Guys should read this!

Entah kenapa tiba2 aku rasa nak luahkan sesuatu dalam entri kali ni..
Aku rasa geram!!
ye geram!
geram pasal apa?
pasal sesuatu yang telah kutinggalkan..

aku sedar, aku menolak dia..
tapi aku menolak secara baik,  bukan tolak terus masuk gaung..
huh!



kenal kejap tapi lepas tu aku rasa dia ada perasaan kat aku..
dan aku ambil keputusan terus terang kat dia..
tak nak salah faham terus berlaku..
nanti dia terus feeling2..lagi susah dan bertambah parah..

well, actually aku ada sebab kenapa tak nak terus berkawan jadi rapat..
sebab dari rapat tu bakal menimbulkan perasaan kpd salah seorangnya..
thats why la kenapa aku tak suka nak berkawan dengan berlainan gender ni..
-_-

mungkin salah aku jugak la kan..
terlalu mesra mungkin?
kadang2 mintak pertolongan..
dan dari pertolongan tu, aku tak fikir untuk dibalas dengan 'hati'

tu laa..mak dah pesan, jangan suka2 mintak tolong dengan kaum lelaki,,
katanya takut termakan budi..haih~

payah~

baiklah, ni sebab kenapa aku tak nak terus kawan rapat dengan kau..
sebab selama ni aku tak terus terang kan.. >.<
sebagai lelaki, u should know what kind yg girl suka dan tak suka...
lepas tu bila dia tak suka kau, kau salahkan dia,..
kau ingat kitorang ni apa? >.<
tak suka betul lelaki spesis macam ni..
pastu bila kita menolak, dia cakap belakang2..kutuk pasal kita kat kawan2 dia..
pastu kawan2 dia pandang serong kat kita.. =_=

So, ni yang perempuan paling pantang:

1) Pertemuan kali pertama - kalau sungguh lelaki tu suka kat perempuan tu, u should do something..bukan perempuan yg do something to u! Kau nak pikat dia, then kau suruh dia buat mcm2..apasal?
Even perempuan tu kata nak belanja kau minum air, even air kosong sekali pun kan..Apela salahnya kau ambil berat, tolong dia bawakkan minuman atau carikan tempat duduk..Nampak la macam berbudi bahasa..Perempuan suka benda2 camtu..
See? nampak remeh tapi perempuan sangat pentingkan keprihatinan ye..
Ikutlah kau nak pura2 hipokrit dan sebagainya..Tapi setakat nak buat benda camtu pun kau suruh perempuan buat dah kenapa?
Contohnya;
Dia cakap kat kita nak belanja ABC, pastu last2 kita pulak yang belanja..Kita jugak kena hidang kat dia macam dia putera raja.. Lain la aku ni isteri kau..
Kalau aku, memang awal2 dah reject..sekian!

2) Lelaki yang seret kasut atau selipar..Bagi aku dia malas sebab nak angkat kasut pun payah..So, dalam banyak perkara sememangnya dia malas dan tak ambil peduli.. Walhal dah tegur dah..Cuba la kan.. Kita dah tegur.. Melainkan kaki kau memang gitu..Aku tak kisah..

3) Ambil kesempatan - Kau siapa?

4) Bila dah tolong, tak nak ucap TERIMA KASIH..

5) Spesis tak memahami perempuan.. Kita dah bagi hint pun tak faham lagi.. Rasa nak ketuk je kepala dia..

6) Konon2 caring kat kita, tapi tak caring kat orang lain pun..Maksud aku kat sini, contohnya ada 3 orang perempuan.. Tapi kau tolong sorang je melintas jalan..Yang 2 orang lagi kau buat tak nampak kat belakang.. Kalau kau sungguh2 nak tolong, kenapa tak tolong diorang sekali.. Nampak sangat kau tak prihatin dengan kaum perempuan yang lemah..
Aku faham kalau kau rasa yang dia tu begitu 'special'.. Tapi apa salahnya kau buat baik dengan orang di sekeliling dia..Orang sekeliling dia tu memerhati tingkah laku kau..
Cuba kau tukar 2 orang perempuan tu ialah mak ayah perempuan tu..
Kau nak biarkan je kat belakang ke??
Mungkin kau tak sedar.. =_=

7) Sibuk nak ajak keluar, tapi kita pulak yang kena berkorban.. Eh, aku tak beria nak keluar dengan kau pun. Kalau sungguh, cari la alternatif macam mana nak bawak aku keluar.. Bukan aku yang kena terhegeh2 datang kat kau..

8) Taksub dengan gajet..perangai macam budak sekolah... Tunjuk la yang kau matured.. Perempuan suka lelaki yang lebih matang dari dia.. Dalam fikiran perempuan, lelaki yg matured boleh guide diorang lepas kawin..

dan sebab paling ketara ialah kau kena faham apa yang perempuan suka dan apa yang perempuan tak suka..

'MEMAHAMI' 
kunci kejayaan untuk kau mencuri hati dia..

perempuan suka rasa diri dia macam 'princess'..dan dia akan layan kau double baik kalau kau layan dia secara baik.. 

orang putih kata:

'what u gives, u get back..'

conclusionnya, tu la sebab kenapa aku tolak kau dulu..
Sekian~


*Harap kau baca entri ni
 Astaghfirullahal'azim~
Maaf aku terkasar... -_-







Tiada ulasan: