Tamadun Indus

Tamadun Indus bermula pada tahun 2500 SM dan berakhir pada tahun 1750 SM. Ia merangkumi 60 buah kota.Antara kota-kota yang terbesar ialah Harappa dan Mohenjo-Daro.





Kerajaan negara kotanya bersifat teokrasi
Sumber ekonomi utama ialah pertanian , perdagangan dan perusahan.Tanaman utamanya ialah gandum , barli , padi dan kapas.Binatang ternakannya ialah lembu , biri-biri , kambing babi dan ayam.Perusahaan utamanya ialah menenun kain kapas , membuat barang-barang logam , tembikar dan barang-barang kemas serta mengukir batu.
Masyarakat Indus mengamalkan polyteisme dan animisme.Mereka menyembah pokok , batu yang berbentuk lingga , lembu dan dewa.Masyarakat Indus menyambah Dewa Siva (Pashupati) dan Dewa Shakti (Mother Goddess) yang bermuka tiga.Tulisan masyarakat Indus berbentukpiktograf.Ia mempunyai hampir 400 simbol.
Sumbangan tamadun Indus dalam bidang sains ialah penetapan satu sistem timbangan yang seragam.Mereka juga mengasaskan sistem ukuran lurus.Sumbangan paling besar tamadun Indus ialah kumpulan puisi Vedas.Veda yang pertama ialah Rig Veda.Ia disusun sebelum 1000 SM.Mereka telah mengukir patung manusia seperti patung 'Gadis Menari'.








Tamadun Indus




  • Di lembah Indus disaliri sungai Indus yang berpunca dari Gunung Himalaya dan sekelilingnya.
  • Dikenali juga sebagai Tamadun Harappa.
  • Mula muncul pada sekityar tahun 2500SM dan merosot 1800SM.
  • Kehancuran disebabkan serangan orang Aryan serta bencana alam spt banjir, kemarau, dan gempa bumi.
  • Dua negara kota Tamadun Indus.

a. Mohenjo-Daro


b. Harappa

  • Proses pembentukan tamadun Indus spt berikut:



a. Penduduk nomad di barat laut India membentuk pentempatan kekal di sepanjang sungai Indus.



b. Kekal kerana adanya sungai Indus – menyediakan sumber air dan tanah yang subur.



c. Telah meningkatkan hasil pertanian dan menambahkan jumlah penduduk kerana kepandainya menyesuaikan diri dengan alam sekitar.



d. Sebabkan wujudnya bandar dan yg utama Mohenjo-Daro dan Harappa – bandar pelabuhan penting.

  • Ciri-ciri keistimewaan Mohenjo-Daro dan Harappa sebagai petempatan kekal



a. Pembentukan yang terancang dan terbahagi kepada 2 bahagian dan dikelilingi tembok.


i. Bahagian utama – pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan utk upacara ritual dan pembersihan.


ii. Bahagian kedua – kawasan perumahan dan disusun berasaskan blok berbentuk segi empat.


b. Setiap blok dipisahkan satu rangkaian jalanraya dan lurus. Bersambung antara satu sama lain.


i. Blok berasaskan segi empat dan dipisahkan oleh jalanraya yg lurus dan bersambung.


c. Perancangan bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan yang diterapkan daripada Tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.


d. Menggunakan batu bata daripada tanah liat melalui pembakaran suhu yang tinggi.



e. Ada sistem kumbahan dan saliran yang terancang.



i. Rumah ada bilik mandi dan tandas.


ii. Air kumbahan disalirkan keluar melalui paip ke longkang.


iii. Longkang tidak ditutp terus untuk pembersihan.



iv. Bahan buang dihantar ke luar bandar.



f. Bandar boleh dihubungi melalui sungai. Berfungsi sebagai alat perhubungan.

  • Ciri-ciri sistem oraganisasi sosial masyarakat Tamadun Indus.


    a. Terbahagi dua golongan:


i. Bawahan



I. Terdiri daripada petani, buruh, dan hamba.


II. Petani menjalankan aktiviti pertanian dan salurkan sebahagian hasil kepada kerajaan.



III. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan spt menjaga kebersihan bandar , membina
tembok di benteng dan membina terusan.


ii. Atasan


I. Terdiri daripada pendeta dan pedagang.



II. Pendeta mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat
terutamanya yang melibatkan aspek keagamaan.


III. Mempunyai pengaruh keagamaan – alat dapatkan taat setia golongan bawahan.

  • Aspek pengkhususan pekerjaan masyarakat Indus dapat dicirikan dengan:



a. Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi spt perdagangan, pertanian, pertukangan dan
pembuatan.



b. Aspek perdagangan membabitkan perdagangan luar dengan Mesopotamia. Dibuktikan
dengan penemuan cap mohor di Mespotamia



i. Cap mohor diperbuat dari batu lembut ,diukir, dan dipanaskan.


ii. Berbentuk segi empat bujur.


iii. Lambang pengenalan diri atau kumpulan pedagang.



c. Hasil perdagangan spt emas, gading, manik, dan hasil pertanian.



d. Petani mengeluarkan hasil spt barli, kacang dan sebagainya.


e. Golongan artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan tembikar.

  • Amalan keagamaan dan kepercayaan masyarakat Indus.



a. Mempunyai satu amalan agama dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran yang
mempunyai unsur keagamaan iaitu patung Proto-Siva.



b. Patung tersebut menunjukkan seseorang sedang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepelanya yang melambangkan Dewa Brahma,Vishnu dan Siva.



c. Proto Siva menjadi sangat penting dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu.


d. Masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu.




i. Dibuktikan dengan penemuan patung wanita.


ii. Disembah sebagai lambang kesuburan.


iii. Berlaku juga dalam masyarakat Mesopotamia, Asia Kecil, Syria, dan Palestin.

  • Sistem tulisan yang dihasilkan ialah sistem tulisan piktograf.



Sumbangan Tamadun Indus




1. Perancangan bandar – sebab utama kerana:



a. Terdapat gabungan kepakaran dari sudut perletakan bandar dan pengisiannya.



b. Pemahaman dalam ilmu geometri.


c. Pemahaman dalam ilmu kesenian.


d. Pemahaman dalam ilmu matematik.


e. Mahir dalam bidang pembinaan.



f. Pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir menghasilkan perancangan bandar
berbentuk segi empat dengan jalan raya yang lurus.


g. Meningkatkan mutu pembinaan dengan membuat batu bata melalui pembakaran suhu yang tinggi.




2. Sifat keterbukaan. Penting kepada kemajuan manusia kerana :



a. Tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat tidak akan mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.


b. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun MesirPurba membolehkan kedua-dua pihak memperoleh manfaatnya dalam bentuk pertukaran teknologi.



c. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia membolehkan segala pengaruh dari luar disesuaikan dengan keadaan tempatan.



i. Dilihat melalui nama bandar Makan dan Meluhha.



ii. Makan – Makran


iii. Meluhha – Mohenjodaro.



d. Tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden akan sifat keterbukaan dalam proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk keamanan.


e. Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan adalah tunjang kepada sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.




3. Kematangan ketamadunan manusia – sebab :


a. Pencapaian cemerlang dalam perancangan bandar.


b. Menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa.



c. Pencapaian dalam keseimbangan rohani dan kepercayaan.



d. Melahirkan masyarakat yang kreatif.





e. Menghasilkan teknologi yang hebat.

3 ulasan:

Unknown berkata...

YES!!
terima kasih.
=3

Tanpa Nama berkata...

sila tukar back ground and lagu...
xkne lngsung ngan artikel yang dkongsikan ni...
pape hal tq...
hehe

Tanpa Nama berkata...

xde ke tntng tulisan piktograf yg lebih detail???
coz i need 2 finish my assignment... pepe pun TQ!
(^_^)