Definisi Perlembagaan


Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Professor A. V. Dicey menyatakan bahawa perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan didalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung didalamnya.


Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183 perkara dan dibahagikan kepada 15 Bahagian. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri. Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, dan ini adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Mengikut takrif kata dalam Buku Teks Tingkatan 3, perlembagaan merupakan undang-undang utama sebagai panduan utama dalam menjalankan pentadbiran institusi,pemerintahan dan organisasi.Berdasarkan Buku Teks Tingkatan 5, terbitan DBP, perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.Perlembagaan juga dijadikan sebagai dokumen rasmi dan di dalamnya mengandungi segala prinsip dan peraturan sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir Negara.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Baru perlembagaan merupakan undang-undang atau peraturan negeri atau dasar pemerintahan negeri. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga perlembagaan merupakan suratan prinsip asas undang-undang atau peraturan negeri .sesebuah unit dengan sesebuah unit dasar yang memerintah negeri,

Hala tuju pentadbiran Negara ditentukan melalui parti politik yang mentadbir Negara.Mengikut D Roberston(1999)perlembagaan merupakan 1 set hak,produser,dan kuasa yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah Negara antara autaoriti awam dengan rakyat.Mengikut buku Perlembagaan Moden oleh K.C.WHEARE terjemahan Azmi Khalid dan Siti Ratnamala Saiful Nathan perlembagaan merupakan perihal sistem kerajaan sesebuh Negara ,1 penyatuan cara-cara yang menubuh dan mengawal dan menguasai kerajaan itu.Sistem kerajaan terdiri daripada campuran kaedah undang-undang dan bukan undang-undang dan himpunan kaedah-kaedah ini.

Perlembagaan boleh dikatakan mempunyai maksud yang sama bagi semua Negara iaitu 1 peralihan kaedah undang-undang yang mengawal kerajaan Negara tersebut dan yang ada dalam sesuatu dokumen.Dalam buku ini ada menyatakan perlembagaan sebagai kumpulan insitut-insitut,adat-adat,undang-undang dan beberapa rukun prinsip yang tetap yang membentuk sistem yang umum.

Berdasarkan buku Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia oleh Tun Mohd Salleh Abas yang diselenggara Haji Salleh Buang menyatakan bahawa perlembagaan merupakan suratan atau suratcara yang mengandungi semua undang-undang yang tertinggi yang dikatakan penting bagi menghasilkan semua undang-undang tertinggi yang dikatakan penting bagi menubuhkan sebuah Negara yang maju.

Tambahan lagi,Syed Hussein Al Atas didalam bukunya perlembagaan Malaysia perkembangan 1957-1977 yang diedit oleh Tun Mohd Sufian dan H.P Lee menyatakan perlembagaan merupakan persetujuan negeri dalam dasar-dasar yang dijunjung oleh parti,ideologi yang berkaitan dan sistem politik.

Tiada ulasan: