Catatan Mingguan

Entri kali ni aku nak mengisahkan liku-liku kehidupan sebagai bakal guru..Seminggu ni aku sangat sibuk menyiapkan assignment aku..buktinya, ni la...







Aku sentiasa bersama laptop Acer ku itu..haha..setiap kali pensyarah lewat masuk ke kelas, aku pun ambil kesempatan untuk menyiapkan assignment aku.. Ni kawan aku si Aida, aku tengok dia dah pening-pening buat analisis cerpen...Aku pulak sampai demam-demam,tak baik-baik lagi..dah nak dekat seminggu..adoi..nak pergi klinik tersangat malas..




Selsema ni menyakitkan hidung aku dan telah mengganggu alat pertuturan aku...huhu..Doakan aku cepat sembuh ye..



Gambar yang ni pulak masa aku buat oral test kat depan pensyarah dan kawan-kawan aku..thanks kepada cik Aida kerana mengambil gambar ni..

Tamadun Indus

Tamadun Indus bermula pada tahun 2500 SM dan berakhir pada tahun 1750 SM. Ia merangkumi 60 buah kota.Antara kota-kota yang terbesar ialah Harappa dan Mohenjo-Daro.





Kerajaan negara kotanya bersifat teokrasi
Sumber ekonomi utama ialah pertanian , perdagangan dan perusahan.Tanaman utamanya ialah gandum , barli , padi dan kapas.Binatang ternakannya ialah lembu , biri-biri , kambing babi dan ayam.Perusahaan utamanya ialah menenun kain kapas , membuat barang-barang logam , tembikar dan barang-barang kemas serta mengukir batu.
Masyarakat Indus mengamalkan polyteisme dan animisme.Mereka menyembah pokok , batu yang berbentuk lingga , lembu dan dewa.Masyarakat Indus menyambah Dewa Siva (Pashupati) dan Dewa Shakti (Mother Goddess) yang bermuka tiga.Tulisan masyarakat Indus berbentukpiktograf.Ia mempunyai hampir 400 simbol.
Sumbangan tamadun Indus dalam bidang sains ialah penetapan satu sistem timbangan yang seragam.Mereka juga mengasaskan sistem ukuran lurus.Sumbangan paling besar tamadun Indus ialah kumpulan puisi Vedas.Veda yang pertama ialah Rig Veda.Ia disusun sebelum 1000 SM.Mereka telah mengukir patung manusia seperti patung 'Gadis Menari'.








Tamadun Indus




  • Di lembah Indus disaliri sungai Indus yang berpunca dari Gunung Himalaya dan sekelilingnya.
  • Dikenali juga sebagai Tamadun Harappa.
  • Mula muncul pada sekityar tahun 2500SM dan merosot 1800SM.
  • Kehancuran disebabkan serangan orang Aryan serta bencana alam spt banjir, kemarau, dan gempa bumi.
  • Dua negara kota Tamadun Indus.

a. Mohenjo-Daro


b. Harappa

  • Proses pembentukan tamadun Indus spt berikut:



a. Penduduk nomad di barat laut India membentuk pentempatan kekal di sepanjang sungai Indus.



b. Kekal kerana adanya sungai Indus – menyediakan sumber air dan tanah yang subur.



c. Telah meningkatkan hasil pertanian dan menambahkan jumlah penduduk kerana kepandainya menyesuaikan diri dengan alam sekitar.



d. Sebabkan wujudnya bandar dan yg utama Mohenjo-Daro dan Harappa – bandar pelabuhan penting.

  • Ciri-ciri keistimewaan Mohenjo-Daro dan Harappa sebagai petempatan kekal



a. Pembentukan yang terancang dan terbahagi kepada 2 bahagian dan dikelilingi tembok.


i. Bahagian utama – pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan utk upacara ritual dan pembersihan.


ii. Bahagian kedua – kawasan perumahan dan disusun berasaskan blok berbentuk segi empat.


b. Setiap blok dipisahkan satu rangkaian jalanraya dan lurus. Bersambung antara satu sama lain.


i. Blok berasaskan segi empat dan dipisahkan oleh jalanraya yg lurus dan bersambung.


c. Perancangan bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan yang diterapkan daripada Tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.


d. Menggunakan batu bata daripada tanah liat melalui pembakaran suhu yang tinggi.



e. Ada sistem kumbahan dan saliran yang terancang.



i. Rumah ada bilik mandi dan tandas.


ii. Air kumbahan disalirkan keluar melalui paip ke longkang.


iii. Longkang tidak ditutp terus untuk pembersihan.



iv. Bahan buang dihantar ke luar bandar.



f. Bandar boleh dihubungi melalui sungai. Berfungsi sebagai alat perhubungan.

  • Ciri-ciri sistem oraganisasi sosial masyarakat Tamadun Indus.


    a. Terbahagi dua golongan:


i. Bawahan



I. Terdiri daripada petani, buruh, dan hamba.


II. Petani menjalankan aktiviti pertanian dan salurkan sebahagian hasil kepada kerajaan.



III. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan spt menjaga kebersihan bandar , membina
tembok di benteng dan membina terusan.


ii. Atasan


I. Terdiri daripada pendeta dan pedagang.



II. Pendeta mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat
terutamanya yang melibatkan aspek keagamaan.


III. Mempunyai pengaruh keagamaan – alat dapatkan taat setia golongan bawahan.

  • Aspek pengkhususan pekerjaan masyarakat Indus dapat dicirikan dengan:



a. Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi spt perdagangan, pertanian, pertukangan dan
pembuatan.



b. Aspek perdagangan membabitkan perdagangan luar dengan Mesopotamia. Dibuktikan
dengan penemuan cap mohor di Mespotamia



i. Cap mohor diperbuat dari batu lembut ,diukir, dan dipanaskan.


ii. Berbentuk segi empat bujur.


iii. Lambang pengenalan diri atau kumpulan pedagang.



c. Hasil perdagangan spt emas, gading, manik, dan hasil pertanian.



d. Petani mengeluarkan hasil spt barli, kacang dan sebagainya.


e. Golongan artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan tembikar.

  • Amalan keagamaan dan kepercayaan masyarakat Indus.



a. Mempunyai satu amalan agama dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran yang
mempunyai unsur keagamaan iaitu patung Proto-Siva.



b. Patung tersebut menunjukkan seseorang sedang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepelanya yang melambangkan Dewa Brahma,Vishnu dan Siva.



c. Proto Siva menjadi sangat penting dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu.


d. Masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu.




i. Dibuktikan dengan penemuan patung wanita.


ii. Disembah sebagai lambang kesuburan.


iii. Berlaku juga dalam masyarakat Mesopotamia, Asia Kecil, Syria, dan Palestin.

  • Sistem tulisan yang dihasilkan ialah sistem tulisan piktograf.



Sumbangan Tamadun Indus




1. Perancangan bandar – sebab utama kerana:



a. Terdapat gabungan kepakaran dari sudut perletakan bandar dan pengisiannya.



b. Pemahaman dalam ilmu geometri.


c. Pemahaman dalam ilmu kesenian.


d. Pemahaman dalam ilmu matematik.


e. Mahir dalam bidang pembinaan.



f. Pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir menghasilkan perancangan bandar
berbentuk segi empat dengan jalan raya yang lurus.


g. Meningkatkan mutu pembinaan dengan membuat batu bata melalui pembakaran suhu yang tinggi.




2. Sifat keterbukaan. Penting kepada kemajuan manusia kerana :



a. Tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat tidak akan mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.


b. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun MesirPurba membolehkan kedua-dua pihak memperoleh manfaatnya dalam bentuk pertukaran teknologi.



c. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia membolehkan segala pengaruh dari luar disesuaikan dengan keadaan tempatan.



i. Dilihat melalui nama bandar Makan dan Meluhha.



ii. Makan – Makran


iii. Meluhha – Mohenjodaro.



d. Tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden akan sifat keterbukaan dalam proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk keamanan.


e. Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan adalah tunjang kepada sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.




3. Kematangan ketamadunan manusia – sebab :


a. Pencapaian cemerlang dalam perancangan bandar.


b. Menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa.



c. Pencapaian dalam keseimbangan rohani dan kepercayaan.



d. Melahirkan masyarakat yang kreatif.





e. Menghasilkan teknologi yang hebat.

Doa Untuk Orang Yang Bercinta


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…



Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…



Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…




Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…




Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…




Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…




Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

~Catatan Seorang Bakal Guru~

Salam perpaduan..
lama sungguh tak meng-update blogku ini..huhuhu...maaf pada peminat yang setia membaca..hahaha..perasan pulak...sejak bila aku ada peminat..hihihihi...kisah hidupku sepanjang minggu ni ialah....







  • 27/2 - berpicnic dan berjalan2 di tepi pantai Bagan Lalang bersama kak Anis sekeluarga..


  • mengada kan? haha..



  • 28/2 - buat assignment dan tidur sebab penat sangat






  • 1/3 - kelas macam biasa,kena pakai kasut bertumit sekurang2nya 1 inci yang menyakitkan setiap sendi kaki aku...huhuhuhu..









  • 2/3 - pergi lawatan ke Pusat Kraftangan Negara bersama rakan aku
    (Azman) untuk membuat kajian...pastu,belajar buat seni anyaman dengan seorang makcik yang bernama makcik Fatimah..












Tengoklah betapa susahnya masa mula2 aku nak belajar menganyam ni..tapi dah lama2,ok jugak..taklah susah sangat...








    Kawan aku sedang sibuk bertanya pada pensyarah tentang assignment untuk projek Bahasa Melayu ni..




  • 3/3 - hari yang aku paling tak suka sebab ada kelas Pengajian Sosial...ada presentation,aku tak present pun sebab perut aku tengah gastrik time tu..huhuhuhu....sorry ye kawan...petang pulak,kena bersama berganding bahu untuk menyiapkan kain rentang sempena majlis sambutan MaulidurRasul...aku dan Wahida kena buat tulisan khat tu...






  • 4/3 - ada kelas PJ dengan Encik Jaflus,penat sungguh...petang pulak ada GERKO bola baling..teramat penat membuatkan satu tragedi yang tak kuingini...thanks kawan2 ku..sayang korang sebab selamatkan hidup aku...harap benda ni tak jadi depan korang lagi...maaf menyusahkan..






  • 5/3 - majlis sambutan MaulidurRasul..berarak sambil selawat ke atas Nabi Muhammad..petang pulak keluarkan duit sebab elaun dah masuk..keluar bersama rakan-rakan sekelas...




Ok...tu je untuk minggu ni..^_^....terima kasih kerana sudi menjenguk blog yang macam nak terkubur ni..