Memaparkan catatan dengan label Catatan Hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Hidup. Papar semua catatan

Solemnization Atfi & Amira

Aku tak pernah mencari tapi dia yang menjumpaiku...

"Aku terima nikah Nurul Amira Haji Johari dengan mas kahwinnya 666 ringgit tunai.."

06.06.2014
8 Syaaban 1434H Allah pertemukan kita di hadapan rumah-Nya, 8 Syaaban 1435H kita disatukan..

Semuanya takdir atau kebetulan.. Subhanallah, perancangan Dia memang terbaik.. Alhamdulillah~

 Antara beberapa gambar semasa majlis pernikahan kami...
Alhamdulillah selamat sudah semuanya..









 


 Done for our solemnization day! Next >>>Reception

Selamat Hari Guru




Kata2 seorang guru itu kadangkala terkesan dalam jiwa anak murid..
Ternyata kata-kataku yang agak 'pedas' tu memberi kesan kepada dirinya.. :')
Sebak rasanya.. Peribadinya yang nakal2 dan suka dengki cikgunya ni hanya kerana aku seorang 'guru praktikal'. Memainkan perasaanku sebagai pendidik dan main2kan apa yang diajar. Aku beri positif, dia balas negatif.

Masih teringat lagi salah 1 peristiwa ni..
Siapa yang tak sakit hati bila cikgu soal
"Bagaimanakah cara untuk mengeratkan hubungan dengan jiran tetangga?"
dan dijawabnya;

"Kita kena bunuh jiran tu." *Sambil mentertawakan aku dengan rakan2nya yang lain..
=_=

Aku yang salah mengajar dia ke? Atau dia cuba memainkan aku?

Kenakalannya yang dulu hanya tinggal kerinduan..
Kini, berubah 100 peratus menjadi seorang murid yang mendengar kata dan rajin belajar.. :')
Bukan diriku sahaja yang dia hormati, malah guru2 lain juga dihormati dan mereka sedar akan perubahan tu..
Alhamdulillah.. :')

Sungguh, hari ni dia mencariku tapi aku tiada di situ. Wajahnya yang suram mencari aku, dapat kubayangkan di sini walaupun aku tiada di situ..

~Selamat Hari Guru~

Akukah Insan Rahsia Itu?

Siapakah insan rahsia itu?


Usai solat..
Lelaki berbaju putih ini
menoleh ke belakang
menghulurkan tangan..
aku menyambut salamnya
Siapakah lelaki ini?
Insan rahsia
aku mendongakkan kepala
tak kuketahui siapa gerangannya..
Insan rahsia ini..
tersenyum simpul..manis sekali..
senyumannya itu..siapa dia ya Allah?
cahaya terpancar di sekeliling kami..
Ya Allah, indahnya..
Ku yakin itu dia..
Insan rahsia itu..
 muncul dalam istikharahku..


Tersedar tatkala azan subuh berkumandang,
Mutiara jernih mengalir membasahi pipi..
Syukur*



 Tak sangka sepanjang 3 tahun tu, rupanya ada yang mencari insan rahsia..
Namun, apa yang kulakukan sepanjang 3 tahun tu?
Penuh tanda tanya sepanjang 3 tahun.. Bergelumang dengan keseronokan dunia..
 Allah, rasa berdosa sangat..
Kerna tatkala itu, insan itu sedang menanti penuh sabar tanpa mengetahui siapa insan rahsianya..
Akukah insan rahsia itu?

Selepas 3 tahun,
diri ini muncul dengan wajah baru..
azam baru..
berat untuk melepaskan..
tapi yakin dengan ketentuan-Nya..
berdiri dengan penuh keyakinan kepada Allah..
Hanya Dia tempatku berserah..
walau perit meneruskan perjalanan ke laluan yang penuh berbatu..
kanan kiri penuh dengan kata2 yang berbisa..
bisa itu kadang membinasakan..
kadangkala bisa itu semangat

Alhamdulillah..ujian itu tak lama..
kerna kasih-Nya kepada hamba-Nya yang bersabar..

Anugerah terindahnya,
dia menjumpaiku..
insan rahsia itu..

Anugerah terindahku,
Allah pertemukan dia..
insan yang rahsia dalam istikharahku..


Jodoh Berdua - Hafiz Hamidun


Jika cinta mampu untukku lukiskan
Garisannya penuh dengan pengharapan
Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa

Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telah pun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan Yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir

Yang terlihat kini hanya anugerah
Dan melafazkan janji yang terindah
Bersedialah menunggu di garis penghujung
Insya Allah ke syurga
Bersatu kasih kita






Bakal zauj' dedikasikan lagu ini kepadaku.. 
Terus menitis air mata.. 
Aku mengerti apa yang ingin disampaikan.. 
Entah kenapa, hati ni amat tersentuh.. Sungguh..masih tak sangka..
Nampak keikhlasannya..Walau banyak dugaan, dia sentiasa bersabar..
kerana Allah..aku terima lamarannya..
Diri sendiri pun tak pasti kenapa mudahnya menerima dia..
Sungguh, aku percaya ketentuan Dia..
Insya Allah..
Moga dapat membina keluarga bahagia dan mencipta kasih dalam redha-Nya..






 Terimbau kenangan pertama kali bertemunya depan rumah Allah :)
Senyuman manis itu..Aku yakin!
 itulah dia,
 insan rahsiaku..

Saat terindah yang tak dapat digambarkan..

 

(menghitung masa menuju untaian redha Ilahi)




Kosong

Assalamualaikum..lama sudah tak bersiaran.. :)
dek sibuk dengan praktikum..
ni sempat pulak update sedangkan rancangan mengajar tak siap lagii..haha..
sekarang ni jam menunjukkan 1.30 pagi.. errr~

Alhamdulillah~
Mr. Krik2 dah balik ke Malaysia dengan selamatnya.. :)

Whoaaa..rasa lega sangat..
Eh?! dah kenapa kan?
Haha..gile.. :p
*ketuk kepala 10 kali.. dussshhh!

Haritu kununnye nak buat entri pasal dia sempena hari lahir yang ke - **
haha.. :p
tapi tak sempat nak buat..
mengada sangatkan.. =_=
nak buat pasal pe je ye..haha
entri ni pun macam tak ada idea je..
kosong kosong... (nyanyi macam Najwa Latiff)

Ok la..tengah2 pagi melalut kejap sebab otak tak boleh proses dengan sempurna..Minda tak mampu nak cerna..hoho

Mornight everyone~



Bahagia yeah!


Gambar hiasan: Model feeling2 ikan duyung :p

Hurm..
bercerita pasal blog..
entah kenapa aku rasa blog ni la diari..
padahal orang lain boleh baca kan..
dah takde privasi..
haha..
ada aku kesah? :p
janji aku bahagia..

macam satu kepuasan bila dapat cerita apa yang kita rasa nak cerita..
kepada pembaca, tu persepsi diorang la nak fikir apa pun tentang kita..
kalau rasa tak berkenan nak baca, cepat2 tekan X.. :p
ataupun rasa meluat, bole tinggalkan komen kat bawah tu haa..

alhamdulillah..blog ni dah berusia dekat hampir (eh?! dekat?? hampir?? macam sama je maksudnya..haha..abaikan jela)
haa..blog ni dah hampir 5 tahun jugak usianya..
lepas SPM terus aku buat blog..kau mampu? :)
lepas tu bila tengok balik entri2 lama, adoiii..kebudak2an sangat la...huhu..
eceh! macam sekarang dah tak budak2 sangat je kan?! haha..
tak budak la kot sebab beberapa bulan lagi, nak jadi isteri orang..
akhirnya..
alhamdulillah..cepat pulak jodoh kunjung tiba..
ingatkan dia berhenti kat RnR dulu ke kan..rupanya dia terus straight ke destinasi.. :D
so cepatlah sampainya..hehe

kena la kite ni improvekan skill rumah tangga..gituu kan..
kot rumah takde tangga pe cite pulak ek..
takpelah, kalau rumah takde tangga, tangga untuk panjat siling ada.. :p

ok laa..aku nak sambung baca novel..tetibe kan rajin baca novel..haha
berharap novel2 yang aku baca, diadaptasi dalam drama ke kan... :p





Hanya Aku, Lagu dan Seni

Alhamdulillah..akhirnya..
baru 50 peratus siap.. :D
bersyukur sangat..
Ni cuma cover depan je..
agak2 korang apa yang aku buat ek???

teka la sendiri..hihi..
hasilnya nanti aku akan masukkan sikit je untuk paparan umum..
separuh lagi hanya insan istimewa sahaja..







Pencarian Cinta Dia nak berakhir

Alhamdulillah..
Akhirnya mereka menuju ke jalan kebahagiaan masing2..
Seorang demi seorang kawan aku dah mendirikan rumah tangga dan akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi..
Mungkin itu keputusan terbaik mereka untuk memilih satu perhubungan yang lebih serius dan berkeluarga..
Aku?? :D
Mungkin belum tiba masanya lagi kot.. Atau mungkin lama lagi.. Ataupun 'dia' belum lagi temui rusuk kirinya ni.. :D
dan selama itu, aku akan terus menunggu dengan sabar..dan yakin akan ketentuanNya..

Tapi..
agak sebak bila kawan baik tiba2 bagitau seorang pemuda ni dah lamar dia..di tepi pantai?!
Ouch! romantik sungguh (feeling cerita Korea..haha)
Kenapa aku rasa nak menangis? Haihh..tak faham la..

Kawan aku ni dah macam Doktor Cinta..selalu bagi nasihat dan macam2 lagi la..tapi dia sendiri selalu dilanda masalah cinta.. :D
Tapi kini akhirnya..dia dah temui insan yang tulus untuk jadikan dia seorang bidadari.. 
Alhamdulillah..aku rasa bahagia dengan kebahagiaan dia tu walaupun cuma sekadar berkongsi cerita..
Perkenalan mereka yang 'sangat' sementara terus menjadi serius..Wow...alhamdulillah..
Kagum.. :)

gambar hiasan (diambil di Taman Botani Johor pada 2 Jun 2013)


Dia selalu bagitau aku ni suka berfantasi lebih2..suka sangat ber 'fairytale'..
Hurmmm..tapi akhirnya kisah fairytale kawan aku ni pulak jadi kenyataan..
Tapi kisah fairytale aku sendiri aku pun tak tahu..kui3..
Cuma, itu hanya sekadar perancangan katanya..Maybe mereka akan ikat pertunangan dulu.. 
Kawan aku cakap, dia tak sanggup nak tinggalkan aku..sedih pulak..aduhai..
yela, susah senang kami sama2..jadi kalau dia kawin sekarang, mungkin aku akan kesepian..
terharunya aku, dia sanggup fikir pasal aku.. :')
Walau macam mana pun, aku harap kawan aku ni sentiasa bahagia dengan kehidupannya..
Amin..Insya Allah..

dan hujung minggu ni kena pergi majlis pertunangan kawan baik sekolah rendah.. ni lagi rapat dan tak sangka kawan aku yang comel ni nak berumah tangga.. :D

Semoga kawan2ku mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat..Amin ya rabb~



Psstt..aku tersangat la adore dengan kisah Dena Bahrin..dan aku sentiasa ikuti perkembangan dia sampai sekarang..dia pun dah ada anak..yang sangat comel....
By the way, video yang dia buat ni terus feeling2 fairytale..haha














Imaginasi tak salah

Assalamualaikum dan selamat pagi! :)
Well, hari ni nak bercerita tentang imaginasi..
Sesungguhnya aku akui aku seorang yang sangat suka berimaginasi.. hihi
Tapi, korang pun ada imaginasi jugak kan?
bukan aku sorang je ok..... :p

jadi, bila bercerita tentang imaginasi, apa yang korang faham?
Pada pandangan aku, imaginasi ni sesuatu yang unik dan di luar jangkaan dan keupayaan..
Kadang2 imaginasi ni banyak kelebihan jugak. Imaginasi tentang sesuatu pencapaian masa depan, untuk hasilkan sesuatu inovasi, perubahan..
Tapi sebenarnya, imaginasi pun boleh membawa kepada keburukan..
Contohnya, imaginasi terlalu tinggi nak hasilkan sesuatu atau nak capai sesuatu tu di luar kemampuan sampai menyusahkan orang lain..
Hihi, apa pun, pandai2 la kita uruskan tahap imaginasi kita tu ye..
Ok la..aku nak berimaginasi kat dapur.
Arioss~
hasil imaginasi aku..haha..kesian anak buah aku dikerjakan










Apa nak buat waktu cuti ni?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
siap sudah membasuh, mengemas dan seantara dengannya..selesai jugak akhirnya..tapi rupa2nya baru pukul 8 pagi..aku ingat dah pukul 10 pagi..
jadi suri rumah hari ni..
jarang balik kampungkan..bila kemas rumah, rasa macam..hadooiii..kenapa rumah ni besar sangat??
encik abah la buat rumah pelbagai reka bentuk..
mood happy hari ni..hihi..Alhamdulillah masih dikurniakan kegembiraan..
hargailah kegembiraan itu ye..
baiklah..sekarang aku tengah cuti semester..3 minggu jeeee..huuu..
kejap kan?
kalau yg belajar kat U pun kadang sampai 4 bulan.. grr..
jadi sepanjang 3 minggu ni aku dah rancang macam2..

1) CIPTA LAGU
 aku nak hasilkan sebuah lagu untuk kawan baik aku sempena hari lahir dia nanti..
bukan senang woo nak buat lagu..kau ingat petik jari je dah siap??
well,, untuk 'amatur' macam aku, aku guna instrumental lagu yang ada je..maybe melodi lagu Adira-Ku ada Kamu..atau macam mana? ada idea best tak?
......rasa blank tiba2...
apa yang korang nak tanya??
aku la yang nyanyi..
sila jangan gelakkan aku ok :p
kawan aku yang request ni..jadi, aku kena berusaha jugak buat cover lagu pasal sahabat untuk dia,..
dia siap request, lagu tu mesti ada penghayatan, feeling2..kalau lagu Najwa Latif -Sahabat, lagu tu kurang penghayatan bagi dia...sebab muzik ceria kan..jadi dia nak lagu yang macam feeling2 ala2 macam dia tu princess.. :p
malas nak layan..hahahaa..
ingatkan nak guna je lagu Nash yang lagu isteri tu..
tapi puas aku cari instrumen lagu tu, tak ada pulak..terpaksa la aku cari instrumen lagu lain..
oh, lupa nak promote akaun YouTube..Search je Putrinaj ye..macam2 video ada..tapi tak ada la video cover untuk apa2 lagu..haiihhh..aku bukan nak jadi retisss..
aku memang minat hasilkan video..jadi ada la cerita2 pendek yang dah aku sumbat kat youtube untuk kegunaan guru2 pelatih..
berguna jugak video2 tu rupanya untuk diorang mengajar kat sekolah..
aku yang buat pun tak pernah gunakan lagi kat sekolah...
ada la jugak video cover lagu dan beberapa lagu yang tak pernah nak keluar kat radio lagi buat masa ni..haha..perasan hot je..
tapinyaaaa...video ni hanya untuk orang tertentu sahaja..private la kononnya..
siapa yang rasa pernah tertengok video2 aku tu kira korang special laa.. :D




2) DESIGN KAD UNTUK WEDDING PHOTOBOOTH
Entah macam mana tiba2 aku terjebak dengan photobooth ni..lepas kejadian majlis kawin abg aku tu la..ramai orang suruh aku buat bisnes pasal ni..akan aku fikir2kan semula.. :D
sebelum tu aku kena design cantik2 dulu baru publish kat orang awam..
eh, korang tahu tak wedding photobooth tu ape??
meh aku tunjuk contoh gambar..ni masa wedding abang aku baru2 ni..


ni laa dia photobooth wedding abg aku..ada pentas bagai..
tema ala2 Anugerah Bintang Popular (ABP)




kawasan laman..nampak tak banner2 yang digantung tu?




banner tunjuk arah..ada kat setiap persimpangan nak ke rumah kami..


papan hitam ni aku yang tulis..macam pelik ke?.. =_=


Nampak tak kad2 kat tepi tu?
tu la yang aku nak buat..maybe aku akan design dulu sebagai paparan imej..
kalau ada yang berminat baru aku buat..


Okay laa,,sila tengok model2 yang menggayakannya ye.. :D

Housemate aku..mengada sangat kan..
Untungla "in a relationship"~

family ni tampil sweet kan? :)

abg aku yang gediks..


aku suka yang ni.. :)

family ni pun nampak comel..


wah gitu..besfren aku sekolah rendah yang 'married' tu..dah ada sorang anak dah..
nampak keibuan kat situuu..huhu :D

aku pun nak jugak..bersama pengantin perempuan..akak ipar saya yang cantik..muka macam Tiz Zaqyah kan?
tapi kenapa aku yang kelihatan over kat situ?


flower girls yang cute miut..
baju2 yang kami pakai ni merupakan rekaan akak aku sendiri..
Boleh klik link blog beliau ye,.. :)
Tapi susah sebenarnya kalau korang nak ambik tempahan kat dia...sebab dia selalunya banyak tempahan..
jarang nak tengok dia duduk relaks2..
dia sebenarnya boleh je nak design dan hasilkan baju lebih cantik..tapi, ambik masa yang lama dan melecehkan..sebab tu dia jarang ambik tempahan yang banyak cekadak ni,...

aku pun nak jugak,..

akak aku cakap aku gemuk, tak boleh pakai baju camni.. arrr..stres!
last2 dia buatkan jugak..haha..

bisnes ni mungkin jadi bisnes De'Lima la kot..antara abg aku dan aku..huhu.. :)
sesiapa yang berminat untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan dengan Photobooth, boleh la hubungi kami ye,..kami menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
- Dialog Card
- Invitation card (macam kad bisnes)
- Origami
- Guestbook
- Guestbook tree
- Banner tanda arah
- Backdrop stage
- Wedding website (contohnya macam ni..klik SINI)

Oh ye...kalau rasa nak buat photoshoot wedding, boleh tengok blog ni ye,,,..blog abg aku..
maklumlah, kami family photographer..haha :D


Lupa pulak, gambar2 di atas diambil oleh ahli2 keluarga..abg aku tak ambik photographer luar..grrr..
aku terpaksa jadi photographer bidang terjun.. :D


-------

Entri ini akan disambung pada entri akan datang...
Apa nak buat waktu cuti ni? Siri 2