Kelas Tuisyen Berakhir


Akhirnya..selama sebulan aku mengadakan kelas tuisyen..
hari ni berakhir kelas tuisyen aku..tak ramai mana pun murid aku.
hahaha..serius tak Cikgu Amira ni??huhuhu..

Huhu..khusyuk betul budak2 ni jawab latihan tu..Semoga mereka berjaya suatu hari nanti..

Alkisah nak Jadi Cikgu


Adeh..

Cikgu Fiq dah suruh aku cerita kisah mengenai kura2 dan arnab..

yeke?

eh...takdelah..hehehe...

sorry2...

Cikgu Fiq suruh aku cerita kisah mengenai temu duga untuk kemasukan ke IPGM atau panggilan glamour ialah maktab..

Actually...menjadi seorang cikgu adalah merupakan cita2 aku sejak Tadika lagi...

setiap kali cikgu tanya aku nak jadi apa bila besar nanti...

mesti la jawapan aku...

Saya nak jadi cikgu...

kecik2 dulu...aku selalu main2 jadi cikgu dengan kawan2 aku...best...

sampailah suatu masa tu..

time kat kem PLKN...

seorang jurulatih tu pernah bertanya apa cita2 aku...

aku pun jawablah nak jadi cikgu..

memang cita2 aku nak jadi cikgu la dari dulu..tak pernah berubah pun cita2 aku tu...kawan2 kat sekolah pun tahu..termasuklah cikgu2 aku...

Ok..

berbalik kepada kisah interview aku tadi...

sebelum aku interview kat maktab ni..aku dah pernah interview kat UPSI...

pergghhh...aku datang sana je...ramainya orang...mesti susah nak belajar kat UPSI ni..

mana taknye...interview sampai 5 hari..ada sesi pagi dan petang..memang besar bangunan UPSI tu...bilik interview tu pun ada berapa entah..memang banyak lah..sampai kat tingkat atas...mula2 ada ujian MEDSI...pastu waktu petang pulak baru interview..relaks je time interview..skali dia suh aku menyanyi lagu kanak2 la dan macam2 lagi..penemu duga tu asyik nak persoalkan kenapa nak belajar kat UPSI...aku tensyen tau..kena speaking lagi..aku berdebat pulak dengan orang tu..buat muka serius sekali..keluar2 je dari bilik tu...macam nak nangis je...sampai kat kereta..aku nangis...huhuhu..sedih..aku cakap dengan mak aku..aku tak nak belajar kat sini..waaaa...

ok la...now aku cerita pasal pengalaman aku interview kat maktab pulak...


time tu memang happy sebab lagi beberapa step aku dah hampir berjaya mencapai cita2 aku tu..
aku tak takut sangat untuk interview kat maktab ni sebab dah ada pengalaman kena interview kat UPSI..


tarikh bersejarah untuk interview kat maktab tu ialah pada 4hb 6 kot..kalau tak salah la...aku pun dah lupa..hehe..kat IPGM Kampus Temenggong Ibrahim,Johor Bahru...


dekat dengan sekolah aku je...


3 hari sebelum tu aku dan Farhana(kawan sekolah) disuruh tinggal di rumah kaunselor kami yang bernama cikgu Junaidah..dia memang baik...


Dia pun memberi sedikit tunjuk ajar kat kitorang...macam2 yang dia bagitau..


Ada sesuatu yang buat aku tensyen tau...


pasal nak buat penyataan hasrat tu..siap merangka lagi tau..macam nak buat karangan je..haha...


betul kata Cikgu Fiq..memang serabut time tu...


rasa nak nangis je...


akhirnya,aku berjaya jugak menyiapkan penyataan tu...


Tiba la hari yang didebarkan...cikgu hantar aku kat depan tempat interview tu je...


Time tu hujan...aku ingat lagi...hujan rahmat la tu...


huhuhu...sedihnya time tu sebab mak ayah aku tak ikut sekali...


Aku pergi seorang diri berjalan menuju ke kaunter pertanyaan..kemudian aku pun pergi ke bilik temuduga...sampai2 je...orang tu bagi tag nama kat aku..aku pun berkenal-kenalan dengan kawan2 kat situ...Ada Halimah,Nurul,Arif dan siapa lagi entah..lupa nama diorang..diorang ni macam hebat2 je...hmm...relaks je time tu...time tu aku sesi kedua...lama jugak nak tunggu sesi pertama habis...


And then...ada ujian INSAK...memang tak sempat nak jawab semua..baca bismillah terus hentam2 je...huhu..tak lama lepas tu...ada perbincangan pulak...dalam 7 orang je yang ada..tajuknya ialah....


pasal IT..


alamak!! macam mana ni...diorang pun macam blur2 je..huhuhu..


agak susah soalan tu..walaupun nampak senang..tanya pasal luar negara pulak..adeh..kusut kepala nak bagi isi ni...aku pun main hentam2 je cakap..yang penting aku bersuara..huhuhu..akhirnya...habis jugak sesi tu..beralih ke sesi interview secara individu...


Aku 2nd last time tu...masuk je..ada 2 manusia,badan agak besar..seorang India dan seorang tu Melayu,orang Terengganu gitulah...macam2 yang ditanya...tapi taklah susah sangat...dia cuma tanya pasal masalah disiplin kat sekolah..mula2 dia nak tanya pasal isu pendidikan..dup dap jantung aku....harap2 dia jangan tanya...pastu dia kata,tak jadi nak tanya pulak...leganya...dia tanya kat aku apa kelebihan dan kekurangan kat PLKN...aku pun mula membebel2.....entah apa2 je..hahaha...orang tu mula2 nak bangkang tapi tak jadi pulak...


Kemudian...penemuduga tu suruh aku speaking...argghhhhh..dah agak dah...memang wajib la ni..kena speaking...but its ok...inilah antara dialognya...ye lah kot..


P : Awak sekolah kat sekolah ERT ye?


Aku : ye...kenapa?


P : Mesti pandai masak kan...


Aku : Boleh la...


P : So,can you tell me what food that you like to cook?


Aku : Of course..I like to cook Chicken Soup..


P : Wow..its delicious..so,tell me how to make it?


Aku : Ok..First...(aku pun mula bercerita)bla..bla...bla...


Camtu lah kisah aku kena interview kat maktab...Keluar dari bilik tu,aku tersenyum je...happy...harap2 cita2 aku tercapai..


dan..


aku berjaya jugak akhirnya.....


Interview kat UPSI pun berjaya jugak..tapi aku tak pergi...sebab aku pergi ke IPGM..


Keluarga aku turut gembira...tinggal beberapa langkah je lagi aku berjaya menjadi seorang cikgu..InsyaAllah...


dan bermula lah episod yang penuh mencabar,menarik dan macam2 lagi di tempat baruku iaitu IPGM Kampus Pendidikan Islam...







Ciri-ciri Wanita Syurga

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Surga. Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita Syurga adalah :

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat,

dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.

3. Bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahwa Nabi

Muhammad adalah Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan
Ramadlan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat

Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-

Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar
atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika

sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata-mata.

7. Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta

berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang,

menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan

memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan keburukan orang lain

(ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Menu Hari Ini

Argghhh....

Nak masak pe ni...
tiba-tiba aku teringin nak makan ayam masak merah...
kemudian......
apa lagi...
mulakan pencarian mengumpulkan bahan masakan....

aduhai...
mana pulak cili kering ni???
dah habis la...
nak masak apa ni...
ayam masak kicap???
tak minat sangat...
hmmm...

apa ye kawan2??
haah!!!
aku suka satu masakan jawa ni...best giler..
nak tahu apa namanya...

'Ayam masak ungkep'....
kalau kawan2 orang jawa jugak,tahu la kot makanan ni macam mana rupanya....

hmmm...

aku terlupa nak ambil gambar...
ayam masak ungkep ni simple je nak buat..
taklah rumit sangat..
bolehla try kalau nak tahu...
ok2...
macam ni:

Masakan Jawa (Ayam Masak Ungkep)
Bahan A:
-3 ulas bawang merah >terpulanglah nak letak berapa ulas pun..huhuhu...
-3 ulas bawang putih
-1 sudu ketumbar >agak2 lah..
-seulas halia
-seulas kunyit hidup(serbuk kunyit pun boleh je)

Bahan B:
-ayam yang telah dipotong2
-garam sesuka hati..huhuhu...
-gula sesedap rasa
-1 sudu asam jawa
-1 cawan air
-1 batang serai

Ok..dah ready semuanya..mulakan operasi memasak...

1)Kisar bahan A..itu biasanya cara orang kota..bagi aku,aku suka style kampung..guna lesung je..kita tumbuk sampai lumat...suka hati korang la nak guna cara apa pun,yang penting bahan tu dihancurkan..

2)Kemudian,panaskan sedikit minyak di dalam kuali..bukan kat dalam oven..hahaha..gurau je..

3)Apa lagi,tumislah bahan A tadi..letak la serai yang ditetak..

4)Masukkan garam,gula dan asam jawa..

5)Eh2,lupa pulak..apa lepas tu..haa....ayam...masukkan ayam pulak..

6)Air jangan lupa letak sekali...terpulang la nak banyak mana...huhu...ikut selera sendiri...

7)Ok...tutup kuali kejap dan biarkan sehingga ayam masak...dan berbau wangi sampai jiran
sebelah pun rasa macam nak join je...huhuhu...

8)Bila dah siap apa nak tunggu lagi,serang!!!!
Hehehe....

Itulah resepi yang dapat aku kongsikan bersama...

kalau nak try...

kalau tak nak..
takpe...
kalau ada salah apa2..
mintak maaf ler...huhuhu..
dan lagi satu...
minuman favourite yang aku buat hari ni ialah...

jeng..jeng..jeng..
Jus Lobak Pengubat Rindu...

Cewahh!!!
huhuhu...
pandai2 aku je bagi nama tu...
haa...

ni la dia jus lobak pengubat rindu aku...



hmm..
ok la kawan2..
yang penting..
kata putri..

kita enjoy!!!!




Wedding Ceremony : Aie & Sue

6 hb Disember berlangsung majlis perkahwinan bagi meraikan pengantin baru iaitu Mohd Fadhli dan Suhaida...Fadhli ialah sepupu aku...dan telah berkahwin pada 29hb November..ni ialah antara gambar-gambar yang aku ambil...





Gambar ni diambil semasa berhenti di Air Hitam

Indahnya Ciptaan Allah

Kadang-kadang kita tertanya-tanya,ke mana hilangnya matahari bila hujan turun...tapi rupa-rupanya,Allah berikan pelangi yang indah untuk kita ..seperti kehidupan kita,walaupun kita kehilangan sesuatu atau perkara buruk...tetapi sebenarnya Allah sengaja menguji kerana Dia akan memberikan suatu nikmat yang tidak terkira..WaAllahualam..Aku CINTA PADAMU YA ALLAH....