Apa nak buat waktu cuti ni?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
siap sudah membasuh, mengemas dan seantara dengannya..selesai jugak akhirnya..tapi rupa2nya baru pukul 8 pagi..aku ingat dah pukul 10 pagi..
jadi suri rumah hari ni..
jarang balik kampungkan..bila kemas rumah, rasa macam..hadooiii..kenapa rumah ni besar sangat??
encik abah la buat rumah pelbagai reka bentuk..
mood happy hari ni..hihi..Alhamdulillah masih dikurniakan kegembiraan..
hargailah kegembiraan itu ye..
baiklah..sekarang aku tengah cuti semester..3 minggu jeeee..huuu..
kejap kan?
kalau yg belajar kat U pun kadang sampai 4 bulan.. grr..
jadi sepanjang 3 minggu ni aku dah rancang macam2..

1) CIPTA LAGU
 aku nak hasilkan sebuah lagu untuk kawan baik aku sempena hari lahir dia nanti..
bukan senang woo nak buat lagu..kau ingat petik jari je dah siap??
well,, untuk 'amatur' macam aku, aku guna instrumental lagu yang ada je..maybe melodi lagu Adira-Ku ada Kamu..atau macam mana? ada idea best tak?
......rasa blank tiba2...
apa yang korang nak tanya??
aku la yang nyanyi..
sila jangan gelakkan aku ok :p
kawan aku yang request ni..jadi, aku kena berusaha jugak buat cover lagu pasal sahabat untuk dia,..
dia siap request, lagu tu mesti ada penghayatan, feeling2..kalau lagu Najwa Latif -Sahabat, lagu tu kurang penghayatan bagi dia...sebab muzik ceria kan..jadi dia nak lagu yang macam feeling2 ala2 macam dia tu princess.. :p
malas nak layan..hahahaa..
ingatkan nak guna je lagu Nash yang lagu isteri tu..
tapi puas aku cari instrumen lagu tu, tak ada pulak..terpaksa la aku cari instrumen lagu lain..
oh, lupa nak promote akaun YouTube..Search je Putrinaj ye..macam2 video ada..tapi tak ada la video cover untuk apa2 lagu..haiihhh..aku bukan nak jadi retisss..
aku memang minat hasilkan video..jadi ada la cerita2 pendek yang dah aku sumbat kat youtube untuk kegunaan guru2 pelatih..
berguna jugak video2 tu rupanya untuk diorang mengajar kat sekolah..
aku yang buat pun tak pernah gunakan lagi kat sekolah...
ada la jugak video cover lagu dan beberapa lagu yang tak pernah nak keluar kat radio lagi buat masa ni..haha..perasan hot je..
tapinyaaaa...video ni hanya untuk orang tertentu sahaja..private la kononnya..
siapa yang rasa pernah tertengok video2 aku tu kira korang special laa.. :D




2) DESIGN KAD UNTUK WEDDING PHOTOBOOTH
Entah macam mana tiba2 aku terjebak dengan photobooth ni..lepas kejadian majlis kawin abg aku tu la..ramai orang suruh aku buat bisnes pasal ni..akan aku fikir2kan semula.. :D
sebelum tu aku kena design cantik2 dulu baru publish kat orang awam..
eh, korang tahu tak wedding photobooth tu ape??
meh aku tunjuk contoh gambar..ni masa wedding abang aku baru2 ni..


ni laa dia photobooth wedding abg aku..ada pentas bagai..
tema ala2 Anugerah Bintang Popular (ABP)




kawasan laman..nampak tak banner2 yang digantung tu?




banner tunjuk arah..ada kat setiap persimpangan nak ke rumah kami..


papan hitam ni aku yang tulis..macam pelik ke?.. =_=


Nampak tak kad2 kat tepi tu?
tu la yang aku nak buat..maybe aku akan design dulu sebagai paparan imej..
kalau ada yang berminat baru aku buat..


Okay laa,,sila tengok model2 yang menggayakannya ye.. :D

Housemate aku..mengada sangat kan..
Untungla "in a relationship"~

family ni tampil sweet kan? :)

abg aku yang gediks..


aku suka yang ni.. :)

family ni pun nampak comel..


wah gitu..besfren aku sekolah rendah yang 'married' tu..dah ada sorang anak dah..
nampak keibuan kat situuu..huhu :D

aku pun nak jugak..bersama pengantin perempuan..akak ipar saya yang cantik..muka macam Tiz Zaqyah kan?
tapi kenapa aku yang kelihatan over kat situ?


flower girls yang cute miut..
baju2 yang kami pakai ni merupakan rekaan akak aku sendiri..
Boleh klik link blog beliau ye,.. :)
Tapi susah sebenarnya kalau korang nak ambik tempahan kat dia...sebab dia selalunya banyak tempahan..
jarang nak tengok dia duduk relaks2..
dia sebenarnya boleh je nak design dan hasilkan baju lebih cantik..tapi, ambik masa yang lama dan melecehkan..sebab tu dia jarang ambik tempahan yang banyak cekadak ni,...

aku pun nak jugak,..

akak aku cakap aku gemuk, tak boleh pakai baju camni.. arrr..stres!
last2 dia buatkan jugak..haha..

bisnes ni mungkin jadi bisnes De'Lima la kot..antara abg aku dan aku..huhu.. :)
sesiapa yang berminat untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan dengan Photobooth, boleh la hubungi kami ye,..kami menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
- Dialog Card
- Invitation card (macam kad bisnes)
- Origami
- Guestbook
- Guestbook tree
- Banner tanda arah
- Backdrop stage
- Wedding website (contohnya macam ni..klik SINI)

Oh ye...kalau rasa nak buat photoshoot wedding, boleh tengok blog ni ye,,,..blog abg aku..
maklumlah, kami family photographer..haha :D


Lupa pulak, gambar2 di atas diambil oleh ahli2 keluarga..abg aku tak ambik photographer luar..grrr..
aku terpaksa jadi photographer bidang terjun.. :D


-------

Entri ini akan disambung pada entri akan datang...
Apa nak buat waktu cuti ni? Siri 2











2 ulasan:

lutfi asnawi berkata...

santai.. byk input.. selitkan keusahawanan.. promotion yg mantap.. ada masa blh layari website ushawan.com..

Putri Cahaya / Putri NAJ berkata...

lutfi asnawi : terima kasih..ye.Insya Allah..promotian kecil2an dulu :)
hanya perancangan dulu.