Tunggu dan terus menunggu



Assalamualaikum~
Hari Rabu yang indah..gitukan..haha..hari ni hari last kootttt aku bekerja..sebab aku nak bercuti2 dan hari Isnin balik kampus..errr..
Actually nak kongsi 1 cerita ni..aku ni tengah ternanti2 dan tertunggu2..(Ternanti dan tertunggu tu benda yg sama kan? haha)
Aku sedang menantikan hadiah daripada kawan aku yang telah dipos pada hari Khamis yang lepas,..kau cuba bayangkan dah berapa hari aku tunggu tu?

bukan main special hadiah tu nak sampai kat aku,..huhu..aku punya laaa excited tengok abg posmen kan tapi takde pulak nak singgah rumah...haiissshh..ermm..betul ke kawan aku tu poskan hadiah kat aku? kot salah rumah ke kan..adoyaii..pening2..oh, lupa pulak nak cerita kenapa kawan aku tu bagi hadiah..sebab hari lahir aku haritu..dats why la dia bagi hadiah...ohh..terujanya aku..mana sangka kan, kawan2 yang dah lama kenal dengan kita pun tak bagi hadiah, ini kawan baru kot..hoho..tak ada laaa baru sangat,,..aku kenal dia sejak aku join Laman Habbo...Korang pernah dengar tak Habbo?

dahsyat kan aku boleh join benda2 camni..masa tu bosan amat..jadi aku join la benda2 camni,..aku sebenarnya suka laman2 macam ni, contohnya macam The Sims, IMVU dan lain2 lagi yang pernah aku join,..huhuhu,..
Ok..berbalik kat kawan baru aku ni, aku tak pernah tahu pun nama dia..huhu..entah macam mana, aku berjalan2 dalam dunia Habbo tu dan terjumpa dia..kami tegur2, tak ingat sape mula dulu, maklumlah, selalunya aku kawan2 kat Habbo tu lepas tu tak ada nak berhubung lagi dah..huhu..tapi aku ingat yang pasal kawan aku ni, dia cerita dia blaja katering camtu..pastu aku rasa macam..waaa..mesti pandai masak kan..bagus2..huhu..jadi lepas kitorang borak2 tu, kitorang pun add la facebook masing2..dan senyap jela macam tuuu...tak ada nak contact lagi dah..dia menyepi, aku pun begitu..huhu..ada jugak laa dia tegur, tu pun masa akhir tahun 2011..

bila akhir tahun 2012 ni dia muncul lagi..macam kelakar pulak, setiap kali akhir tahun je mesti kitorg berhubung padahal masing2 selalu on facebook..huhu..nak dipendekkan cerita, masa hari lahir aku, berpusu2 la orang wish kat facebook termasuk dia..pastu dia tanya aku nak hadiah ke tak? aku cakap tak kisah..yela, kita tak rapat dengan dia, jadi tak elok pulak mengharapkan ape2..aku tak nak la terhutang apa2 kat orang yang aku rasa tak rapat sangat..tapi dia cakap aku tak terhutang apa2 pun...ni just hadiah hari jadi nak bagi kat aku..ok la kn..lega sikit..lepas tu dia mintak alamat rumah bagai, aku bagi jela..then dia senyap..aku ingat dia main2..lepas dah 2 hari dia bagitau yang dia dah pos hadiah kat aku..terus aku terkesima*

jadi, sejak tu aku tertunggu2 la hadiah dia ni..tak sampai2 lagi..takkan aku nak tanya dia, kenapa hadiah tak sampai lagi ek? segan laa..haha..(nampak sangat mengharap kan..huhu)..so, cepat2 la abang posmen datang rumah hantar hadiah tu ye sebab aku dah nak balik kampus tak lama lagiiiii..
Doa2kan la ye hadiah tu cepat sampai..

Oppss..terima kasih kepada seseorang atas hadiah ni yang sampai dua hari awal sebelum hari lahir aku... :)


P/s: terima kasih kepada yang wish birthday tempoh lalu dan hadiah2 yang diberikan..ok aku dah tua...dan dah daftar mengundi baru2 ni...hihuhuuu













Tiada ulasan: