Mencari Cinta

Mencari cinta~~
Oh apakah perasaan ini?? 
Romantik, sedih dan apa2 jelaaa..
Terpengaruh dengan filem Mencari Cinta punya pasal.
Haih!
baiklah, sila tengok trailer cerita yang super best ni. 



Cerita ni wajib tonton terutamanya yang telah mempunyai pasangan.
Ops.
Pasangan suami isteri ye.
No couple2 non halal. Haraaaammm.. :D

Hari tu aku tengok dengan kawan baik aku, Cikgu Anith. Dia belanja gara2 aku telah berjaya mendapatkan sesuatu yang dia inginkan. hihi..

Cerita ni dilakonkan oleh Nora Danish (Myra) dan Rusdi Ramli (Razlan). Mula2 aku macam pelik kenapa Rusdi Ramli yang jadi pelakon lelaki. Tapi bila dah tengok, dia memang sesuai lakonkan watak tu. :)

Lepas tu, bila dalam cerita ni panggil Myra, Myra dan Myra. Aku pulak yang terasa. haih...
Bagi la nama lain. =_=

Bagi aku, jalan cerita best.
Mula2 tu macam ada konflik sikit. Putus tunang..
Lepas tu diorang kena kahwin atas dasar family.
Redha je untuk bahagiakan keluarga masing2 punya pasal..
Lepas tu ada konflik2 sikit. Tak boleh nak cerita sepenuhnya. Nanti tak best la kan. Jadi, sila la tonton ye.. :)

10 bintang untuk filem Mencari Cinta.




Suka part ni,,

"Awak jangan sesekali paksa saya mencintai awak kerana itu tak mungkin akan berlaku."

Pesanan daripada aku, jangan sesekali cakap sesuatu tanpa berfikir dahulu, Sebab kadang2 apa yang kita cakap tu akan memakan diri kita sendiri.
So, better watch out! heee.....


Kepada budak2 bawah umur, sudah2 la.. Jaga hati anda agar tidak terluka satu masa nanti. :)
Cintailah diri kita dahulu sebelum memberi cinta kepada yang lain...
Jom kita mencari cinta yang halal.. :)

Salam cinta daripada saya,



Psst, aku suka part bila Razlan cakap macam ni lepas kena tengking dengan Myra...

 "Hati aku tak kata macam tu, macam la dia tahu hati aku kata apa. Hati aku kata, Cantiknya isteri aku bila melenting..." 

Memang suami yang sabar.. :D







Tiada ulasan: