Being Proposed

Nak lebih syahdu, dengar lagu Istikharah Cinta ni sambil baca entri ni ye.. :D




Bismillaahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..
Finally...

Syukur tak terkata..
kepadaNya aku mengucap syukur..
Alhamdulillah ya Allah...
Tak putus2 rasa syukur itu..
terima kasih atas nikmat ini..
sujud syukur kepadaMu..
Alhamdulillah~
nak menitis air mata..
mengucap syukur ni..

Totally tak sangka .
Allah permudahkan segalanya..

diriku kini telah dilamar dengan seorang pemuda 
yang sejak pertama kali aku mengenalinya, 
hatiku terdetik..

"Dialah orangnya..."

dan..


lamaran itu aku terima..


keputusan yang dibuat ni mengikut gerak hati aku sendiri..
bukan dari dorongan sesiapa..
dan aku berfikir mengikut kewarasan akal..

and guess what??
after istikharah..

sebelum ni buat tapi tak ada dapat apa2 petunjuk..
cuma sebelum ni, hubungan tu tak serasi..
walaupun aku cuba, tapi tetap tak boleh nak teruskan lagi...
mungkin itu petunjuk yang Dia bagi..
aku lelah dengan perhubungan yang ambil masa lama..

dan kali ini..Alhamdulillah

"aku bermimpi.."

kadang2 belum tentu yang kita mimpikan tu betul ke tak..
tapi ini petunjuk yang benar2 aku pasti..

kali ni aku betul2 yakin...
dan Insya Allah..
Allah telah menetapkan sesuatu yang baik untuk diriku dan dirinya,,

indah sungguh mimpi itu..
bagaimana aku bertemu dirinya dalam kesamaran silauan cahaya..
aku sedang solat..
dan diimamkan seorang pemuda berbaju putih..tanpa aku ketahui siapa dirinya..
taktala selesai solat..
kami bersalaman..
tika itu, aku melihat raut wajahnya...
agak silau..
tak dapat lihat dengan jelas..


namun..

senyumannya itu..
:)

terus menitis air mataku..

Indah sungguh mimpi itu walaupun cuma sementara..
aku dikejutkan oleh azan subuh..

aku perasan air mataku mengalir..

dan kemudian kulihat telefon..
ada mesej mengucapkan terima kasih kepadaku kerana sudi menerima dirinya..
menitis air mataku sekali lagi.. :')

ku ikhlaskan hati ini, 
menerima dia..
tanpa sebarang keraguan..

perkenalan ini meyakinkan aku untuk menerimanya....
dan aku berserah..

Ya Allah..aku serahkan segalanya kepadaMu..
semoga apa yang kami rancangkan ini menjadi kenyataan dengan izin dan redhaMu..

Aku yakin dengan keputusan ini..
dan kami cuma mampu merancang..
moga hubungan ini berjalan seperti biasa...

jauhkan kami dari perkara2 yang tak sepatutnya..

dan kami tidak memberi harapan atau perasaan 100 peratus selagi tiada ikatan sah..

 kami percaya akan Cinta selepas Nikah..

sebab...

"Love after marriage will be more awesome and full with barakah"

semoga perasaan ini akan disimpan untuk dia yang halal buatku..
sehingga tiba masanya aku luahkan kepada yang selayaknya..

Allahumma Amin~





::Tiada yang indah melainkan senyuman::

Lots of love,
Princess Fiona




Terima kasih jadikan saya sebagai suri hati awak.. ;)
May happiness till jannah..

Tiada ulasan: