Kisah Benar, Tak Tipu

Hai~
Hari ni agak penat la jugak..
tapi rasa seronok jugak la sebab hari ni cuti memasak..
haha..
kalau bakal mak mertua aku baca ni..pemalas betul bakal menantu dia ni kan..
yelah..hari2 masak, penat la jugak..tapi bila fikir tu memang dah tanggungjawab seorang 'PEREMPUAN'..
nak tak nak, kena merajinkan diri..
pagi tadi, aku pergi melawat pakcik aku kat hospital..
kemalangan..
kaki kanannya terpatah dua..ramai yang ingat kedua2 kakinya patah, walhal sebenarnya kaki kanannya patah 2..ayat atau pesanan yang disampaikan kadang2 boleh mengelirukan..betul tak?
Oleh sebab pakcik saya ada kad OKU, jadi pembedahan dapat dijalankan tanpa bayaran..
Pemasangan besi akan dibuat minggu depan..kata anaknya la..
Okay..sila tengok gambar di bawah untuk melihat keadaan pakcik yang aku ceritakan tu..
aku harap dia cepat2 sembuh..


ngerinya tengok besi tu...

Ada 1 cerita hot lagi ni, masa aku kat situ..ada pulak pesakit lain ni asyik bising2 panggil nurse kat situ..dah la sakit, pastu asyik menyusahkan nurse2 kat situ..ingatkan dia cuma menyusahkan nurse je, rupa2nya dengan kitorang yang tengah melawat pun terbabit sekali..
tak ada sape2 jaga dia..dia cakap mak dia jaga dia waktu malam, maybe mak dia kerja kott...
okay la, mula2 macam baik je kitorang tegur2 dia..pastu nak lebih2 pulak..semua makanan dan minuman yang saudara2 datang bagi kat pakcik aku, dia pun nak mintak jugak..mak aku pun melayan je..
pastu mak aku bagi dia roti, dia tanya
roti tu ada inti ke tak?
kalau tak ada, dia tak nak makan..
eh!
amboi~
pastu dia tanya lagi,
dalam plastik tu ada apa?
mak aku pun keluarkan satu2..
dia pun tengok dengan penuh serius..aku je buat tak tahu kat situ..malas nak melayan orang macam tu..
pastu dia tanya lagi,
ada maggi tak?
hah??????
maggi???
dia sakit tapi boleh nak makan maggi pulak..
oh ye, lupa nak bagitahu..aku pun tak pasti apa penyakit dia..tapi berkaitan usus la..mungkin ada masalah penghadaman..
tepi badan dia kena tebuk..semua yang dia makan minum keluar balik melalui lubang tu..
mak aku cakap baunya busuk bila dekat2..
entah, aku tak ada bau apa2 pulak..hidung tersumbat kot..haha
macam2 karenah dia ni tau..nurse2 kat situ tengok jee..pastu diorang senyum2..
aku tanya diorang kenapa dengan dia tu?
pastu diorang cakap, biarkan je...
pastu dia boleh panggil2 aku..tanya sape nama aku, abah aku pulak boleh bagitahu dia nama aku..
pastu abah aku tanya kenapa tanya nama aku, dia cakap,
senang saya nak panggil dia..
memang aku tak layan dia langsung..buat tak tahu jela..
mak aku pun dah malas nak layan dia,
kitorang ni datang nak melawat pakcik aku, tapi dah kena melayan orang lain pulak..
sabar jela..
mak aku potongkan buah untuk pakcik aku, dia pun nak jugak..
agak2 la..
kalau aku jadi dia, aku rasa malu kot nak mintak2 kat orang yang kita tak kenal..
nauzubillah..
aku ni dok bercakap pasal orang pulak..hehe..
apa2 pun, semoga orang tu sembuh dan sentiasa mengingati Allah..
eh, tapi last sekali ni tak boleh blah..
masa aku nak balik, dia panggil2 aku dengan nama Wani pulak..rasanya dah tak ada orang lain lagi kat situ..aku jela kan..dia tengok aku dan panggil2 nama yang bukan nama aku..
hoho..bye2 jela..
Ni la makanan yang aku maksudkan tu..kan ada banyak, tu yang dia mintak2..



Petang tu pulak kan, aku ni dah mengidam pulak nak minum air kelapa..
maka aku berhempas pulas membelah 3 biji kelapa muda ni..
kau mampu nak belah kelapa macam ni ke?? :D
hebat la tu kalau mampu...hihihi..

aku gunakan prinsip tak semestinya tak ada lelaki, perempuan tak boleh berdikari..
sebab tu aku belah kelapa ni dengan tangan sendiri..
haha..(tak baik bangga)
Astaghfirullah..


budak kecik ni sanggup menanti dengan penuh setia..malu la pulak..huhu
gambar yang dibulatkan tu adalah tempat sejarah aku membelah kelapa..






sikit je airnya...huhu..


selesai jugak akhirnya..

okay la..ngantuk..
see u next time..







Tiada ulasan: