Entri bila dah Ngantuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
tersangat la ngantuk sebenarnya ni. tapi update blog jugak sebab dah berbulan tak update. sebab apa? sebab terlalu sibuk dengan kehidupan dunia yang sulit lagi menyulitkan. Bayangkan selama 8 bulan bertungkus lumus menyelesaikan segala urusan lawatan ke salah sebuah universiti terkemuka di Beijing iaitu Beijing Foreign Studies University(BFSU). Bila dah sampai sana memang superb best. suasana kampus yang sangat2 aku inginkan. Duduk kat institut tut2 ni macam duduk kat sekolah walaupun hakikatnya yang belajar tu semua umur 20 dan ke atas. =_="
Baiklah, sepanjang 8 bulan ni memang tersangat la sibuk.

Ni la event2 penting yang buat rasa serabut:

- Majlis2 kahwin saudara-mara/ kawan2/ sepupu2 rapat 

-Majlis perkahwinan abang yang mengikut adat warisan Melayu di rumah pengantin perempuan (Kena jadi photographer, videographer + assistant abang sepanjang kat Melaka) -Majlis berlangsung selama 2 hari

- Majlis Malam Puisi Riong Anjuran Berita Harian dengan kerjasama institut perguruan aku. (Kena jadi Master of Ceremony(MC) buat teks pengacaraan sampai stres sebab banyak kali diedit dan diolah orang yang lebih berpengalaman)

-Kejohanan Olahraga Tahunan institut (Entah macam mana boleh jadi Naib Pengerusi 2 pun aku sendiri masih tak faham)

-Setiap sabtu ahad tak ada istilah cuti. Mesti ada apa2 event atau kursus yang kena join.

-Majlis kawin abang kat kampung. (Penat habis2an)

-Cuti seminggu yang sepatutnya duduk kat kampung, dihabiskan di Beijing bersama pensyarah dan kawan2.

Ada lagi sebenarnya, tapi nak taip pun dah malas ni.. apela. Cuma nak cakap, sekarang tengah praktikal. Serius sibuk! (Sempat pulak update blog, nampak tak penipuan kat sini? )

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaku ngantuk sangat ni! *_*
Entri yang mengarut malam ni.

P/s: boleh tak elaun praktikum keluar secepat mungkin memandangkan duit habis digunakan ke Beijing. Bukan habiskan untuk shopping di Beijing. Tapi habis untuk perjalanan ke sana (tiket Air Asia X / makan minum/ pengangkutan/ penginapan/ agensi)

*Tolonglah doakan aku cepat sembuh daripada sakit tekak ni.  :(










Tiada ulasan: