Resepi Biskut Coklat Almond

Assalamualaikum..hai...konichiwa~ :)
Ogenkidesuka?
Watashinonamaeha Amiradesu.. :D
Adoi dah gila bahasa Jepun sejak tengok Strawberi Cinta..
Baiklah, hari ini, aku nak kongsi resepi Biskut Coklat Almond..
actually, nak buat biskut coklat cip, tapi coklat cip dah lesap..anak buah aku makan 1 bekas coklat cip..sabar jelaa..nasib baik ada kacang almond..jadi laa..
Aku dapat resepi ni dari dapur Ct..tapi dah derhakakan sikit ikut suka hati aku..

Okay, sila salin resepi ni ye..

Bahan2 ni dibahagi kepada 2 bahagian..







Okay...ni la rupa Biskut Coklat Almond..


Selamat mencuba!










Penantian Seminggu

Assalamualaikum..salam sejahtera~
Akhirnya penantianku berakhir.. :D
Lega sangat..Baca post sebelum ni tentang penantian aku..huhu
Klik >> SINI
Haa..ingat tak pasal aku kata aku ternantikan hadiah kawan aku tu..dah seminggu lebih tunggu akhirnya sampai jugak..Pagi tadi tiba2 je kerani pos call, dia cakap ada barang kat pejabat pos..posmen tak boleh nak hantar sebab besar sangat..aku pun dah terfikir2, benda apa yg besar sgt tu smpai posmen tak boleh hantar..almaklum, posmen kat kg ni cuma bawak motor, kesian pulak kalau semata2 nak hantar hadiah tu untuk aku..huhu..
Oh,, ye..kita tengok gambar ye..setiap gambar dah ada penjelasannya.. :D

Actually, kotak ni tak ade la besar mana pun..first masa buka kotak ni, tengok2 ade bungkusan plastik..aku expect macam tedy bear tapi kenapa macam pelik je rupanya...dia balut memang kecik gila laaa...haha..sekali buka plastik tu, tiba2 je mengembang..kau tahu apa???

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-

-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
eh, panjangnya..bawah lagi.. :D
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
tadaaaa!!!!!!

hello! my name is Juma2..tetiba je bagi nama tu..huhu...

bawak Juma2 jalan2 naik kereta.. ;p




me n Juma2..
kepala dia lebih besar dari kepala aku..
ape pun, terima kasih banyak2 utk hadiah tu ye..
walaupun cuma berkenalan di muka buku, tapi tak sangka ada juga insan yang nak bagi hadiah hari jadi ke 21 ni..oh tuanya~ 

tq so much!!

xoxo








Tunggu dan terus menunggu



Assalamualaikum~
Hari Rabu yang indah..gitukan..haha..hari ni hari last kootttt aku bekerja..sebab aku nak bercuti2 dan hari Isnin balik kampus..errr..
Actually nak kongsi 1 cerita ni..aku ni tengah ternanti2 dan tertunggu2..(Ternanti dan tertunggu tu benda yg sama kan? haha)
Aku sedang menantikan hadiah daripada kawan aku yang telah dipos pada hari Khamis yang lepas,..kau cuba bayangkan dah berapa hari aku tunggu tu?

bukan main special hadiah tu nak sampai kat aku,..huhu..aku punya laaa excited tengok abg posmen kan tapi takde pulak nak singgah rumah...haiissshh..ermm..betul ke kawan aku tu poskan hadiah kat aku? kot salah rumah ke kan..adoyaii..pening2..oh, lupa pulak nak cerita kenapa kawan aku tu bagi hadiah..sebab hari lahir aku haritu..dats why la dia bagi hadiah...ohh..terujanya aku..mana sangka kan, kawan2 yang dah lama kenal dengan kita pun tak bagi hadiah, ini kawan baru kot..hoho..tak ada laaa baru sangat,,..aku kenal dia sejak aku join Laman Habbo...Korang pernah dengar tak Habbo?

dahsyat kan aku boleh join benda2 camni..masa tu bosan amat..jadi aku join la benda2 camni,..aku sebenarnya suka laman2 macam ni, contohnya macam The Sims, IMVU dan lain2 lagi yang pernah aku join,..huhuhu,..
Ok..berbalik kat kawan baru aku ni, aku tak pernah tahu pun nama dia..huhu..entah macam mana, aku berjalan2 dalam dunia Habbo tu dan terjumpa dia..kami tegur2, tak ingat sape mula dulu, maklumlah, selalunya aku kawan2 kat Habbo tu lepas tu tak ada nak berhubung lagi dah..huhu..tapi aku ingat yang pasal kawan aku ni, dia cerita dia blaja katering camtu..pastu aku rasa macam..waaa..mesti pandai masak kan..bagus2..huhu..jadi lepas kitorang borak2 tu, kitorang pun add la facebook masing2..dan senyap jela macam tuuu...tak ada nak contact lagi dah..dia menyepi, aku pun begitu..huhu..ada jugak laa dia tegur, tu pun masa akhir tahun 2011..

bila akhir tahun 2012 ni dia muncul lagi..macam kelakar pulak, setiap kali akhir tahun je mesti kitorg berhubung padahal masing2 selalu on facebook..huhu..nak dipendekkan cerita, masa hari lahir aku, berpusu2 la orang wish kat facebook termasuk dia..pastu dia tanya aku nak hadiah ke tak? aku cakap tak kisah..yela, kita tak rapat dengan dia, jadi tak elok pulak mengharapkan ape2..aku tak nak la terhutang apa2 kat orang yang aku rasa tak rapat sangat..tapi dia cakap aku tak terhutang apa2 pun...ni just hadiah hari jadi nak bagi kat aku..ok la kn..lega sikit..lepas tu dia mintak alamat rumah bagai, aku bagi jela..then dia senyap..aku ingat dia main2..lepas dah 2 hari dia bagitau yang dia dah pos hadiah kat aku..terus aku terkesima*

jadi, sejak tu aku tertunggu2 la hadiah dia ni..tak sampai2 lagi..takkan aku nak tanya dia, kenapa hadiah tak sampai lagi ek? segan laa..haha..(nampak sangat mengharap kan..huhu)..so, cepat2 la abang posmen datang rumah hantar hadiah tu ye sebab aku dah nak balik kampus tak lama lagiiiii..
Doa2kan la ye hadiah tu cepat sampai..

Oppss..terima kasih kepada seseorang atas hadiah ni yang sampai dua hari awal sebelum hari lahir aku... :)


P/s: terima kasih kepada yang wish birthday tempoh lalu dan hadiah2 yang diberikan..ok aku dah tua...dan dah daftar mengundi baru2 ni...hihuhuuu













Sajak Hina

Aku punya mata
Aku punya hidung
Aku juga punya mulut

Tapi, 
mengapa aku dihina
mengapa aku dicaci
mengapa aku dianggap seperti sampah

hidupku ini sudah lali
dengan hinaan
hidupku seperti bola 
ditendang disepak
hidupku hanya mengharapkan sisa-sisa makanan

mereka yang berwajah comel
dilayan, dimanja, diberi kasih-sayang
tapi mengapa aku tidak dilayan seperti mereka

mungkin aku hodoh kerana aku kucing jalanan
































apa tengok2




alahai sedih je muka tu

syabas kepada penyelamat kucing ni..membantu kucing2 yang terbiar..
Jom lawat facebook Papa Hero






















Resepi Aiskrim Cornetto

Assalamualaikum..
ada beberapa orang berminat nak buat aiskrim sendiri..jadi aku dengan rajinnya update la jugak ni walaupun sebenarnya kemalasan melanda diri..
Ceh, tajuk cornetto kan..tapi tak ada la sebijik macam aiskrim cornetto..huhu..sipi2 je kesamaannye..

Baiklah..
Bahan2 yang diperlukan:
  1. 1 Tin susu cair
  2. Susu pekat (Terpulang, kalau nak manis sampai kencing manis, letak la banyak2- Aku letak dalam 3 sudu je)
  3. 1 biji telur (Mula2 aku geli jugak, tapi bila dah rasa aiskrim tu sedap, buat2 x tahu jela ada telur dalam aiskrim tu..huhu..kang kalau x letak, aiskrim x jadi pekat dan likat)
  4. 1 sudu besar ovalette
  5. 1 sudu kecil esen vanila
  6. Perisa (Terpulang..ikut selera..aku guna durian yang dah dilenyekkan dan milo) - dah tu je ada..
Sumber gambar: Atuk Google


Seterusnya, langkah2 nya seperti berikut:

1)  Campurkan susu cair, susu pekat, ovalette, telur dan esen vanilla ke dalam alat pengadun (Stand Mixer) seperti di bawah..



2) Pukul sampai jadi pekat macam krim.. Ni ambik masa dalam 15 minit ke atas untuk hasil yang memberangsangkan..
3) Dah siap, bahagikan kepada 2 bahagian..Ni ikut perisa yang korang nak,,Oleh sebab aku guna dua perisa, jadi aku buat 2 bahagian je..

Ni perisa milo..Kacau hingga sebati..Kalau ada aksesori menarik, boleh hias..contohnya, coklat urai atau coklat cip dan sebagainya.. :D

Ni pulak perisa durian..sebaiknya durian yang dah dilenyekkan tu diadun lagi guna alat pengadun supaya lebih sebati dan rasanya 'yummy delicious' begitu..huhu

Ok dah siap..boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk..Tunggu la sehingga aiskrim tu jadi keras..jangan gelojoh sangat! :D
Macam gambar kat bawah ni tak berapa nak keras sangat sebab baru 1 jam dalam peti sejuk..tak sempat nak keras dah makan..tapi lepas simpan semula beberapa jam, hasilnya macam aiskrim beli kat kedai tu....


ni first trial buat.. :D




Bila dah lama2 buat, jadi seperti di bawah;
ni aiskrim Coklat Oreo

ni aiskrim yang aku combine..sebelah milo dan sebelah lagi aiskrim kacang

Okay...selamat mencuba..


Terima kasih.. 

p/s: set frozen peti ais korang ye..jangan terlampau sejuk sangat, kang jadi batu aiskrim ni..kui3..set kepada medium..


Sumber asal : Cik Epal













Resepi Apam Polkadot

Assalamualaikum..
Oleh kerana ada kawan2 yang tanya, jadi aku pun menulis dengan rajinnya resepi ni..copy paste je dari sumber ni.. sama je resepinya..

Bahan-bahan ( 100 biji papercup kecil )

  • 3 biji telur (gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair (Aku guna susu segar Dutch Lady-Akak aku kata lagi sedap guna susu ni..tapi wajib ikut sukatan tau! 150 ml jee)


  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette



  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa (aku guna coklat sebab coklat lagi sedap dan aku tak suka masam2 ni.. :D )
  • pewarna (ikut suka hati, aku guna warna merah dan hijau)



Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan- ada 3 mangkuk (1 x ada warna, 1 warna merah dan 1 warna hijau)
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag - aku guna plastik dan buat lubang kecik je pada bucu plastik.
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan
  8. kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak (pastikan penutup pengukus tu dibalut dengan kain supaya wap air kat penutup tu tak kena pada apam dan menyebabkan apam jadi x cantik)-berdasarkan pengalaman buat apam dulu..huhu..pastu aku tanya makcik2 dan akak aku kenapa apam aku jadi tak cantik dan lembik..rupanya sebab ni laa...
  9. lepas dah siap dikukus boleh la dimakan...nyam3..sedap~ :)


















Dengan Nama Allah


Assalamualaikum..salam 1 Malaysia!!
Lamanya tak update blog ni..haii..entah nape aku rasa malas je nak cerita apa2..kalau aku cerita kang berjela2..
aku sibukkan diri aku dan ceriakan diri aku walaupun sebenarnya ada hal yang berat tengah menghempap diri ni..
actually, keluarga aku tengah dilanda macam2 masalah yang tak sudah2..mungkin tak perlu nak ceritakan perkara ni pada orang luar..ni pasal salasilah keturunan keluarga aku..
tak selesai2 masalah yang timbul..lepas satu, timbul satu lagi masalah..
aku sampai sekarang masih tak percaya kenyataan ni..seriously!
rasa macam terawang2 kejap..
selalu tengok dalam movie atau drama kat tv je..tak sangka kena pada kami!! :(
kenapa baru sekarang? kenapa kami?
macam2 persoalan timbul..tak tahu nak cerita kat siapa..bukan boleh selesai pun masalah ni kalau diceritakan..
masalah ni pun kalau difikir2kan boleh porak peranda seluruh keluarga..
aku pun sampai demam sakit2 badan sebab hal ni je..
apatah lagi cucu sulung keluarga aku..lagi teruk dia kena..kesian..
walau macam manapun, kami kena kuat! kena buat dinding pertahanan gitu..huhu..
rasa macam hidup tak tenang je..tapi kami tak boleh mengalah..Allah kan sentiasa ada melindungi hamba2Nya.. :)
Hanya mampu berdoa supaya segala masalah ni selesai..
Kalau ada saudara mara yang baca ni, mohon ampun sangat2..sekadar luahan perasaan yang terpendam..
*harap sangat perkara ni selesai secepat mungkin sebelum perkara tak sepatutnya berlaku..



Style Your Hijab Contest

Haa..besar gitu saiz font..

Assalamualaikum everyone..what a great day..
just wanna ask something..sekali je seumur hidup..anggap la ni birhtday present daripada kalian kepada aku..huhu..begitu kann..
sebenarnya, aku join satu pertandingan
 'Style Your Hijab Contest' yang telah dianjurkan oleh
 N O U R  I S H..
Nak dipendekkan cerita, klik LINK ni lepas tu vote ye..tak susah pun kan? :D
aku ni tersangat la pemalu, entah macam mana aku boleh join contest ni..tapi tak sangka, semua menyokong..dan alhamdulillah.terima kasih atas sokongan kalian~ (kita raikan dengan daun saderi - Ala2 macam cerita Wonder Pet) hehe..

Haa..dah vote belum? kalau belum, klik lagi kat sini >> Style Your Hijab Contest

Pertandingan ni bukan pertandingan siapa cantik tau..(rendah diri..aku cuma manusia biasa2)..
pertandingan ni pasal cara macam mana kita mengenakan/memakai tudung/shawl mengikut syariat..So, kalau nak vote siapa paling comel, anggun dan meletop tu bukan aku..ulahg lagi sekali, bukan aku..huhu..
apa pun, semoga berjaya buat semua peserta..saingan sangat la sengit sebab ada model muslimah yang join..huhuhu... -_-
Okbai..
Wassalam~