~Petua Untuk Semua~

Oleh kerana sejak akhir2 ni aku asyik tertekan dan mudah pening kepala bila cuaca panas..aku pun surf internet dan terjumpa beberapa petua yang menarik perhatianku..terima kasih kepada Laman Petua Nenek kerana telah memberi sedikit info kepadaku..moga info2 ni memberi pengetahuan kepada anda semua..terima kasih..

Penawar Sakit Kepala

Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini :
Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.
Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.
Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.
Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.
Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.


Menambahkan Darah
Cara-cara untuk menambahkan darah (yang hilang) dalam badan anda ialah :

Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang.
Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus.


Mengurangkan Tekanan
Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.


Mengubati Senggugut
Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.
Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.
Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.


Sesak Nafas
Campurkan satu biji telur ayam kampung dengan satu sudu kecil serbuk kopi. Parut dua biji bawang merah. Campurkan semua bahan tadi dengan satu liter air, kemudian minum setiap pagi sebelum sarapan.


Suami Ketagih Rokok
Bantu suami berhenti menghisap rokok dengan memberikan tasbih. Setiap kali tangannya gatal untuk menghisap rokok, zikir menjadi gantinya.


Gastrik
Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya. Kemudian campur dengan tiga sudu madu lebah dan satu biji telur ayam. Amalkan meminumnya dua kali seminggu. Anda akan rasa perbezaannya.
Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan kunyit itu dicampur dengan kuning telur ayam kampung. Kacau sebati kemudian minum. Ulangi meminumnya beberapa hari dan anda akan terhindar dari sakit pedih ulu hati.
Campurkan buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumnya dua kali sehari.


Petua Mengelakkan Barah
Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.

2 ulasan:

Teman Setia Anis berkata...

Hai Putri dah jadi nenek kebaya pulak.... Tapi tip yg akak nak ambik kat sini ialah tip Membantu suami untuk berhenti menghisap rokok. Bagus tu... Nanti akak bagi tasbih ya kat D.R tu...

Putri Cahaya a.k.a MiRa berkata...

haha..
bagus2..
try la nanti ye..