MESORT

Apa tu mesort??
Masa PC pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah PC waktu tingkatan 5...
PC telah dijadikan adik angkat kepada pemilik blog ni...
>>KLIK<<
Seorang kakak yang comel dan selalu senyum..
Tak percaya??
tengok gambar akak angkat PC ni ye..
:)
Sila klik untuk pembesaran enfagrow..:)
(psssttttt...sorry akak..amik picture ni kat Facebook..
ihihihi..)


comel kan akak saya??
hah..
kalau kata tak comel tu tipulah..
haha..
okay..akak PC bukan setakat comel je ye..
seorang akak yang baik..sangat suka warna purple..
tapi tak tahula sama ada akak masih suka warna puple lagi ke tak sekarang ni..
huhu..
Oppsss..
berbalik pada definisi MESORT tu..
PC pun tak tahu mende apa tu...
PC dapat tahu daripada akak PC ni haa..
Selalu bagi mesort yang comel dan kreatif kat PC..
Okay..PC bagi definisi mesort yang PC analisis sendiri laa..
MESORT ni adalah mesej pendek..
begitu la kottt..
hehe...
MESORT tu mungkin akronim daripada Message dan Short..
Lalu digabungkan jadi MESORT..
tapi?
Mesti korang tertanya2..
kenapa perlu MESORT??
haaa..tu PC tak tahu..cuba research sendiri..
PC pun tak tahu sejarah kejadian MESORT ni..
Nak tengok MESORT2 comel yang dihasilkan oleh akak angkat PC tak??
ni dia...
tadaaaa!!!!!
=
=
=
=
=
=
=
=
=

Sorry bersepah..ni la MESORT yang PC simpan untuk kenang2an..
Banyak kan..
Thanks to Kak Husna..
really appreciate it!

Okay MESORT2 sekalian..mari buat photoshoot..
beratur semua!!
buat gaya ala2 model okay!
bagus2..

Maka, mesort2 sekalian pun beratur amik gambar...
Okay tipu..
PC yang susun sendiri ye..
haa..tengok gambar2 kat bawah ni secara terperinci..
(comel kan..warna hijau ada gambar lembu tu MESORT pertama PC dapat)

(sangat kreatif kan yang ni..ada lubang2 kat MESORT tu..)


(setiap kali cuti PC akan dapat mesort yang ada mesej macam ni..kat belakang tu ada kata2 lain yang panjang sikit)


(haa..ni mungkin biasa kita nampak..tapi still nampak sweet kan..ada kad macam ni)



(comel kan? warna pink gitu...siap ada bintang2)





(ni pun kreatif kan..siap ada lukisan comel tu)


(ni mesort besar sikit guna saiz A4..ada ayat2 indah..kadang2 berunsur puisi)


(ni pun sangat kreatif kan..yang warna biru tu macam lolipop kan..comel betul)


(simple dan kreatif)


(haa..yang last ni paling simple..haha..kalau dah tak sempat dan busy tu..mesort pun jadi macam ni...tapi sekurang2nya dapat jugak mesort kan sebelum bercuti)


Okay!
sudah puas tengok?
mesort2 nak tido dalam kotak..
huhu..
agak2 sampai bila mesort ni ada dalam bilik PC??
huhu..
nak bagi anak cucu tengok nanti la..
hee..
Okay la ye..
tu saje..
Thanks to kak husna..
promoting u here sis..
:)
Sorry kalau tak suka..


Seri Medan dan Jawa Ponorogo

Hai2...
Tengok ni!!
Kampung saya~~



Hanis Zalikha

Opps korang2..
Eh2..Assalamualaikum..
Salam sejahtera..
Nak kecoh2 pulak petang2 ni..
Daripada pagi tadi sebenarnya..
terpikat kat satu artikel ni..
tak tahula sama ada PC yang ketinggalan ke apa...
ahh..
tak kisah la..
Korang tahu tak pasal Hanis Zalikha???
Pencapaian dia dalam google sangat mengejutkan..
Kalah Dato' Siti Nurhaliza..
Kalau tak percaya..sila google kat SINI..
tak percaya lagi??
baca artikel ni pulak..
Tempat ke-6 tu..
Kalau nak tahu siapa tu Hanis Zalikha..
Sila klik SINI pulak..
Hebat tu..Tahniah kat beliau..
Sekarang ni dah kecoh pasal beliau kat Facebook..
Okay la..tu je nak kongsi dengan korang..
Bye2..
:)

Cara Lukis Kartun


Menarik kan video ni??
PC sangat suka melukis..
Hoho..
:)

Gurauan Melampau



Jom tengok video ni..Jadikan pengajaran bersama2..
Sebagai seorang cikgu, PC nak jugak bagi iktibar kat murid2 macam dalam cerita ni..
Saksikan ye..:)


Biar Sampai Syurga



Kenapa Wanita Menangis??

Sila bce dn amik prhatian...

Assalamualaikum

hari ni kita nk bincang sikit tentang air mata wanita.hehe.seperti apa yang kita tahu,dah menjadi lumrah kepada setiap perempuan tu mempunyai hati yang lembut,mudah tersentuh atau dalam erti kata lain ialah sensitif..

air mata wanita ni juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki..so,persoalannya disini..kenapa wanita ni air matanya mudah sangat mengalir?

kenapa?

wanita ni memang di cipta Allah dengan sifat yang lemah lembut

dan

wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal.

berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9 wanita,

akalnya yang 1 di kawal oleh 9 nafsunya.

begitu juga lelaki ,9 akal tu yang mengawal 1 nafsu tu.

kadang-kadang ada sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan jelik jika wanita tu menangis atas perkara yang remeh..dari aspek yang semacam ini,lelaki seharusnya memahami wanita ini..wanita akan menagis jika perkara tu betul2 menyentuh hatinya.. tambahan pula dia akan lebih mudah menangis jika orang yang dia sayangi tak ambik berat tentang dirinya..perkara ni nampak kecil je kan?tapi pada wanita hal ini amat terkesan dalam hati dia..

ok..untuk situasi lain,contohnya si isteri mengadu pada suaminya..

"abg,bahu ayg sakit la.boleh tak abg tolong picit jap"..lepas tu suami dia cakap.."ala syg,abg pun letih juga.."pastu,pasti muncung isteri tu akan keluar sedepa.. pada masa tu dia akan mula mengomel dan turunlah air mata..sikit je kan masalah nye??

kalau kes macam ni terjadi macam mane?

suami sure menggelabah kalau tengok isteri nangis..hehe.

so,memang tak ada cara lain.kena pujuklah jawabnya..

tapi,nak pujuk pun kena ada cara..salah pujuk,lagi menjadilah jawabnya..

bak kata Dr.Fadhilah Kamsah,

"jika isteri tengah menangis,dan seumpama mahu dipujuk,suami kena guna cara yang terbaik,contohnya,peluk isteri tu, kalau rasa tak reti nak peluk,usap lah tangannya sambil senyum ke arahnya..InsyaAllah,lembut hati isteri tu."

jom kita baca kisah ni..

kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untukmengetahui kenapa perempuan mudah menangis..

Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untukmengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,

"Ibu, mengapa ibu menangis?"

Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah, mengapa ibu menangis?"

"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,"sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis?

Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,

"cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?"

Gurunya menjawab:

"Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur..

Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu..

Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa..

Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah..

Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun..

Walau, tak jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap..

Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya..

Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa -masa sulit, dan menjadi pelindung baginya..

Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya.

Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan,

akhirnya,

Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,agar dapat digunakan bilapun dia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".

ada sesetengah lelaki ini melebihkan egonya..

kadang2 lelaki sanggup cakap.."you nangis r puas2..tak kuasa i nak layan you lagi"..adakah ini cara terbaik? masa bercinta dulu tak hingat! lautan api sanggup diredahi..sekarang,isteri nangis ..biar gitu je..kenapa wanita cepat nangis?sebab dia nak perhatian yang lebih terutamanya dari orang yang dia sayang..

tengok pada anak2 kecil..

jika dia menagis,apa yang dia mahu kan?

belaian kan?

jika pada zaman berkasih,boleh beri layanan yang hebat,kenapa ketika di alam rumah tangga layanan tu tak sama??

bukankah sepatutnya lepas kahwin tu kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum?

dapat pahala tu!!!

ok..kenapa lelaki tak mudah menangis?

perasan tak kalau masa kecik2 dulu,bagi orang lelaki la ni..kalau la budak laki ni nangis,mesti mak atau ayah,atau cikgu atau sapa2 saja akan cakap..'ish..apa ni laki nangis? buat malu je..macam perempuan je..laki kuat..tak boleh nangis"...sebabkan statement ni la yang sudah terbekesan dalam minda lelaki..memang pada dasarnya,betul..tapi,siapa kata laki ni tak boleh nangis?

hebat sangatkah ke "ego" an tu?

Rasulullah saw pun menangis jugak..

tapi tangisan nya bertempat lah..:-)

tapi,apa2 pun,janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan air matanya untuk turun..

cuba selami hati wanita..wanita ni just nak dimanja,diberi perhatian.terutamanya dari orang yang dia sayang.dalam lirik lagu sumayyah nyanyian Hijjaz pun ada tertulis,

"tangan yang di sangka

lembut menghayun buaian

menggoncang dunia ,mencipta sejarah." hehe.

dan di sebalik kejayaan lelaki itu,pasti ada seorang wanita dibelakangnya..."

"Karena wanita ingin dimengerti..Lewat tutur lembut dan laku agung..Karena wanita ingin dimengerti..Manjakan dia.. dengan kasih sayang"

jazakallah..



P/s:Trima kasih Safwan Saharim ats nota ini..




Segmen : Dulu aku nakal!

header blog BEN ASHAARI

Nama sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk tahun ...

1998-2003 : SK Tenaga Setia
2004-2006 : SMK Seri Medan
2007-2008 : SMT (ERT) Azizah

Aktiviti ko kurikulum yang korang ceburi :
pe ek..
kelab Kaunseling & Kerjaya
Tunas Putri
Kadet Bomba
PPIM


Jawatan yang di sandang dulu .. hehe..
SEKOLAH RENDAH:
darjah 3 : penolong kelas
darjah 4 : pengawas pusat sumber
darjah 5-6 : pengawas sekolah

SEKOLAH MENENGAH:
pengawas sekolah
bendahari Kelab Kaunseling dan Kerjaya
setiausaha pasukan
Naib Pengerusi PPIM
Biro Kerohanian dan Surau
(banyak kot sampai PC stress dan jerawat pun beranak pinak kat muka ni)

Nama guru kesayangan korang ..
Semua cikgu PC sayang..
tapi paling sayang kat cikgu Math dan Science..(nama dirahsiakan untuk menjaga populariti)

Subjek paling disukai dan tak suka ..
Paling suka subjek Math dan BM
Tak suka Sejarah (selalu kena bebel dengan pengetua sebab subjek ni asyik buat result PC menurun)

Kawan baik masa sekolah ..
SKTS: Siti Habshah
SMKSM : Fiza dan Azimah
SMTA : Siti Nasuha

Cita cita masa sekolah dulu
Tak pernah berubah..Nak jadi cikgu jugak..
(Alhamdulillah sekarang tengah sambung belajar di Institut Perguruan)


Artis feveret masa sekolah dulu ..
Tak tahu..tapi cuma suka Siti Nurhaliza..


Perkara yang paling tak dapat dilupakan masa sekolah
perkara yang tak boleh lupa ialah masa orientasi..


Jika dapat kembali ke zaman persekolahan , apakah yang ingin korang lakukan .
nak jadi pelajar terbaik lagi!
sebab skrg dah nakal..ihihi..

Ceritakan kenakalan yang tak dapat dilupakan sewaktu sekolah dulu ( tak kurang 100 patah perkataan )
PC tak pernah ada rekod buruk kot kat sekolah..lebih dikategorikan sebagai budak SKEMA masa kat sekolah dulu..
tapi..
tak tahula ni jahat ke tak..
PC selalu study senyap2 kat surau..(kan biro surau..so PC yang pegang kunci surau)
sebenarnya tak boleh prep kat tempat lain selain kelas dan dewan makan..
nakal ke??
dan lagi..
makan time prep..
wahaha..
suke2 ati je..warden datang spot check je cepat2 la cover sorok makanan bawah meja..
konon2 belajar..hehe..
lagi??
dah la..nanti korang kata PC nakal sangat..
ok la..
tu je..
daa..~~


Mari Memasak Bersama Abg Ben

Hai bloggers..
huhu..
terharu dengan entri dari abang Ben..
Jom baca..


Cikgu Sekolah VS Cikgu Memandu


Pom..pom..pom..pom..pom..pom..pom..pom..pom..
Kereta kecilku berbunyi..
Marilah adik mari naik..
Boleh ku bawa jumpa nenek..


Penat3..Opss..
Assalamualaikum pmbuka bicara...
Salam sejahtera..>>da mcm pembaca berita la pulak..
Well..
PC xnk cite pasal kepenatan PC..
Tapi xpela kan..
cite sikit je..
suka hati nak baca ke tak..
sebenarnya xdela penat tapi lenguh pegang stereng kete..
PC skrg tgh belajar memandu..
haha..
Hari pertama belajar = sgt ok..siap try bwak kat bukit yang kena berhenti..2 cubaan berjaya dan 1 tak berjaya..
hari pertama belajar ni tau korang..
pura2 la beranikan diri suruh cikgu ajar naik bukit sebab boring pusing2 litar je..
Hari kedua pulak ni = ok jugak..dengan cikgu lain pulak yang tak henti2 bercakap..PC asyik tergelak je masa dalam kete..
macam nak golek2 pun ade tau melayan cikgu PC yang sorang ni..
haisshh..
Dia panggil nama PC dan suruh bawak kete..
PC tanya kat dia hari ni nak belajar apa je..
Dia pun kata..
Cikgu : "Jom kita pergi jalan"
PC: Hah! Jalan??
Cikgu : "Yela..jalan,,kamu jangan takut"
wawawa..Dalam hati hanya Tuhan je tahu..
tapi relaks jela kan..
xnk la nampak gabrah sangat..
yela..
ni baru kali kedua belajar bawak..
hari pertama belajar pun x sampai sejam sebab cikgu tu kata PC dah dapat semua ilmu yang dia curahkan..
(wah..macam belajar dengan tok guru silat la pulak..hihi)
so..
hari kedua a.k.a siang tadi kan..
PC bawak la dengan profesionalnya ke highway..
highway??
mengarut pulak tetibe..
kat jalan raya jela..
belum pernah pulak test JPJ kat highway..hehe..
so..
kat jalan tu..
PC rasa tak tenang tau sebab..
sebab..
cikgu PC ni asyik pegang stereng je..
huh..
belum yakin dengan PC lagi kott..
ataupun..
takutt??
ngeh3..
=p

(Pening kepala dengan 3 benda ni haa..


tak kisah la yang tu kan..
pastu bila PC nak tekan brek..
eh..
nak tekan tapi kenapa macam dah tekan je..
oh dah faham..
cikgu pijak brek kat kerusi penumpang tu..haha..
mengong2..

Pastu pulak..
sepatutnya kena jalan terus..
tapi ada lori kat depan tu berhenti kat simpang..
dah la kat bukit!!!
mak oi!!

dalam kepala otak dah fikir macam2..sebab tak pernah bawak kereta kan..
kat area2 bukit ni belum betul2 expert lagi..
yela..
baru kali kedua belajar..mana tak gabrahnya..
okay fine!
PC pun berhenti..
so..cikgu pun ajar dan ajar..
macam nak mengaum kereta tu..
ihihi..
cepat2 cover dan terus jalan bila lori tu gerak..
huh..
nasib baik kereta tak mengundur ke belakang..
kalau tak??
haisshh..
lega je bila dah lepas tu..
so esok..
ade klas lagi.
seronok!
tak sabar nak belajar yang lain2 pulak..
parking semua tu kan..
dan bla..bla..
So..konklusinya hari ni..
rasa syok belajar kereta buat kali pertama kat jalan raya..
Wish me luck okay!



Contest Cerpen Sesedap Rasa

Setelah bersenam2 ke blog2 yg lain..Tiba2 ternampak 1 contest yg agak menarik..
So..
pe lg..
join..







Haha..
oleh kerana hari ni hari jadi PC…
Maka..
PC join contest ni..
Ok..
Cerpen ni kan cerpen sesedap rse..jd nye ssdap rse seenak bicara PC la ye karang cerpen ni smentara tgh kebosanan ni..
Kalau boleh PC nk bagi tajuk:
Taksi

Cerita bermula begini..



3


2


1

Saya Taksi..
Saya tak tahu kenapa nama saya Taksi..
Saya tak besar dan saya tak kuat..
Tapi saya tak kisah sebab ada orang sayang saya.
Nama dia Jericho Rosales..Jericho seorang yang sangat tampan, kacak, bergaya, disukai semua golongan bernama wanita bukan lelaki kecuali gay..Jericho juga pandai menari dan nampak 'charming' sehingga seorang gadis comel, Ain Zulaikha terpikat akan Jericho Rosales..


Ni la Ain..Makwe Jericho..Comel kan..Macam saya..Saya ni suka perasan..
Saya tak kisah sebab saya memang comel pun..
Tapi mereka ni tak macam makwe dan pakwe pun..Sebab..Jericho ni tak romantik la..Aisehh..Kadang-kadang Jericho selalu menyakitkan hati Ain Zulaikha..Tapi..
Ain Zulaikha ni sabar jela dengan perangai Jericho..Ain Zulaikha tetap sayang gila-gila kat Jericho..
Saya selalu dengar Ain Zulaikha panggil Jericho dengan nama manja iaitu “Koko laling” sebab akhiran ‘Cho’ tu dah jadi kata ganda pulak..Saya akan tertawa bila terdengar nama panggilan Jericho tu..Kadang-kadang saya pun panggil Jericho macam tu..Tapi dia buat tak tahu je..Geramnya saya rasa..


Jericho suka suruh saya temankan dia dan Ain Zulaikha..Setiap kali hujung minggu mereka akan keluar ‘dating’..
Nanti mereka akan ‘calling-calling’..
Ain Zulaikha : “Koko laling..Nanti kita jumpa kat Kedai Makan Bosan ye..Ain tunggu kat sana..Koko laling tak payah jemput Ain tau”
Jericho Rosales : "Ok Ain..Nanti I bawak Taksi sekali macam selalu.."
Saya ni kira macam pengawal peribadi Jericho..Selalu je kena ikut Jericho..


Jadi, pada hari Ahad yang indah tu mereka pun makan-makan la dulu sebelum pergi jalan-jalan..
Kena isi perut dulu, kalau tak saya pun tak larat nak angkat mereka kalau mereka tiba-tiba pengsan.. Mereka mesti order makanan yang sama..Kadang-kadang saya fikir, “Diorang ni tak bosan ke pergi tempat sama dan makan pun tempat sama? Bosan..bosan”


Selepas makan, kami pun keluar dari Kedai Makan Bosan tu..Kami pun jalan..Saya pakai loceng, jadi bila saya berjalan mesti akan kedengaran bunyi loceng.. “Cing..cing..cing”

Tiba-tiba saya terdengar ada bunyi lain..
Saya hayati dan saya kenal bunyi tu..
“Cing..cang..cing..cang..Ada mesej la”
Telefon Jericho berbunyi..Rasa macam nak nyanyikan lagu Wonder Pet jelah..
“Telefon..telefon berbunyi..ada haiwan dalam bahaya”
Cukuplah menyanyi..saya penat berjalan..
Saya dengar Jericho macam mengomel sesuatu..
Rupa-rupanya dia dapat mesej..
Begini mesejnya:
“Weh, share kredit dgn aku”
Muka Jericho macam agak bengang dengan mesej yang dia dapat..Ain Zulaikha pun mengambil telefon tersebut lalu membaca mesej itu..
Ain Zulaikha tersenyum-senyum..
Maka Ain Zulaikha pun berkata dengan penuh kelembutan gaya ala-ala wanita melayu tengah + 60an..
“Ala Koko laling..Bagi jelah..Kan adik Koko jugak”
Jericho menjawab, “Mana boleh. Dia tu pemalas. Suruh kerja tak nak. Kerjanya goyang tangan dengan kepala je”
Ain Zulaikha membidas macam debat ala parlimen, “La, Koko ni kedekut la. Tapi takpe, walaupun kedekut tapi Ain tetap sayang Koko”
“Sebab tu I sayang U, Ain Zulaikha”, kata Jericho dengan muka yang agak miang keladi..
Saya berasa bosan di situ dan meliwat tengok mereka.. Maka, saya macam nak balik je..
Saya pun berlalu dari situ..Mereka tidak menyedari ketiadaan saya di situ..
Tidak lama selepas itu..
Tiba-tiba saya terdengar sesuatu..
“Hoi..Kalau talak naik teksi buat apa mau panggil-panggil ma..Gila punya olang..”
Saya pun menoleh dengan agak terpinga-pinga..Rupa-rupanya Jericho dan Ain Zulaikha memanggil-manggil nama saya..Tapi saya tak dengar.. Patut la drebar teksi tu berhenti..Saya rasa drebar teksi tu perasan..Yelah, dia ingat Ain Zulaikha yang cantik menawan tu nak naik teksi la tu..Tapi sebenarnya tak..Saya terharu sebab mereka sedar akan ketiadaan saya..Lalu saya berlari dengan alunan loceng ke arah mereka..Macam ala-ala Hindustan..Ain Zulaikha pun memeluk saya..Jericho pulak memeluk Ain Zulaikha..Ain Zulaikha terpana dan merenung Jericho..
“Opps, sorry..Tersilap peluk pulak..Hehe..”, Jericho tersengih-sengih..
Ain Zulaikha pun berkata, “ Hah..Sengaja la tu.”
Tiba-tiba je Ain Zulaikha bergerak selangkah dari situ lalu terus menyanyikan sebuah lagu..Sebenarnya Ain Zulaikha tak menyanyi pun, cuma 'miming' sahaja..Ain Zulaikha bukak lagu ni..Maka, mereka berdua pun menari-nari di tepi jalan bawah pokok tak ada daun menyanyi-nyanyi lagu ni..Beginilah lagunya..


Maka..Tamatlah kisah saya sebagai seekor kucing yang bernama ‘Taksi’..Saya akan sentiasa disayangi dua insan bernama Jericho Rosales dan Ain Zulaikha..Sebabnya saya Taksi yang comel..
..Tamat...

Tatabahasa baru x boleh percayai:
Meliwat - meluat
Talak - tak nak
Olang - orang
Taksi pun berkata-kata: Ni la hadiahnya..

Taksi dah penat bercerita tentang kisah hidupnya..
Dengan ini mengumamkan..
Mereka2 yg brtuah untuk terpilih mengarang cerpen sesedap rase jatuh kepada:
Kak Usna
Untie MM
Una my kazen
dan spe2 yg brminat boleh la join ye..

p/s : sorry utk cerpen yg agak mmbosankan..PC x pandai buat jenaka..huhu..sedih2..harap sudi membca dan tinggalkan komen yg mmberangsangkan..
ok la..
bye2..