Speedtest


Haiiii...Tadi jenguk blog Cik Aied..Maka ternampak la dia buat benda ni..Namanya speedtest..Muahaha..nampak sangat PC tak laju menaip kan...ihihi..malunya..Nak cuba?? Cuba la..:)
PC tak kisah...
Adakah anda menaip cepat atau lambat??
Boleh cuba test ujian ni..:)


42 perkataan

Speedtest

Bye~



Nota Cinta


Assalamualaikum...
Salam cinta wahai pembacaku sekalian~
:)
Jom tengok kisah cinta kat bawah ni...
So sweet..dah lama dah pun..
Tapi PC sangat suka menontonnya..
Enjoy~~




Nak download??
Kat sini ye:


Selamat berangan2 sambil menghayati kisah cinta..
Kepada mereka yang sedang bercinta, dah kawin, hargailah insan yang cintai anda itu selagi dia masih ada.. :)

Tu saje..
Bye~~




Oh Clara


Hai semua~
Assalamualaikum..dan salam sejahtera..
Entri kali ni tak tahu tema dan persoalan mengenai apa..
Haha..suka hati punya cerita...

Gambar kat bawah ni menunjukkan seorang kanak-kanak yang dah tak tahan ( kelaparan) nak makan..Masing2 menunggu ketibaan Asam Pedas Batu Pahat yang sangat sedap..sedap tau!
Kalau pergi ke Batu Pahat, jangan lupa singgah ke kedai makan asam pedas..kat situ ada banyak gerai asam pedas..pilih la yang mana berkenan..:)



Tak sempat nak snap gambar asam pedas ikan pari tu..sebab masing2 terlalu lapar..makan tak ingat dunia...haha..:D
Menunjukkan bahawa masakan di kedai tu tersangatlah sedap..



Gambar di bawah ni ialah gambar semasa PC ingin bertolak pulang ke Institut Pendidikan..
Sedihnya~
Mereka di kampung melambai2 ke arah kami..
Bye~





Seterusnya, gambar kat bawah ni pulak, dua orang kanak2 dengan posing cover gigi...
Mereka berdua ni adalah tuan kepada Clara (kucing)..
Kenapa kucing tu nama Clara??
PC pun tak berapa nak faham..
Mengikut sumber yang mengatakan bahawa muka Clara macam orang putih..
dan sangat comel, bersih dan lain2 lagi la..

Kebaikan si Clara:
- Sopan
- Pemalu
- Susah nak dengar dia mengiau kecuali kalau dia gelisah dan ketakutan
- Pendiam tapi lincah
- Suka diajak bermain
- Suka baring2 depan laptop PC dan gigit2 keychain kat beg laptop..adusshh..menyebok je kan..
- Suka main sendiri around pukul 12 tengah malam- time ni dia agak gila, main apa aje yang ada kat sekeliling..
Contoh:
- Kalau ada penyepit baju, mula la dia gigit2 dan sepak2 dengan kaki..Nanti ekor si Clara ni akan mengembang dan Clara akan terlompat2 ke sana-sini tak ubah macam kak tupai..
- Takkan baring kat atas katil, tapi dia akan baring kat hujung kaki katil teman tuan dia tidur..
- Bila tuan dia pergi sekolah, Clara akan tidur je..Bila tuan dia balik, mula la tergedik2 lari ke pintu.
- Suka menemani tuan dia..Bila nama dipanggil, Clara akan datang..
- Dengar cakap la jugak ci Clara ni.


Keburukan si Clara :
- Clara tak bagi PC duduk satu kerusi ni, tempat dia selalu baring dan beradu..Kalau PC duduk kat situ, nanti dia mulalah tergedik2 duduk kat situ jugak, pastu mengais2 kerusi tu..Gaya memang tak suka la PC duduk kat kerusi tu..Bila PC bangun, dia pun baring kat situ buat muka selamba dan tak lama lepas tu tidur..Ceh! Clara sengaja! :p


Kalau nak tahu si Clara tu macam mana rupanya...ni haa PC tunjukkan gambar...:)


Menyebok nak duduk kat situ..

Muka relaks je si Clara ni..

Clara pun nak drive balik KL jugak..
huhu..

Terpaksa la PC menyilakan kaki kat tempat duduk..Sebabnya si Clara nak baring atas kasut..
huhu..macam2 jelah si Clara ni..


Terjenguk2 apa la tu..

Itu saja la kisah Clara~

Tengok gambar kat bawah pulak..

Oleh kerana tiba2 tadi blackout, maka PC pun merajinkan diri menganalisis soalan UPSR..
rajin kan??
haha..
Okay laa...tu saje untuk entri kali ni..
Bye..:)

Nasi dan Coklat


Salam perpaduan~
Salam cinta..salam sayang..salam rindu..
Berapa banyak nak salam...haha..:D
Malam ni nak buat kerja gila sikit..
Tentu anda semua kenal dengan gambar di atas..
Pelbagai makanan di dunia ni, tapi sebagai warga Asia, seme
stinya kita tetap nak makan nasi. Sebab nasi ni dah jadi makanan kebiasaan (ruji) rakyat Asia. Nasi menjadi sumber karbohidrat kepada kita selain roti, bijirin dan lain-lain.

Seterusnya, coklat pula..
Wah!
Sedapnya coklat kan..dulu masa PC form 4 dan form 5, PC sangat suka makan coklat..
Coklat juga menjadi salah satu resepi kejayaan. Kalau stres, makan coklat. Kalau bosan, makan coklat. Kalau sedih, makan coklat. Kalau pening study, makan coklat. Kalau lapar, makan coklat. Rasanya dalam seminggu tu, banyak juga PC ma
kan coklat. Lagi best bila kakak angkat, Kak Usna suka belikan PC coklat. Yummy~
Memang la sedap.
Tapi...
Mula la tumbuh benjolan2 merah kecil di wajah. Menambahkan seri muka. Haha..
Kesannya, muka sentiasa berminyak dan tersangatlah hodoh ketika sekolah dulu.
Tapi, PC ada baca kat artikel yang coklat tak menyebabkan jerawat..Tak tahula kan. Mungkin PC tersilap la kot. :)
Oh ye, berbalik kepada kisah si cokla
t itu tadi. Coklat ni banyak khasiatnya walaupun orang selalu berkata nanti kena diabetes la, gigi rosak la, menggemukkan la dan sebagainya. Antara khasiatnya ialah, membantu mencegah penyakit jantung dan kanser. Tapi, janganlah makan terlalu banyak coklat, mengikut kadar yang betul. Jangan pula makan coklat, tapi tak makan makanan lain ye.:)
Tapi yang paling best bila makan coklat, kita akan rasa gembira.. :)
Gembiranya~
haha..:D
Sekarang ni PC nak tanya pendapat.
Korang pernah tak makan nasi putih berlaukkan coklat.
:)
Apa rasanya?
Sedap tak?
Nasi, warna putih. Tawar.
Coklat, warna coklat, tapi ada coklat putih..huhu. Rasa manis. Pahit pun ada.
Kalau makan nasi putih dengan coklat, apa la rasanya kan..
Tiba2 idea kreatif ni muncul dalam minda PC..hihi..tak pernah pula mencuba resepi ni..
Bagi yang pernah mencuba dan ingin mencuba, apa pula pendapat anda??
:)
Okay la..Tu saje..


Sumber gambar : Google
Tapi yang ada dua tu PC buat sendiri..:)

Road Tour Ke Kampung Halaman

Selamat Tahun Baru Cina!!
Olla~
Kalau tengok gambar ni korang mesti faham kan?? (Yelah kottt)
Malas nak cerita..Pandai2 la buat cerita sendiri ye..:)


Menggedik sebelum balik kampung~ :p
Oh ye..sebelah tu anak PC..
anak buah a.k.a anak saudara ye..:)


Bye~


Supir tak bergaji~
:p
(My Brother in-law)


Baru keluar dari tol Pagoh~
Muar (Bukan daerah sebenar)
Muahahaha..:D


Persimpangan ke ~???
(Dah nak sampai~)

Banjir..

Air di sekeliling rumah..
Untung rumah kampung kebanyakannya tinggi2..

Yeay!
Dah sampai..

Banjir~
Cetek je..dah surut pun..Alhamdulillah~
Cuaca makin berseri2..



Kesian tengok abah..terpaksa mencabut semua ubi kat kebun kerana bencana banjir..
Ubi yang tak cukup umur pun terpaksa dicabut..


\
Wee~
Kembar PC..:p
(Jangan percaya k!)






Tu saje..
Nak pergi kenduri kawin kalau rajin kejap lagi..hehe..:)
Bye~~