kelmarin aku rebah di ribaan mu
bersama-sama hati yang gulana terluka
dan sisa-sisa kekuatan yang ada
terima kasih sahabat
kerana memberi penghormataan itu
untuk aku menumpang kegagahanmu
mencuri semangat di ribaanmu
semalam aku terjatuh lagi di sisimu
dengan duka lara jiwa yang semakin resah
dengan doa dan harapan yang kian sirna
terima kasih sahabat
kerana menarik pulang akal warasku
saat aku mula merungut rintih, mencongak kira
betapa tidak adilnya takdirku dan dunia
hari ini aku masih belum pulih
dan aku masih mencari sisimu sahabat
menadah kasih, mengadu sendu menitip pilu
terima kasih sahabat
kerana beban yang kutimbun buat mu ini
masih kau tadah kumpul dalam hatimu
gigih ihsanmu mencuba buat aku tersenyum
terima kasih sahabat...
buat perhatian dan ambil beratmu berhari-hari ini
buat setiap saat waktu yang terbazir
untuk mendengar keluh kesahku
buat setiap tutur kata dan pujukan
untuk buat hati kerasku menerima takdir ilahi
terima kasih aku buat tuhan
kerana meminjamkan aku
seorang sabahat seperti kamu
doaku tuhan
janganlah Kau bebani sahabatku ini
dengan musibah yang Kau uji untukku
sesungguhnya aku tak yakin kemampuanku
untuk menjadi sahabat seteguh dia
kala dia ditempatku
dan Kau pelihara dan lindungilah sahabatku ini tuhan
dengan kasih sayang dan rezekimu
aminnn...
1 ulasan:
nice...
=)
Catat Ulasan