Sabarlah Hati

Sabarlah hati..
Jangan menangis..



Saat Kau datang dalam hidupku

Ku sangka ini cinta terakhir
Ternyata malam penuh bintang
Berakhir dengan mendung

Menari aku dengan gelisah

Lagi lagi lagi ku menangis
Sabarlah hati menahan perih
Terluka lagi dan lagi dalam kisahku

Tenang la jiwa iring langkahku

Ku yakin pasti ada yang terbaik untukku

Ternyata malam penuh bintang

Berakhir dengan mendung

Menari aku dalam gelisah

Lagi lagi lagi ku menangis

Meski hati sering dilukai

Takkan menyerah aku mencari cinta

Sabarlah hati menahan perih

Terluka lagi dan lagi dalam kisahku
Tenang la jiwa iring langkahku
Ku yakin pasti ada yang terbaik untukmu

Sabarlah hati menahan perih

Terluka lagi dan lagi dalam kisahku
Tenang lah jiwa… uhh.. uhuu

Sabarlah wahai hati..

Jangan menangis..

Percaya Padaku

Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu


Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku
Ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku
Ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu

Agar kau tahu betapa ku terlalu mencintaimu
Aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku
Ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku
Ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku
Ku kan menjagamu

Hingga waktu menjemputku..........

...................................

Lalalalalaa...
sekarang aku dah terlalu taksub dengan lagu2 Ungu...
dah kenapa kan??
aku sangat suka menghayati bait2 lagu yang disampaikan..
tersangat la bermakna.. :)
especially lagu Tercipta Untukku, Penghujung Cintaku dan sekarang gila lagu ni pulak..adododoi...
Aku, Lagu dan Seni tak dapat dipisahkan..eceh..hehe



Love this quote,
"Saat kutahu kau akan pergi jauh, izinkan aku tuk selalu menantimu untuk katakan kuingin dirimu"

bagi aku, tak semudah tu nak katakan...


.......................

Korang pulak macam mana??
mesti ada lagu2 yang korang minat gakkan.. :)



Semoga bertemu lagi..

Salam rindu,



Bahagiamu Bahagiaku Juga

Kadang2 aku rasa nak seseorang sedarkan aku dari lamunan fantasi ni..
bangun!! bangun!!
sedarkan aku dari khayalan ni dan bagitau yang semua ni hanya ilusi aku je..
yang hakikatnya aku berada di dunia realiti..
bukan berada dalam kisah fantasi ni..

well, Miss Cinta selalu tegur aku..
dia selalu pesan macam tu..
tapi sekarang.....

dia pulak yang berada dalam dunia fantasi tu..huhu..
rasa nak tergelak pun ada..

sebab


dia akhirnya bagitau aku,

"tak sangka aku pulak berada dalam dunia 'fairytale'..padahal aku selalu tegur kau ni fairytale sangat..
aku rasa bahagia sangat sekarang ni..tak pernah rasa macam ni..
aku harap, dunia fairytale kau akan terjadi jugak..kalau boleh, aku nak kita sama2 bahagia..dan aku takkan tinggalkan kau buat masa ni sebab kau sahabat aku susah dan senang.."

:')

haih..dia dah suruh aku ber'fairytale' pulakkan..
haritu kata jangan fikirkan sangat..haha
but,
she deserves better..
bertemu pemuda seperti tu..
memang macam dalam alam fantasi.. :D
like what I said, she deserves better sebab..
selama ni dia dah teruk terluka..
kalau aku ada kat tempat dia, tak tahula macam mana agaknya..
mungkin aku dah putus asa..

Dr Childish ada bagitau,
"Nak pergi beli kasut pun kena ambil masa yang lama untuk pilih,..inikan pula mencari calon teman hidup...."

tapi walau macam mana pun, aku tetap sabar..

dan 

sekarang

tiba-tiba


mudahnya aku sambut rasa itu.....

setelah aku melepaskan ia pergi sebelum ni..




perasaan bersalah masih membelenggu diri 

adakah patut aku membiarkan rasa ini mekar?

entahlaa..


salam kasih,



Titian Hati


Makin kenal, makin sayang.
Makin teruji, makin erat.
Makin diluah, makin percaya.

Ya Allah,
Ukhuwwah ini.
Biarlah sampai menjejak syurga.

Doa dan teruskanlah berdoa.. 




Biarkanlah doa menjadi pengikat diriku dan dirimu...

Hanya Aku, Lagu dan Seni

Alhamdulillah..akhirnya..
baru 50 peratus siap.. :D
bersyukur sangat..
Ni cuma cover depan je..
agak2 korang apa yang aku buat ek???

teka la sendiri..hihi..
hasilnya nanti aku akan masukkan sikit je untuk paparan umum..
separuh lagi hanya insan istimewa sahaja..







Tercipta Untukku dan Untukmu

this is what we call 'dalam hati ada taman'
ehem2..
this is for you..
walaupun bukan saya yang nyanyi..
but one day, I'll sing this just only for you..
my love and the only one..
forever till jannah..
Insya Allah





but..video kat bawah ni..hurmm..sangat romantik..
haha...sila berangan la ada lelaki buat macam ni kat kita kan..
mainkan lagu instrumental begini...tak pun,, siap nyanyi sekali ke kan..
sambil2 feeling2 Korea..
dreaming lebih.. :p



orang yang ada nilai kesenian yang tinggi akan menghayati lagu ni dengan penuh perasaan..sampai boleh menitiskan air mata.. (aku la tu..kui3)
tapi mungkin bagi yang tak minat muzik instrumental macam ni mungkin akan ngantuk la kot..
tapi untuk aku, sangat la mendamaikan dan menenangkan jiwa..
hope one day, aku dapat beli sebijik piano atau keyboard ke kan :D
Amin....

............

just tiba2 teringat kat seorang lecturer (we call him 'ustaz')
dia cerita yang dia ada lagu khas 'suami isteri' yang dia cipta..
by the way, ustaz ni ahli muzik..kikiki..
hebat kan?

muzik tak salah janji tidak melalaikan sampai tak laksanakan ibadah yang utama..
dia ada la nyanyikan untuk kitorang lagu tu sambil tu dia mainkan piano..tapi dia nyanyi sikit je..
rahsia kebahagiaan rumah tangga..terlalu istimewa katanya..
tak boleh nak nyanyi sampai habis..
dia maluuu..huhu..
tapi ustaz tu romantik jugakkan..
aku rakam senyap2 masa dia mainkan piano tu sebab terlalu kagum..
hihihi..

................

but..
no matter who he is our 'bakal', just terima seadanya ye girls luar sana...
love means complete each other 
saling melengkapi..


but, I'm sure..
janji Allah itu pasti..
Insya Allah...

kisah fairytale mungkin menjadi kenyataan satu masa nanti..

dan ia baru bermula... :)

hanya perlu sabar untuk menamatkan kisah fairytale ni..
"..dan mereka hidup bahagia selama-lamanya."

this word... :)

lots of love





Potato Crisp Bebulat

Mengada sangat namanya kan?
Entah apa2 je aku cuba cipta nama macam tu..


BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang (dikupas dan potong nipis2)
5 sudu tepung gandum
5 sudu tepung jagung
1 sudu kunyit
sedikit pewarna kuning (nampak lebih menarik untuk dimakan)
garam secukup rasa
air

CARA-CARANYA IALAH:
1) Kentang dicucuk2 seperti dalam gambar di atas.
2) Bancuh tepung2 tu bersama kunyit, pewarna kuning, air dan garam.
3) Kemudian saluti kentang dengan bancuhan tepung..bagi rata ye,,biar semua kena bancuhan tepung tu..
4) Goreng lama sikit dengan menggunakan api sederhana.
5) Kemudian dah macam agak garing sikit, angkat dan toskan..
6) Curah lagi sekali dengan bancuhan tepung.. (kalau nak sedap dan crispy buat la 2 kali, tapi sekali pun ok je..tapi aku suka buat 2 kali biar bancuhan tepung tu melekat2 kat kentang)
7) Goreng lagi sekali hingga garing.
7) Siap dan hidang la bersama sos..










Chicken Ungkep



uuuuuu..nama Chicken Ungkep..
hihihi..
'AYAM MASAK UNGKEP'
pernah makan?
masakan jawa kegemaran aku dan abang aku..
sampai wife dia pun sanggup nak belajar masak masakan ni gara2 abang aku suka sangat..
baiklah, cara masak dia simple je bagi aku memandangkan hari ni mood masak agak malas sedikit..

BAHAN-BAHAN:
Ayam (potong ikut suka korang)
seulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
2 pucuk serai
2 sudu kunyit
kayu manis (1 je cukup)
bunga lawang (aku letak 2 je)
garam secukup rasa
gula secukup rasa

CARA MASAK:
Aku dah cakap mood malas hari ni, jadi semua bahan tu aku campak dalam mesin pengisar (blender)..
haha..
Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis..dah hancur tu baru aku masukkan serai plak..blender serai sekali tapi janganlah sampai hancur ye..hehe..
Kemudian, panaskan minyak di atas kuali dan tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau..
Masukkan kunyit, kayu manis dan bunga lawang..
Tumis lagi dan masukkan ayam yang dah dibersihkan..
Akhir sekali baru masukkan garam dan gula..
Biarkan seketika hingga ayam betul2 masak ye..
Dah siap boleh la hidang dan makan bersama nasi..

Emmm..sedapnyaa..aku menaip dengan rasa lapar ni..ok nak pergi makan.. :D
Selamat tengah hari dan assalamualaikum~





Resepi Jeli Kelapa

Sedapnya tengah2 panas ni makan jeli kelapa kan..

Baiklah, aku kongsi resepi membuat jeli kelapa ni..

BAHAN-BAHAN:
Agar-agar 2 pek (6g) -selalu aku basuh dulu
Air kelapa (1 jag - 1000 ml)
Air biasa (2 jag - lebih kurang 2000 ml)
Gula secukup rasa (nak manis gila, letak banyak2)
Isi kelapa yang dipotong halus2 - ikut suka nak buat jadi macam mana pun ye

CARA-CARA:
Masak air dalam periuk.
Masukkan gula dan agar-agar.
Kemudian, dah didih tu baru masukkan air kelapa.
Masak sehingga air mendidih dan gula pun larut.
Tapis dahulu dalam jag sebelum dituang di dalam bekas seperti di atas.
Kalau tak ditapis, nanti ada agar2 yang berketul2 jadi pelikss pulak,..
Akhir sekali, tabur2 la isi kelapa macam kat atas tu..
Aku suka isi kelapa, jadi banyak la isi kelapa yang aku tabur tu..haha..
Kemudian, biar seketika sebab masih panas..Agak2 dah sejuk, masukkan la dalam peti ais..
Esok2 boleh makan...yummmmss~












Sambal Kentang Goreng + Ikan Bilis


BAHAN YANG DIPERLUKAN:

4 Biji Kentang (dihiris nipis)
Ikan bilis (ikut suka nak berapa banyak)
Seulas Bawang besar (dihiris)
Cili kering (dikisar halus) - lebih kurang secawan
Air asam jawa
Gula secukup rasa (nak manis, letak banyak)
Garam secukup rasa

CARA MASAK:
  1. Goreng kentang dan ikan bilis sehingga garing jadi rangup..biarkan seketika..
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar.
  3. Masukkan cili kering, asam jawa, gula dan garam.
  4. Masak sehingga pecah minyak dan betul2 masak garing.
  5. Kemudian masukkan kentang dan gaul rata.
  6. Masukkan pulak ikan bilis dan digaul rata.
  7. Siap! boleh la hidang......
SELAMAT MENCUBA!










Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum...dan salam Jumaat..
selamat menunaikan solat Jumaat kepada para muslimin..
baiklah..hari ni aku nak kongsi resepi masakan paling simple!
simple  la kooottt... :D
Sebenarnya banyak bahan yang boleh menyedapkan lagi tapi aku buat2 tak letak..haha..
konon2 lupa.. :p
tapi tak kisah pun nak letak ke tak janji jadi je.. tu konsep aku.. :)


BAHAN YANG DIPERLUKAN : 
  1. Ayam potong ikut suka hati (ayam mestilah wajib ada memandangkan nama masakan pun ayam masak kicap)
  2. Bawang besar (seulas - dihiris2 lebar)
  3. Bawang merah (3 ulas - nak tumbuk atau hiris2 pun boleh)
  4. Bawang putih (5 ulas- nak tumbuk atau hiris2 pun boleh)
  5. Kayu manis (sebatang je cukup)
  6. Bunga lawang (1 je)
  7. 3 sudu besar Cili kering (dah dikisar) / cili boh pun boleh
  8. Kicap
  9. Sos (2 sudu)
  10. Garam secukup rasa

CARA MEMASAK : 
  1. Mula2, korang kena goreng ayam tu dulu. (Ayam digaul bersama bawang putih yang ditumbuk, kunyit dan garam) - goreng sampai masak.
  2. Biarkan seketika ayam tu. Ayam goreng tu takkan lari melainkan korang ngap. huhu
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih sampai agak2 garing. Masukkan kayu manis dan bunga lawang.
  5. Kemudian masukkan cili kering dan bagi masak betul.
  6. Masukkan kicap dan sos. Sos ni sikit je, untuk memekatkan lagi kuah.
  7. Jangan lupa! masukkan garam secukup rasa.
  8. Akhir sekali masukkan ayam goreng yang tertido kejap tadi. Gaul hingga sebati.
  9. Tutup api dan boleh la dihidangkan.











Pencarian Cinta Dia nak berakhir

Alhamdulillah..
Akhirnya mereka menuju ke jalan kebahagiaan masing2..
Seorang demi seorang kawan aku dah mendirikan rumah tangga dan akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi..
Mungkin itu keputusan terbaik mereka untuk memilih satu perhubungan yang lebih serius dan berkeluarga..
Aku?? :D
Mungkin belum tiba masanya lagi kot.. Atau mungkin lama lagi.. Ataupun 'dia' belum lagi temui rusuk kirinya ni.. :D
dan selama itu, aku akan terus menunggu dengan sabar..dan yakin akan ketentuanNya..

Tapi..
agak sebak bila kawan baik tiba2 bagitau seorang pemuda ni dah lamar dia..di tepi pantai?!
Ouch! romantik sungguh (feeling cerita Korea..haha)
Kenapa aku rasa nak menangis? Haihh..tak faham la..

Kawan aku ni dah macam Doktor Cinta..selalu bagi nasihat dan macam2 lagi la..tapi dia sendiri selalu dilanda masalah cinta.. :D
Tapi kini akhirnya..dia dah temui insan yang tulus untuk jadikan dia seorang bidadari.. 
Alhamdulillah..aku rasa bahagia dengan kebahagiaan dia tu walaupun cuma sekadar berkongsi cerita..
Perkenalan mereka yang 'sangat' sementara terus menjadi serius..Wow...alhamdulillah..
Kagum.. :)

gambar hiasan (diambil di Taman Botani Johor pada 2 Jun 2013)


Dia selalu bagitau aku ni suka berfantasi lebih2..suka sangat ber 'fairytale'..
Hurmmm..tapi akhirnya kisah fairytale kawan aku ni pulak jadi kenyataan..
Tapi kisah fairytale aku sendiri aku pun tak tahu..kui3..
Cuma, itu hanya sekadar perancangan katanya..Maybe mereka akan ikat pertunangan dulu.. 
Kawan aku cakap, dia tak sanggup nak tinggalkan aku..sedih pulak..aduhai..
yela, susah senang kami sama2..jadi kalau dia kawin sekarang, mungkin aku akan kesepian..
terharunya aku, dia sanggup fikir pasal aku.. :')
Walau macam mana pun, aku harap kawan aku ni sentiasa bahagia dengan kehidupannya..
Amin..Insya Allah..

dan hujung minggu ni kena pergi majlis pertunangan kawan baik sekolah rendah.. ni lagi rapat dan tak sangka kawan aku yang comel ni nak berumah tangga.. :D

Semoga kawan2ku mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat..Amin ya rabb~



Psstt..aku tersangat la adore dengan kisah Dena Bahrin..dan aku sentiasa ikuti perkembangan dia sampai sekarang..dia pun dah ada anak..yang sangat comel....
By the way, video yang dia buat ni terus feeling2 fairytale..haha














Resepi Terung Goreng Tepung

Assalamualaikum!
hari ni aku nak kongsi resepi ni..
memandangkan ada terung kat dalam peti ais dan aku pulak memang tak minat sayur terung..makanya aku teringat ada satu kedai tu jual terung goreng tepung..macam sedap je..jadi, aku cuba la buat kat rumah pulak..

Baiklah, apa yang kita perlukan?

BAHAN-BAHAN :
Terung panjang/bulat (Wajib ada! katanya terung goreng tepung kan..) 
Tepung gandum 3 sudu besar
Tepung jagung 3 sudu besar
Air suam (lebih kurang setengah gelas)
Garam secukup rasa (aku selalu letak dalam 1 setengah sudu kecil)
Kunyit (1 sudu kecil pun cukup)
Minyak masak
*Kuali dan sudip - ni sangat penting ye :D

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA :
1. Adun (tepung gandum, tepung jagung, air suam, garam dan kunyit) secukup rasa.
2. Terung kalau yang panjang potong bulat-bulat dan nipis-nipis, kalau yang bulat sebiji tu, potong ikut suka korang, yang penting tak besar sangat dan nipis. (YANG PENTING, NIPIS!! BARU SODAP DAN RANGUP)
3. Celup terung tu dalam aduan tadi.
4. Goreng dalam minyak yang sedang panas.
5. Angkat dan siap dihidang!

P/s: Kalau nak lebih crispy, lepas potong2 terung tu, masukkan dalam peti ais sekejap sebelum goreng.. Cuba la ea.. :)


Tadaaaa!!

Ok, tetiba aku dah suka terung.. :D
Tapi kena buat jadi gini la,..sedap dan rangup!
Kalau masak yang tumis2 bagai semua tu buat tekak aku loya..errr..haha
ok la..

adioss~~












Imaginasi tak salah

Assalamualaikum dan selamat pagi! :)
Well, hari ni nak bercerita tentang imaginasi..
Sesungguhnya aku akui aku seorang yang sangat suka berimaginasi.. hihi
Tapi, korang pun ada imaginasi jugak kan?
bukan aku sorang je ok..... :p

jadi, bila bercerita tentang imaginasi, apa yang korang faham?
Pada pandangan aku, imaginasi ni sesuatu yang unik dan di luar jangkaan dan keupayaan..
Kadang2 imaginasi ni banyak kelebihan jugak. Imaginasi tentang sesuatu pencapaian masa depan, untuk hasilkan sesuatu inovasi, perubahan..
Tapi sebenarnya, imaginasi pun boleh membawa kepada keburukan..
Contohnya, imaginasi terlalu tinggi nak hasilkan sesuatu atau nak capai sesuatu tu di luar kemampuan sampai menyusahkan orang lain..
Hihi, apa pun, pandai2 la kita uruskan tahap imaginasi kita tu ye..
Ok la..aku nak berimaginasi kat dapur.
Arioss~
hasil imaginasi aku..haha..kesian anak buah aku dikerjakan










Pucuk Paku Goreng Belacan

Bahan-bahan :
  • 1 ikat pucuk paku (aku ambik daun dia je, ikut korang la nak macam mana..haha)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 sudu makan udang kering/ ikan bilis pun boleh (dikisar)
  • cili padi (dikisar)
  • sedikit sos tiram
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • sedikit air (ni aku dah campur dalam mesin kisar)
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga ada bau yang enaksss. 
  2. Masukkan sos tiram secukupnya. Kacau sebati.
  3. Akhir sekali masukkan pucuk paku. Kacau lagi hingga sedikit layu. (jika kurang masin boleh tambah garam)
  4. Apabila sudah masak, angkat dan hidangkan.
p/s: simple je kan..untuk yang malas macam aku, nak senang dan cepat, kisar je..haha :D kalau korang nak tumbuk guna lesung pun boleh..lebih moist dan maglek..
ops..lupa nak ambil gambar..mula2 aku ingat nak ambil gambar..bila dah makan2, baru teringat..tapi dah masuk perut pulaks..

Bahasa jawa
Maglek - lebih rasa lemak + kawww2




Sumber : Dapurku Sayang











Masak Kupang paling simple

Assalamualaikum..
resepi masakan paling simple, terutamanya kepada yang baru nak belajar2 masak tu..
aku ni kadang2 kalau jarang masak memang lupa..
maka, terpaksa la tepek resepi masakan kupang kat sini..

APA YANG DIPERLUKAN?
Bahan A
  • seulas bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • beberapa cili padi (ikut rasa sesuka hati) :D
Bahan B

  • Kupang (basuh bersih2 naaa..)
  • serai
  • sos cili
  • sos tiram
  • kicap
  • garam
  • gula

CARA-CARANYA:
  1. Kisar bahan A sampai hancur.
  2. Tumis bahan A dan serai
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula.
  4. Rasa dah sedap baru masuk kupang..
  5. Masak sampai kupang2 tu tersenyum.. :D

P/s: Entri resepi ekspres ni rasanya aku je yang faham..haha..kalau rasa tak faham, boleh rujuk tempat lain..terima kasih yaaa~


Petua kali ni: Akak aku cakap make sure bila masak, air tangan dielakkan menitik ke dalam masakan..Sebabnya aku pun tak tahu..dia cuma cakap tak elok..kui3