Tips Cinta Jarak Jauh

Hai pencinta2 di luar sana..adakah anda pencinta hubungan jarak jauh?Di sini ada beberapa tips yang saya ingin kongsikan bersama anda:

1) Always keep in touch

Ya, itu semestinya...walaupun anda berjauhan,tapi ingat anda tak boleh lupakan pasangan anda..Sentiasa menghubunginya walaupun seminggu cuma beberapa kali..jangan lost contact,inilah yang menyebabkan hubungan cinta jarak jauh ini berhenti camtu je...isyh3...ajukan soalan2 seperti bertanya khabar dan apa sahaja agar cinta dapat ditingkatkan dan perasaan rindu terubat...

2)Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap.

Ya, kalau boleh selagi kudrat masih ada, selagi sihat dan selagi ada wang, usahalah untuk berjumpa dengan pasangan anda yang nun jauh di sana. Dengan berjumpa pasangan anda walaupun seketika akan sempurnakan balik kenikmatan dan keindahan cinta anda berdua.

Rindu…..Jumpa. Rindu….Jumpa. (tapi bila dah jumpa tu,ikut batas-batas pergaulan ye..huhu)

3) Sentiasa mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan.

Kebanyakan hubungan cinta jarak jauh tidak kekal adalah disebabkan rasa ‘insecurity’ pada diri kita sendiri. Kita asyik berfikir “Ah mesti dia ada lelaki lain kat sana, sia-sia je aku setia” , ” Betul ke hubungan ni boleh di bawa ke jinjang pelamin nanti? Cari sini lagi best.” dan .................(isi tempat kosong)..hehe...

Jadi anda harus menarik semangat kesetiaan di dalam hubungan anda dengan membersihkan diri anda dari sebarang kebimbangan dan percaya pada diri anda dan juga pasangan.

4) Beri kejutan kepada pasangan anda

Hubungan yang sudah lama sering bertukar menjadi hubungan yang bosan kerana masing-masing sudah 'selesa' dengan perbuatan masing-masing. Kalau dulu bukan main lagi sentiasa senyum dan maintain handsome, pakai wangi-wangi, rambut sikat kemas dan macam-macam lagi perkara yang control.

Cara untuk memecah suasana hubungan yang bosan ini adalah untuk meletakkan elemen of surprise iaitu sebarang kejutan yang bermakna kepada pasangan anda. (tapi bukan surprise hingga menyebabkan pasangan anda diserang penyakit jantung..hehe..)

Kejutan yang betul akan memberi pasangan anda perasaan terkejut kegembiraan disamping terharu dengan tindakan anda sekaligus mengukuhkan lagi perasaan cintanya kepada anda.


Semoga mereka yang mempunyai hubungan cinta jarak jauh ini dapat mengekalkan hubungan sehingga mencapai puncak kebahagiaan..InsyaAllah..tu jelah yang dapat saya kongsikan kepada anda semua....

Tiada ulasan: