"Kalau Nak Tahu, Jom Baca"

Assalamualaikum..ada orang nak baca tak??
Hehe..Selamat sejahtera kepada yang bukan Islam..
Selamat membaca entri aku....














3




















2




















1


















........^_^








Kali ini aku akan menceritakan mengenai kawan-kawan rapat aku bermula dari sekolah rendah sampai dan kini..tapi entri kali ni aku nak cerita dari awal dulu..
Maka, tajuk yang akan aku berikan ialah:








“Kalau Nak Tahu, Jom Baca”









Itulah tajuknya...hahaha...
Baiklah, aku mula memasuki alam persekolahan pada 1998..sebelum tu masuk tadika dulu..Semasa aku kat sekolah rendah, aku sangat rapat dengan seorang sahabat ni..Namanya SITI HABSYAH..alamak!! Aku dah lupa nama ayah dia..Ermm..sambung cerita balik..nama panggilan dia ialah Siti..kalau kat rumah, keluarga dia panggil Uda..tapi bila dia sekolah menengah, dia dipanggil Habsyah..tapi aku masih tetap memanggilnya Siti..Siti ni kira rapat sangatlah dengan aku sebab kitorang selalu pergi sekolah sama-sama..Kalau ada apa-apa yang terjadi, aku selalu tolong dia dan dia pun akan selalu tolong aku..So, kiranya aku sayang la dekat Siti ni..tapi tu la, masalahnya dia ni ramai sangat peminat sebab Siti ni nampak matang dan cantik walaupun umur baru berapa tahun..aku agak berbeza sikit daripada dia..tapi kalau dia cantik, maknanya aku pulak comel lah..hahaha..(perasan sungguh)..













Kalau tak salah aku, rasanya dah banyak kali dia tukar-tukar pakwe dan dah banyak kali la aku temankan dia pergi dating..Memang sangat membosankan masa
tu..almaklumlah, time sekolah, aku tak minat untuk berpacaran, sebab tu aku berbeza sedikit daripada Siti..Siti ni memang asyik fikir pasal pakwe je..selalu nak nampak cantik sampai aku ni dah macam cermin dia..dia asyik tanya aku, “Mira, tudung aku ok tak?” “Mira, muka aku comot tak?” Macam-macamlah yang akan dia tanya dan minta pendapat dari aku..Tapi, walau macam mana pun, aku tetap sayang kawan aku tu..
Bila kitorang dah masuk sekolah menengah, hubungan kitorang jadi renggang sikit sebab dia dah ada ‘Mira’ lain..pastu kitorang tak sama kelas sebab result UPSR dia kurang bagus..so, kitorang pun terpisah..sedih je aku time tu...waa~ takpelah, redha je..tapi kitorang still pergi dan balik sekolah sama-sama..
Sejak Form 2, aku rasa kitorang dah tak rapat sangat..dia sibuk dengan dunia dia dan aku sibuk dengan dunia aku..sampailah sekarang ni..kalau terjumpa dia kat mana-mana, just tegur gitu-gitu je..tanya khabar atau apa-apa jelah..yang mengejutkan aku ialah tahun lepas kot, lepas habis SPM..aku dengar result dia boleh tahan la..aku tak tahu dia sambung belajar ke tak..dia nak jadi cikgu tapi tak dapat..Tak lama lepas tu, aku jumpa dia kat pasar malam..dia tolong mak dia meniaga..kitorang pun borak panjang lah time tu..bila aku nak pergi je, tiba-tiba dia jemput aku datang rumah dia time raya kedua..aku tanya kat dia “open house” ke?? Dia senyum je..pelik betul Siti ni..












Sampai je aku kat rumah, aku bagitahu kat mak aku pasal open house tu..Mak aku kata bukan ‘open house’ tapi majlis pertunangan dia..terkejut aku!!! Apesal dia tak bagitahu aku je tadi..Siti Oh Siti...cepatnya la masa berlalu..dan Siti pun dah bertunang sekarang..time majlis tu aku tak dapat hadir sebab raya kedua, mestilah busy..aku tak tahu bila dia akan kahwin, tapi yang pasti aku akan datang jenguk majlis dia..nampaknya tak lama lagi, aku dapat makan nasi minyak kawan baik aku tu..Siti pun dah nampak lebih dewasa dan matang sekarang..dan juga semakin cantik..tapi sayang, dia ‘free hair’ pulak..moga-moga, dia akan menjadi yang lebih baik..
Kalau Siti baca entri ni, aku nak minta maaf sangat-sangat kat Siti..aku harap Siti akan menjadi insan yang berguna serta bertanggungjawab dalam membina keluarga baru nanti..Insya Allah..











Tunggu episod “Kalau Nak Tahu, Jom Baca” pada entri yang akan datang bersama aku....Mira @ Putri..


Coretan oleh,
Putri Cahaya a.k.a Mira


Read more: http://www.mylivesignature.com/mls_wizard3_2.php#ixzz0kiH4lgmf

1 ulasan:

siti nur fadhilah berkata...

jodoh dia awal :)

btw, kalau boleh tulis entri, buat la perenggan. sebab kalo pjg takde perenggan, pening sikit bace. k. ;)