Anologi Highway

Highway...



Perumpamaan pencarian cinta itu seperti kita berada di highway...

Sebelum mulakan perjalanan, niat hati nak pergi satu tempat je..
Tu kalau memang betul2 tertarik kat tempat tu..
Tapi selagi belum, perjalanan tetap diteruskan tanpa mengetahui destinasi sebenar..
Nak masuk highway tu, dah pasang perancangan macam2..
Tapi hakikatnya nanti kita kena melalui pelbagai pengalaman..

manis...

pahit..

masin..

semua ada..huhu

tak semestinya perancangan kita tu berjalan dengan baik..


-------------------------------

singgah kat hentian, mungkin sekejap je..tak pun sempat makan2 dulu..
perhentian tu tempat untuk merehatkan diri..
jadi sekejap jelah singgah kat situ..

(means tak serasi..atau kenal gitu2 je..uhuk2...)

dah rasa macam tak selesa duduk kat hentian tu, 
buat apa nak tunggu lama2 kat situ..
teruskan la perjalanan ke destinasi seterusnya...


-------------------------------


pastu sambung perjalanan lagi,
tengok signboard..
nama tempat macam menarik..

(means tertarik dengan rupa dll..jadi instinct nak kenal lebih dekat tu kuat..jadi buat survey dulu..)

kita pun rasa nak keluar dari highway,
pusing2 dulu tempat tu...

mungkin lama pusing2 kat situ..
kalau rasa dah tertarik dengan tempat tu,
mungkin terus menetap kat situ..

tapi..

kalau rasa tak menarik seperti yang digambarkan sebelum tu,
mungkin keluar balik ke highway dan teruskan perjalanan lagi..

(bercinta lama2..akhirnya terpisah jua.. ataupun dalam erti kata lain, dah tak boleh nak teruskan lagi..)

--------------------------------------

tapi...

kadang2...
semasa dalam perjalanan tu..

ada macam2 dugaan..

ada persaingan dengan kenderaan2 lain.. 

kadang2 kenderaan yang dinaiki disabotaj orang lain.. (dengki, khianat, penipuan)

atau kadang2

kenderaan yang dinaiki tu bermasalah

dugaan2 ni yang boleh menyekat tujuan utama..

terpulang kepada individu tu sendiri, sama ada boleh bertahan atau tidak..


--------------------------------

bukan tu je...


ada orang cakap


highway ni keras

cerita rekaan yang tak pasti, 

perkara2 yang mengundang fitnah


tapi semua tu bergantung pada individu tu sendiri..

sekuat mana iman...

--------------------------


tapi ada jugak masalah lain

seperti kesesakan di highway (jodoh lambat)

kena tahan polis (keluarga tak setuju)

dan banyak lagi..


hanya mampu berusaha..berdoa..sabar..
dan serahkan kepada Dia..


---------------------------

setelah melalui pelbagai dugaan ni

Insya Allah akan bertemu jua destinasi yang betul2 nak dituju..

(Credit to Prince Green a.k.a Shrek for this love finding anology)



Lots of love, Princess Fiona


Tiada ulasan: