku apa kelebihan dan kekurangan kat PLKN...aku pun mula membebel2.....entah apa2 je..hahaha...orang tu mula2 nak bangkang tapi tak jadi pulak...
Kemudian...penemuduga tu suruh aku speaking...argghhhhh..dah agak dah...memang wajib la ni..kena speaking...but its ok...inilah antara dialognya...ye lah kot..
P : Awak sekolah kat sekolah ERT ye?
Aku : ye...kenapa?
P : Mesti pandai masak kan...
Aku : Boleh la...
P : So,can you tell me what food that you like to cook?
Aku : Of course..I like to cook Chicken Soup..
P : Wow..its delicious..so,tell me how to make it?
Aku : Ok..First...(aku pun mula bercerita)bla..bla...bla...
Camtu lah kisah aku kena interview kat maktab...Keluar dari bilik tu,aku tersenyum je...happy...harap2 cita2 aku tercapai..
dan..
aku berjaya jugak akhirnya.....
Interview kat UPSI pun berjaya jugak..tapi aku tak pergi...sebab aku pergi ke IPGM..
Keluarga aku turut gembira...tinggal beberapa langkah je lagi aku berjaya menjadi seorang cikgu..InsyaAllah...
dan bermula lah episod yang penuh mencabar,menarik dan macam2 lagi di tempat baruku iaitu IPGM Kampus Pendidikan Islam...
Ciri-ciri Wanita Syurga
Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Surga. Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita Syurga adalah :
1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat,
dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.
3. Bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahwa Nabi
Muhammad adalah Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan
Ramadlan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat
Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-
Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar
atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika
sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata-mata.
7. Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta
berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dia miliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang,
menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan
memaafkan manusia.
11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan keburukan orang lain
(ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.
Menu Hari Ini
kita enjoy!!!!
Wedding Ceremony : Aie & Sue
Gambar ni diambil semasa berhenti di Air Hitam