Akukah Insan Rahsia Itu?

Siapakah insan rahsia itu?


Usai solat..
Lelaki berbaju putih ini
menoleh ke belakang
menghulurkan tangan..
aku menyambut salamnya
Siapakah lelaki ini?
Insan rahsia
aku mendongakkan kepala
tak kuketahui siapa gerangannya..
Insan rahsia ini..
tersenyum simpul..manis sekali..
senyumannya itu..siapa dia ya Allah?
cahaya terpancar di sekeliling kami..
Ya Allah, indahnya..
Ku yakin itu dia..
Insan rahsia itu..
 muncul dalam istikharahku..


Tersedar tatkala azan subuh berkumandang,
Mutiara jernih mengalir membasahi pipi..
Syukur*



 Tak sangka sepanjang 3 tahun tu, rupanya ada yang mencari insan rahsia..
Namun, apa yang kulakukan sepanjang 3 tahun tu?
Penuh tanda tanya sepanjang 3 tahun.. Bergelumang dengan keseronokan dunia..
 Allah, rasa berdosa sangat..
Kerna tatkala itu, insan itu sedang menanti penuh sabar tanpa mengetahui siapa insan rahsianya..
Akukah insan rahsia itu?

Selepas 3 tahun,
diri ini muncul dengan wajah baru..
azam baru..
berat untuk melepaskan..
tapi yakin dengan ketentuan-Nya..
berdiri dengan penuh keyakinan kepada Allah..
Hanya Dia tempatku berserah..
walau perit meneruskan perjalanan ke laluan yang penuh berbatu..
kanan kiri penuh dengan kata2 yang berbisa..
bisa itu kadang membinasakan..
kadangkala bisa itu semangat

Alhamdulillah..ujian itu tak lama..
kerna kasih-Nya kepada hamba-Nya yang bersabar..

Anugerah terindahnya,
dia menjumpaiku..
insan rahsia itu..

Anugerah terindahku,
Allah pertemukan dia..
insan yang rahsia dalam istikharahku..


Jodoh Berdua - Hafiz Hamidun


Jika cinta mampu untukku lukiskan
Garisannya penuh dengan pengharapan
Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa

Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telah pun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan Yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir

Yang terlihat kini hanya anugerah
Dan melafazkan janji yang terindah
Bersedialah menunggu di garis penghujung
Insya Allah ke syurga
Bersatu kasih kita






Bakal zauj' dedikasikan lagu ini kepadaku.. 
Terus menitis air mata.. 
Aku mengerti apa yang ingin disampaikan.. 
Entah kenapa, hati ni amat tersentuh.. Sungguh..masih tak sangka..
Nampak keikhlasannya..Walau banyak dugaan, dia sentiasa bersabar..
kerana Allah..aku terima lamarannya..
Diri sendiri pun tak pasti kenapa mudahnya menerima dia..
Sungguh, aku percaya ketentuan Dia..
Insya Allah..
Moga dapat membina keluarga bahagia dan mencipta kasih dalam redha-Nya..






 Terimbau kenangan pertama kali bertemunya depan rumah Allah :)
Senyuman manis itu..Aku yakin!
 itulah dia,
 insan rahsiaku..

Saat terindah yang tak dapat digambarkan..

 

(menghitung masa menuju untaian redha Ilahi)




Tiada ulasan: