Hari Paling Bermakna

Assalamualaikum..salam sejahtera~
Hari ni hari paling bermakna buat aku sebab...................................(tempat kosong)
Jawapan tidak boleh kurang dari 1 patah perkataan..:)
Klu boleh dapat kat bawah ni..
Kalau rajin, tengok la video aku masa zaman2 comel dulu..haha
Cepatnya masa berlalu..video ni diambil masa umur aku 12 tahun..
sekarang dah genap puluhan...:)
haisshh..takkan tak boleh jawab lagi sebab apa hari ni hari bermakna..banyak sangat klu yang dah dibagi ni...


Dah tengok ke video ni?
Apa perasaan anda?
Kecik sangat ke masa aku kecik2 dulu..sebab kawan2 selalu panggil aku 'budak kecik'..
wuwuwuwu...
sekarang dah sangat besar dengan jaya...:)
terima kasih kepada emak dan abah sebab telah berjaya melahirkan anak yang sangat comel..:)
terima kasih kepada adik-beradik yang ada masa kejadian diri ini dilahirkan..
walaupun abah tak ada masa aku dilahirkan, tapi tak apa..abah selalu minta maaf sebab dia tak ada masa aku dilahirkan..
abah kerja masa tu, tak apa la abah..jauh pulak tu, macam mana nak balik..
zaman dulu2 mana ada telefon..
so, abah tak tahu aku dah lahir..
mak cakap masa umur aku 3 hari baru abah balik..sedihnya..
dah la macam2 hal berlaku masa aku lahir tu..
aku je agaknya baby kat dunia ni yang tak menangis masa lahir...
jururawat tu siap tepuk2, goncang2 dan macam2 cara nak buat aku menangis..
dan akhirnya menangislah aku..haha
10 hari mak aku diberi ujian sama ada aku hidup atau tak sebab ada masalah tut3....
ALHAMDULILLAH..
akhirnya aku selamat..syukur masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi..
tapi kadang2 aku selalu tanya mak, kenapa aku hidup? kenapa aku tak mati je masa kecik2 dulu?
kalau hidup kat dunia ni, macam2 dugaan dan dosa aku dapat..
kalau mati masa kecik, suci lagi dan tak ada dosa kena tanggung..
tapi mungkin ALLAH nak bagi peluang untuk rasa kebahagiaan di dunia dan juga akhirat..INSYAALLAH..aku anggap ini sebagai cabaran untuk aku tempuh hari2 mendatang..
even kes tu dah lama, tapi kadang2 bagi effect kat aku..
contohnya masa 'water-confident'
diorang cakap aku 'lemas'..aku tak lemas la..
aku cepat penat..kadang2 boleh nak pitam bila terlalu penat..
kebetulan masa kat tengah laut tu, baju keselamatan yang aku pakai tu rosak..tali tercabut..memang penat la nak berenang balik ke tepi pantai..
thats why jadi macam tu..haiyaa..
terima kasih kat kawan2 yang selamatkan aku tu..hehe..maafla..
baru2 ni aku buat check up..doktor kata tak apa2..ALHAMDULILLAH..lega sangat..
macam2 ubat dia bagi, macamlah aku nak makan kan..
tapi selalu terjadi kes2 yang tak sepatutnya berlaku, paling latest aku kena masa budak2 kelas bising2..kecoh2 pasal makanan jee...aku rasa masa tuu..Allah saje yang tahu..
tapi aku ok je, just kena relaks dan ambil nafas..then ok~
panjang berjela aku bercerita...erkk..haha
Ermm..okay la..nak buat ayat penutup pulak..dah macam karangan BM..
nanti nak buat kek coklat moist la..:)
kena kurangkan koko pasni, nanti pahit la coklat tu..adoii..
Last sekali..
TERIMA KASIH KEPADA YANG DAH BAGI UCAPAN HARI JADI...SANGAT2 MENGHARGAINYA..
YANG SENT SMS TU, SORRY TAK DAPAT REPLY SEBAB TAK ADA KREDIT..HEHE

bye2 semua..:)




2 ulasan:

Cikgu Fikri berkata...

deq,
time ktorang buat kecoh psl mknn tu, time bila ae?
byk sgt bincang psl mknn...
mjlis yg raya tu ker?
btw, alhamdulilah kau selamat membesar smpai sekarang..
oh yer, agak mencapap ayat kau bila ko ckp `terima aksih kepada mak dan ayah kerana membesarkan anak yang COMEL ni..`
huhuhuhu...
btw, selamat hari lahir... :)

Putri Cahaya / Cikgu Amira berkata...

haha..adela..
motif sangatkan..jeles x?
haha